16 January 2015

Terima Kasih Memory Jewellary

Yang ditunggu-tunggu telah tiba. Gembira tak terhingga. Sebab tahap keterujaan dia, susah sangat nak digambarkan. First time menang contest kau, mau tak teruja. Bila Memory Jewellary update Facebook kata dah delivery out the prizes, makin excited akak jadiknya. Menunggu je ketibaan Ta-Q-Bin. Beriya akak expect dia akan deliver ke office, sekali ke rumah. Dah lah time dia hantar tu aku kat luar shopping grocery. Nasib baik lah office Ta-Q-Bin tu 3 minit je dari rumah. Rajin lah Ekwan tolong gi collect parcel tu.


Thank you Memory Jewellary sebab pilih akak sebagai pemenang. Walau pun hadiah saguhati, akak punya gembira macam dapat grand prize. Eisya punya teruja tengok benda ni. Siap cakap loket tu dia punya sebab bentuk cat. Dia kata 'ibu kan orang besar, orang besar tak pakai gmbr cat. budak-budak je pakai cat' Yelah..yelah, awak punyalah. Ibu bagi lah pinjam jap.

*loket dah ada...kena lah beli rantai nak kasik lengkap. betul tak?

2 comments: