08 December 2015

Fesyen Dress Labuh Terkini

Sejak dah bergelar mak ni, badan dah makin mengembang, dah lama kot aku meninggalkan jeans dan seluar panjang. Aku lebih selesa sarung skirt atau long dress sekarang ni. Selain kononnya lagi feminin, skirt dan dress dah semestinya dapat cover sikit segala apa yang tak ingin kelihatan tu. Sekarang ni pun, tak susah nak dapatkan dress yang lawa-lawa dan memenuhi kriteria kita sebagai seorang muslimah dan bertudung. Dulu-dulu, kalau long dress je mesti selalunya sleeveless. Dah kena pakai dengan cardigan. Kau ingat Malaysia ni suhu dia macam kat Korea, nak pakai baju 2,3 lapis. Luckily, pengeluar dress labuh ni prihatin dengan kehendak pengguna, terutamanya golongan muslimah moden yang sekarang ni kerap memilih dress labuh untuk tampil lebih feminin dan elegan.

My all time favorite dress labuh, semestinya Basic Maxi Dress. Dan material yang selalu jadik pilihan maxi dress aku adalah chiffon. Lawa je skirt dia kembang. Yang best pasal maxi dress ni, dia flexible, boleh digayakan sepanjang masa. Lagi seronok, masa pregnant, dia boleh transform jadik pregnancy dress. Hah, penjimatan sungguh. Sambil-sambil tu, tetap boleh maintain vouge walau masa pregnant. 

salah satu favorite basic maxi dress aku. pakai sepanjang masa. gi opis, gi jalan. 

Menjadi Dayu, baju-baju aku memang kebanyakannya adalah plain. Jarang kot aku ada dress or skirt yang bercorak. Tapi hati ni bila printed long dress, asyiklah berkenan. Lagi-lagi bila ushar-ushar ZALORA tu. Alahaii, mengoda sungguh. Cantik-cantik.. Berkenan. Sekarang kan musim cuti sekolah, banyak jemputan kenduri kahwin ni. Wahh, tetiba ada alasan dan sebab kukuh untuk tambah koleksi dress labuh.  


Wrap Maxi Dress
Jatuh hati kat both ZALIA tu. 

Teringin nak try Wrap Maxi Dress. Asyik pakai basic maxi je. Lepas ni nak try dress yang diinspirasikan dari jubah mandian ni, Konsep dia sama je, cuma lagi stylish. Ada tali ikat kat pinggang tu. Dapat beri ilusi slim kepada si pemakai. Wrap Maxi dress ni antara latest design untuk dress labuh. Kat ZALORA, banyak pilihan untuk Wrap Dress ni.

Layered Maxi Dress.

Selain basic dan wrap maxi dress, antara fesyen dress labuh yang menjadi pllihan dan diminati adalah Layered Maxi Dress. Dress dengan rekaan berlapis di bahagian atas dan terbahagi 2 bahagian.  Tetiba teringin nak cuba. Aku membayangkan sesiapa yang pakai layered maxi dress ni mesti akan kelihatan comel. Yelah comel sebab bahagian atas tu mesti bila pakai akan jatuh terletak, kalau material chiffon mesti flowy je bila kena tiup angin.

Lagi satu fesyen dress labuh terkini adalah Peasant Maxi Dress


Bagi yang gemarkan fesyen vintage, rekaan Peasant Maxi Dress ni paling sesuai dan terbaik untuk korang. Ada sulaman bermotf bunga, dan kebanyakan material yang digunakan untuk dress ni adalah cotton.

Isssk, bila dah recap fesyen-fesyen dress labuh ni, terasa macam lama dah tak tambah koleksi dress. Pastu ZALORA punya koleksi dress labuh pun saje kan.. Semua cantik-cantik, dapat kat orang tak tahan godaan macam aku ni. Memang meleleh air liur je lah depan skrin komputer. Ikut rasa hati, nak je add in cart semua yang berkenan, tapi apakan daya. Akak rakyat marhaen. Dapat order 1 pun dah rasa bertuah. 

Zalia Ombre Wrap Dress
Jatuh hati tahap paling dalam. Berkenan sungguh ni.



No comments:

Post a Comment