16 April 2015

Shop At GoShop with Astro

Sape tak suka shopping?? Menipu sangat kalau kata 'shopping?? eeeii tak suka lah, allergik' Sudah, tak payah nak tunjuk baik sangat. Menipu bebenor statement tu, lagi-lagi kalau orang perempuan. Perempuan dan shopping, berpisah tiada okay. Ingat perempuan, mesti ingat shopping. Bagai aur dan tebing. Cuba tengok kat Sogo tu, penuh dengan orang perempuan je. Orang laki, boleh kira dengan jari. Tak pun yang laki tu adik-adik sales assistant yang keje kat Sogo je. Yang lebihnya perempuan.

Sekarang nak shopping pun tak susah. Macam-macam cara kau boleh shopping perhabiskan duit. Tak payah susah-susah nak gi shopping mall. Duduk diam-diam dalam rumah pun boleh beli barang yang diidam. Tahu-tahu ada adik poslaju ketuk pintu rumah hantar barang. Bahagianyalah hidup. Sediakan je duit, settle semua benda. Sekarang teknologi membeli-belah pun dah makin berevolusi. Bukan setakat shopping online, shopping thru phone pun dah boleh *ke memang dah lama boleh?* Tapi sejak Oktober lepas aku rasa semua kaum hawa kat Malaysia ni macam kena sawan shopping. Semua gara-gara Astro perkenalkan GoShop.

Thank You to Astro!! Thank You sebab perkenalkan GoShop kat kami rakyat Malaysia. Orang pompuan ucap thank you lah. Orang laki?? Thank you jugak lah kot sebab dah tak payah susah-susah nak angkut bini gi shopping. Bini shopping depan TV je. Tak payah nak risau kena jaga anak time bini ralit shopping. So, orang laki pun kena berterima kasih gak kat Astro.

Buat yang masih blur, apakah itu Go Shop *macam tak caya kalau ada yang masih tak tahu*. Lepas tengok video kat atas ni mesti terus paham. Go Shop adalah one stop centre untuk pengalaman membeli-belah yang fun and entertaining. Produk-produk yang Go Shop jual adalah berkualiti premium, kualiti adalah menjadi keutamaan Go Shop. Nak lagi best, host-host yang Go Shop semua memang sangat dedikasi, demonstrate barang yang dijual sepenuh jiwa. Dan paling penting, harga yang Go Shop tawarkan amat berbaloi-baloi.

 tapi tak perlu risau, takde Astro kat rumah pun masih boleh shopping dengan GoShop.
*ada bakat jadik duta GoShop tak??*

So, tunggu apa lagi? Marilah shopping di Astro GoShop. Terjah ke channel 118 Astro anda. Tapi buat yang takde Astro macam aku, tak perlu risau. Korang semua kan ada laptop, ada handphone yang bijak pandai. Kini semuanya dihujung jari anda. Sesuai sangat dengan tagline Go Shop 'Ada PC..Boleh Beli', 'Ada Tablet, Boleh Beli' Cuma pastikan kau ada duit je.

GoShop thru PC: www.goshop.com.my/

GoShop thru Tablet: m.goshop.com.my

Happy shopping semua!!! *akak nak sambung cuci mata*

No comments:

Post a Comment