17 February 2015

Sesame Street Birthday Party

Yeay!! Akhirnya berjaya jugak merealisasikan acara ni. Hampir 2 bulan jugak kami merancang. Alhamdullilah, semua goes well as planned. Meriah!! Seronok tengok anak-anak gembira jumpa, main dengan kawan-kawan. Yang mak-mak apa lagi, seronok tahap over. Macam kan tu majlis untuk dia. Biasalah. Tu perkara normal, tak payah nak pelik sangat. Ikut perancangan awal, nak buat majlis birthday untuk anak-anak yang lahir Januari hingga April ni kat Taman Suasana Hijau kat Presint 11, Putrajaya tu. Mak-mak semua tergoda dengan keindahan taman tu, tapi setelah buat survey.. Tempat tu kurang sesuai. Bincang punya bincang, persetujuan dicapai. Majlis di buat kat rumah Dina. Tuan rumah pun berbesar hati, mengalu-alukan kedatangan kami. So, here we go!!


Majlis kali ni bertema kan Sesame Street. Tema, seperti biasa.. Mak-mak yang pilih. Anak redho je. Meraikan 22 orang kanak-kanak. Memang aku dapat rasakan betapa kecohnya majlis tu nanti dengan peel semua budak-budak tu. Tapi itulah yang seronoknya kan. Eisya ngan Elma turut diraikan. Kira ni early celebration lah ni. Eisya punyalah tak menyabar okay, asyik tanya 'birthday chacha esok ke ibu??' Bila Ekwan bawak balik banner, tengok baju Elmo yang aku belikan untuk dia ngan Elma, lagilah excited budak tu. Isskk, gembira hati mak nak tengok awak teruja sama.

Bersama Ana dan tuan rumah, Dina. Thanks babe, mohon tak serik terima kehadiran kawan-kawan. Dengan anak-anak menyepah rumah. 

Mak-mak orang. Tapi feeling muda remaja je memasing.

The Foods. Potluck konsep seperti biasa. Meriah. Tapi aku macam lagi seronok borak kot, sampai lupa nak makan. Hahaha..sempat makan mee goreng Ana je.

nama kat kek kaler merah tapi beriya nak diri dekat kek kaler biru. suka hati lah Eisya.

potong kek ramai-ramai dengan kawan-kawan. Ikutkan Eisya dia malas nak join okay potong kek, beriya aku panggil. Sibuk sangat main..nasib kawan-kawan semua kumpul depan kek..dia pun join lah sama.

Meriah. Tengok..siapa lagi lebar menyengih? anak rileks je.

masing-masing tak menyabar dah nak makan kek..comel sangat kan kek tu. semua excited.

The Kids. Alahaiii, susah sungguh nak suruh korang bergambar. Nak kumpulkan semua, punyalah kena teriak panggil sorang-sorang. Nak suruh berdiri ramai-ramai sekejap pun...tunggu panggil sorang, sorang hilang. Pasrah je lah achik..

Korang tak nak bergambar sudah. Biar mak-mak yang bergambar. Ni memang kegemaran kami sepanjang zaman. 

yang diraikan. Eisya Elyssa dan Elma Eiliyah. InsyaAllah, doakan ibu murah rezeki, nanti kita buat another birthday party khas untuk awak dengan adik ye. kali ni celebrate ramai-ramai dengan kawan-kawan dulu ye.

Family Potret buat masa kini. Memang susah lah nak dapat Eisya bergambar sama. Dia tak peduli. Nasib Elma redho, belum jemu bergambar.

kalau nak bergambar ber-4, ni hasilnya. baik tak payah...nyampah ibu.

Seperti biasa, terdahulu diucapkan jutaan terima kasih kepada suami-suami dan para bapa sekalian yang begitu sporting bawak anak dan bini ke majlis bersukaria begini. Terima kasih sebab happykan anak-anak dan isteri tercinta. Thanks a lots to Ekwan sebab sanggup hantar dah luangkan sedikit masa untuk aku ke majlis ni. Walaupun dia akhirnya tinggalkan aku dengan budak-budak kat rumah Dina, sebab dia kena gi kedai. Telefon dah asyik berbunyi je. Aku dah cukup happy sebab dia sanggup tunggu hingga acara potong kek. Aku lebih sanggup kena tinggal daripada balik awal okay.

Ini memang acara yang cukup berjaya bagi aku. Tahniah kepada kawan-kawan yang banyak bagi idea dan support untuk jayakan majlis ni. InsyaAllah kita akan pastikan acara seterusnya juga akan berlangsung meriah macam ni.

6 comments:

  1. wahh.. seronoknya ada party party macam ni.. anak suka.. ibu gembira.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Cayalah Dayu... gud job kawan2!! :)

    ReplyDelete
  3. kak dayu.. letak laa nama vendor yg di amek untuk majlis.. printing abg ekwan sekali.. kot laa ade yg minat nak ambik wat tempahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ada entry khas sue..wajib buat entry untuk semua vendor terlibat

      Delete
  4. dayu!!!!!! rindu aku tak?? tinkerbellina. ntah ler ko ingat aku lagi ke idok. aku dah create new blog. sweetmissnelly.blogspot.com huhu~ mish ya!!

    ReplyDelete