16 June 2015

Makan Besar

Lama sebenarnya memasang keiniginan nak mencuba seafood di Jeram, Kuala Selangor ni. Memang dah beberapa kali merasa seafood Kuala Sealangor, Tapi kedai kat area Jeram ni tak sampai-sampai. Punyalah beriya nak pergi, tapi ada je yang membatalkan acara. Kali ni Ekwan arrange sesi makan-makan dengan kawan-kawan dia, plan last minit yang selalunya menjadi. Kalau plan awal sangat, selalu je plan tinggal plan, ada je yang tak dapat join last minit. Dapat 6 keluarga, meriah dah..

Konon nak bertolak lepas asar, sudahnya pukul 6pm jugak baru bertolak. Nasib dah booking meja dan ada yang sampai awal.

Sebaik ketibaan. Aku ingatkan boleh mandi-manda kat kawasan ni. Nasib aku tak bawak baju mandi budak-budak ni.

Bagi orang laki pilih lauk. Sambil dukung anak pulak tu. Perrghhh, memang suami dan bapa mithali masing-masing.

Meriah. Memang sendat perut. Ni sebahagian je ni. Setiap menu buat 3 hidangan. Melantaklah situ. Aku makan nasik sepinggan je. Selebihnya makan lauk.

Hajat hati nak dinner kat Aroma Ikan Bakar. Tapi bila call, fully booked. So beralih lah ke Medan Ikan Bakar Pantai Jeram ni. Baca-baca review katanya lebih kurang je. Malah servis kat sini lagi pantas. Masa menunggu tak lama sangat. Tapi masa kitaorang sampai, orang tak ramai lagi. Meja pun tak penuh lagi Makanan pun sampai sebelum maghrib. So memang sekejap je makanan semua dah sampai. Bila lepas maghrib, pukul 8 ke atas, orang dah ramai.. Kenalah bersabar sikit. Kesian group meja sebelah kitaorang, makanan sampai tak full set. Dah nak habis makan, baru ikan sampai.. Huhuhu.. So, kalau nak pergi tempat-tempat gini, memang kena awal.

kekenyangan. masing-masing cover perut buncit.

Thank you. Selalu-selalu lah buat sesi makan-makan macam ni. Boleh bini-bini gantung periuk.

Total bil malam tu adalah RM500++ Kira-kira, untuk 12 dewasa, sorang dalam RM50. Sangat berbaloilah bagi aku. Makan ketam, udang, sotong, ikan.. Tomyam.. Kira murah lah. Seafood Kuala Selangor kan memang murah. Nasib lah jauh, kalau tak barang basah pun aku beli sini. Dah lah segar. Bila sesekali pergi Kuala Selangor, memang aku angkut tong putih tu,, Restock barang basah. Murah takdelah murah sangat, tapi segar.

*sesekali makan mewah macam ni dengan kawan-kawan, bolehlah. tiap bulan.. huhuhu..tidaklah.

1 comment:

  1. tak pernah sampai lagi area kuala selangor..selalu lepak dgn member husband dekat hentian rehat awam besar dgn PD jer..pasni boleh bagi cadangan g sana pulak la..hehehe.thanks akak..sebab bagi tau info tempat makan best ni

    ReplyDelete