27 May 2015

Sesi Photoshoot *ke photogedik?*

Akhirnya dapat gak mengedik bergambar masa kat Port Dickson, walau asyik tertangguh. Hajat nak amik gambar atas katil anak beranak tak berjaya direalisasikan. Lepas tu konon petang sebelum ke laut, nak amik gambar kat Spa Garden, pun misi gagal. Nasib baik sebelum balik ke KL hari Ahad tu, laki rajin nak melayan permintaan bini. Lama tak ada gambar keluarga yang proper. Elma pun takde lagi gambar photoshoot dengan Eisya. Dulu punyalah berangan, konon tiap bulan nak amik gambar dia. Nak buat photobook semua. Hampeh. Dapat setahun sekali pun dah kira bertuah. Huhuhu.. Kesian Elma, tak banyak gambar high definition. Abah lah tu dik, busy sangat. Ibu berkali-kali remind, tapi dia asyiklah 'Bila?? Bila nak amik gambarnya?' Tanya beriya, tapi busy sesaje.

Bila dah ada semua depan mata ni. Meh lah kita bergambar. Dan alang-alang ada yang boleh tolong amikkan gambar kan. Meh lah kita posing sakan.

Disebabkan kakak busy main kejar-kejar, kita ber-3 je lah. Memang tujuan utama nak amik gambar Elma pun kan. Senyum Elma.. Senyum..

Mak je senyum meleret, anak-anak... *no caption*
Aku dengan Reen dah macam budak asrama keluar outing kan. Boleh pulak baju dengan tudung sama warna. Akak keluar outing bawak adik-adik jalan. (:

Best buddies sangat 2 orang ni time kat Port Dickson. Siap menangis tak nak kasik kawan balik.


Cantik je family ni posing. 

Gambar candid juga yang menarik.

Sweetnya, okay Reen. Boleh submit gambar ni untuk any happy family theme contest.

melting tengok gambar sendiri *poyo tu namanya*

Seronok tengok Eisya berlari-lari dengan kawan macam ni. Nampak sungguh dia happy. Biar berpeluh-peluh, asal dapat main, dia peduli apa.


Mama Miama. 

Puas hati aku dapat shoot banyak gambar Elma petang tu. Walau semua gambar dia tiada reaksi macam tu. Tapi itulah dia. Kalau kat luar Elma memang sangat serius. Tapi sejak dah setahun ni, dah pandai bermain, dah pandai respond dengan pelawaan Eisya.. Selalulah dapat tengok dia senyum, dengar dia ketawa. Tapi tak berkesempatan nak rakam. Senyuman dan gelak ketawa Elma sangat eksklusif. Hmm, kena gak ni carik sesi untuk 2 beradik ni photoshoot bersama. Sementara Elma tak laju berlari ni. Senang nak kawal. Okay.. Carik masa..carik masa...

*kena carik masa untuk kumpul gambar, dan susun dalam layout template photobook. so nanti bila ada voucher free, tinggal submit je. banyak event tertangguh ni..paling penting gambar-gambar birthday Eisya dan Elma. Tu KPI aku tu..okay..okay, carik masa

6 comments:

  1. sungguh kak..gambaq akak cantik giler..dah macam abg photograper yg tangkapkan...

    ReplyDelete
  2. Hahahaha! Aku suke betul gambar cha ngan fahrin berlari tu. Asal tengok je, mengekek gelak hahaha

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,
    berpeluh2 posing ambik gambor :D

    ReplyDelete
  4. Babe, ni pakai camera apa ni. Haha, puas tunggu ko review sjcam ni

    ReplyDelete