06 April 2015

Elma 1st visit to Cinema

Eisya berkali-kali minta tengok wayang cerita kartun, Home tu. Asyiklah sebut 'nak tengok Oh ibu..'Kang tanya lagi 'esok kita nak gi tengok Oh ke ibu, kat tv besar tu?' Kenalah penuhi hajat hati si anak, tak sampai hati. Dah ulang berkali tu. Dia jadik kemaruk sebab 2 minggu lepas ada orang GSC, Summit datang buat promotion kat tadika dia. Tu yang tetiba tahu ada movie baru. Habis pintu bilik dia tampal dengan sticker citer Home tu. Nyampah aku tengok pintu tu, dengan dia 'berkarya' guna marker pen kat situ lagi. Buat-buat tak nampak je lah.

Terus lah booking tiket pagi Ahad tu. Gi dekat-dekat sudah. Jangan buang masa. Ke IOI Mall, Puchong lah kita. Ada yang lagi dekat, Summit.. tapi ibu kerek, tak nak Summit. Tak best. Hahaha, apa yang tak best pun aku tak pasti. Nasib Ekwan tak suruh bentangkan justifikasi kenapa tak nak gi Summit je, kalau tak confirm kalah. 

Dan secara rasminya, itu menjadi kali pertama Elma ke panggung wayang. Umur 11 bulan. Eisya dulu 7 bulan dah masuk dah. Tme tu ibu abah tak reti duduk rumah sangat, sekarang ni.. Abah busy, dengan nak keluar ber-4.. Kadar membuang masa kat luar memang dah berkurangan, tu yang Elma lambat sikit merasa masuk tengok kartun kat TV besar. Aku berdoa banyak-banyak, janganlah dia mengamuk atau menangis takut gelap-gelap dalam tu. Dan Alhamdullilah, baik je dia. Excited dia tengok gambar besar depan mata. Mula-mula terlompat-lompat, macam nak gi terkam gambar dalam skrin. Jakun bebenar gayanya. Tapi akhirnya tewas, bagi susu..tidur..sampai habis movie.

marilah bergambar kenangan dulu ye anak-anak

Eisya yang buat perangai. Dia yang beriya nak tengok movie tu. Tapi sudahnya dalam panggung dia keje mengukur hall. Berjalan dari atas ke bawah.. setiap row kerusi dia masuk berjalan. Ke depan, ke belakang. Isskk, geram je aku. Nasib orang tak ramai dan kebanyakannya parent with kids gak. Takdelah yang nak marah. Dia boring kot. Eisya ni more to action. Citer-citer kurang aksi ni kurang lah skit dia. Tengok Big Hero hari tu, kusyuk dia. Ulang 2,3 kali pun dia boleh hadap lagi.

Dah lah, lepas ni tak payah lah tengok wayang lagi Eisya. Biar ibu abah je yang tengok berdua.

*konon nak tengok F&F7 sama-sama, sekali dia dah layan sorang dulu lah

6 comments:

  1. eisya tu nasib ukur hall..
    klu aryan dn arfan aku rasa mau pnajat turun tangga or kerusi..
    so tahap keasabaran blm ckup utk bw diaorg tgk movie..takut mak pak jdi hulk lak dlm tu..hahaha

    ReplyDelete
  2. tgk tu dia bergambar selipar terkepak2 kikiki...anyway anak2 aku request cicakman3. xsanggup nk glamer haram dlm panggung so kita tunggu kuar kat astro first jelah nanti ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah Eisya..tak reti dah nak bergambar senonoh sikit dia ni

      Delete
  3. salman dah 2 tahun pon x g tgk wayang lg.. maksudnya dah 2 tahun sue x tgk wayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya takde kemaruk sgt..sekadar mengisi masa weekend je pun
      skrg nak tengok apa,semua donlod je. senang. tengok sambil makan ice cream depan tv

      Delete
  4. 1st time bawa Arreessa tengok cinderella. cite dia suka jd mmg duduk diam je. Bawa pulak malam Maryam pun tido je

    ReplyDelete