06 June 2016

Beli kain kat mana?

Kat mana nak dapat kain design lawa-lawa, corak comel-comel? Yelah, kalau browse gambar-gambar design baju, kita ni selalu tengok design kain baju tu.. Nampak lawa, terus berkenan.. Design baju tu macamana jatuh no.2. Ke korang tak? Ke aku je perangai gitu? Tapi kalau tengok baju-baju yang omputih tu jahit dalam tutorial derang, kain semua lawa-lawa. Design simple je tapi kalau dah kain tu lawa, terus meletop tau baju tu jadiknya. 

Masalahnya, alahai susah okay nak dapatkan kain lawa-lawa, tapi harga mampu milik kat Kuala Lumpur ni. Designer Cotton sampai berpuluh ringgit semeter, Huhu.. Nak beli 2 meter pun seram sejuk je rasa. Aku ni kalau membeli kain, susah nak kawal diri. Rasa semua kain aku nak.. English Cotton pun banyak jenis. Ada yang mahal. Tapi kebanyakannya dalam range RM16.90/m. Mampulah lagi nak membeli. Design pun boleh tahan lah comel. Boleh lah buat aku tak keruan dalam kedai tu. Tengok tu nak, pegang yang ni pun nak.. Kalau browsing online pun, ramai je yang jual designer cotton ni. Boleh beli sharing lagi. Sebab kalau nak dapat murah, kena beli terus segulung kain tu. 

Antara tempat aku mencuci mata membeli kain adalah kat group-group gila kain kat Facebook tu. Makin banyak group join, makin kemaruk. Makin rambang mata. Tak tentu hala. Semua suka. Semua lawa. Sudahnya order semua. Hahaha!! Penyakit sungguh. Susah nak kawal nafsu. Dulu tengok orang asyik beli kain, rasa macam entah pape je perangai dia ni. Hah!! Amik kau bila dah terjebak sama. Duit habis beli kain je. Yang order 2 hari lepas tak sampai lagi, dah order yang lain. Hambek...

Hanya yang seangkatan je memahami semua ini.

Kedai-kedai online lak, boleh refer:

POPULAR FABRIC
Kain dia memang cun-cun. Lagi-lagi designer cotton dia. Tapi harga pun cun. Memang sekadar untuk cuci mata je lah buat aku. Tapi kalau korang memang jenis sanggup berhabis demi kain, silalah terjah.

Tapi kalau nak puas hati, nak pegang-pegang dulu kain tu. Nak rasa keras/lembut kain tu. Pergi je lah kedai terus. Kedai yang selalu aku terjah adalah Kamdar sebab tu yang paling hampir dengan aku. Tapi pilihan tak banyak sangat lah. Kain dia memang banyak, tapi yang memenuhi selera aku tu agak limited lah. Sebab tu aku prefer beli online. Kat FB dengan Instagram tu melambak-lambak group jual kain yang terwujud disebabkan kegilaan membeli kain ni,..

Dulu aku macam pandang serong je kat member-member yang hobi menjahit ni dok kemaruk beli kain. Sikit-sikit beli kain. Ada je post update kain dia sampai, siap kena sorok tak mahu bagi husband nampak... Macam 'eh korang ni, dah kenapa kemaruk sangat beli kain?' Tapi bila sendiri dah terjebak, baru aku paham perasaan diaorang, Tengok kain semua lawa. Semua nak.. Tak beli takut menyesal, maka gunalah formula 'Beli Dulu, Menyesal Kemudian' Hahaha.. Nasib lah setakat ni masih belum kena jeling ngan Ekwan sebab asyik beli kain je. Mungkin sebab kain aku menyusut kot. Kalau menimbun, beli penuhkan almari.. Mau kena bertempek-tempek..

Aku suka beli cotton. Local cotton kita sekarang pun dah cun-cun. Tapi yelah, masih tak boleh lawan design Designer Cotton. Tapi bila mengenangkan harga tu.. Bawak-bawaklah redho.

Ini antara fave cotton seller aku:-

Kewl Cotton

Lasufi Cotton

E-Cotton Galore

Ni antara 3 tempat aku selalu membeli cotton. Suka design-desgin D'Comel, Kewl Cotton ngan Lasufi Cotton. Memang mengeram je kalau derang update new stock. Dah tak memasal, setiap kali ada stok/design baru.. Mesti nak beli, Dapat semeter pun jadik lah. Tapi jangan jaranglah berjaya beli hanya semeter. Huhuhu.. Sebab dah pilih 1 kaler, mulalah pilih 2nd color. Konon yang biru ni untuk Elma, Eisya kaler merah lah... Pastu selalu kain-kain new release ni mana bleh beli 1m. Minimum 2m.. Sebab nak beli 2 kaler, belilah 4m semuany. Tu kalau 1 design, kang tetiba tak boleh kawal nafsu tengok design lain.. order lagi.. dan lagi dan lagi.. Tahu-tahu dah bermeter-meter...

Hanya mereka yang berperangai sama je akan memahami. Sila berjangkit dulu penyakit asyik nak beli kain ni.. Nanti korang paham lah...

5 comments:

  1. Kawan saya crafter...dia selalu beli kain kat oversea sebab nak design yg lain drpd seller lain...dia selalu beli time hujung tahun sebab sale yg giler2...then dia akan kirim dekat khidmat org malaysia yg duduk kat sana utk hantar kain tu ke sini guna khidmat cargo (tu malaysian kat sana uruskan)...dia cakap lagi murah daripada guna parcel....just sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menariknya. Nak pesan sekali boleh?

      Delete
    2. Salam, wah menarik. Boleh sy tahu boleh ke guna khidmat cargo utk jumlah kain yg banyak? Xkena kastam ke? Sbb sy student from india, saya ada jual kain utk spe2 nk berniaga kecil kecilan, tapi kalau banyak kena kastam.

      Delete
  2. saya faham.. tapi nasib laa makin akhir sem makin banyak asignment.. sudahnyaa mesin jahit simpan sbb kalau tak asignment tak jalan.. tunggu lepas exam.. semua kain akan jadi baju.. cehh.. semangat membara.. nak buat jugak baju kaftan viral untuk husna pakai raya.. dapat 2 dress 1 baju kurung ajee ni.

    ReplyDelete
  3. sangat faham. hahahaha...
    saya kategori kain belum menyusut lagi.. almari dah nak roboh. tempat sorok dah tak ada.hahahhaha

    ReplyDelete