12 January 2015

Memenangi Selera Anak: Bubur Ayam

Elma dah 8 bulan. Dan sejak 2 minggu lepas, selera makan dia mula merundum. Kalau bagi dia makan asyiklah menjuih-juih. Siap disembur-sembur je bubur nasi tu. Risau ibu kau nak...mak mana je yang tak risau kalau anak tak nak makan. Tak mau lah anak yg tembam tiba-tiba slim. Tapi aku gigih lah jugak memasak setiap pagi untuk dia. Tetap bawak bekal bubur ke taska. Dan terus terpikir mesti dia jadik kurang berselera sebab asyik makan benda yang sama je. Dan aku seakan lupa, Elma dah 8 bulan. Dah boleh introduce protein kat dia.. Dah boleh masak menumis... Sorry Elma..ibu lupa. Boring dah kan asyik makan sayur dengan buah je. 

Jom, kita makan ayam dengan ikan pulak.

Weekend tu beria lah aku bagi menu baru kat Elma. Mulakan dengan sarapan. Bgai dia oat + kurma + kiwi. Banyak dia makan. Takde aksi menjuih-juih lidah. Asal sua sudu, mulut mesti nganga. Gembira sungguh aku. Nampak sangat memang dia dah muak dengan apa yang aku bagi selama ni. Selama ni breakfast puree buah je. Muak dah ye. Makin berkobar-kobar lah aku sediakan makanan untuk lunch dia. Bubur ayam. Pagi-pagi aku buat bubur nasi dulu. Pastu buat stok ayam. Aku guna isi ayam je, tulang, kaki ayam semua takde. Layan je lah. Asal namanya ayam.

Hasilnya?? Habis semangkuk tu dia makan. Lama dah dia tak makan banyak gini. Senang pulak tu bukak mulut. Tak comot pun makan sebab asal hulur je sudu, dia nganga. Bahagia sungguh rasa. Dan aku bertambah bahagia sebab bubur yang sama boleh jugak dimakan oleh Eisya. Tak payah masak lain. Ibu pun makan bubur ayam gak. Memang berganda-ganda kebahagiaan ibu.

Bubur Ayam Beraroma. Kanan untuk Eisya. Kiri untuk Elma.

Resipi: Bubur Ayam
Bahan: Stok ayam, daging ayam (rebus dan dicarik), carrot potong halus, kentang potong dadu, bawang merah, bawang putih, halia, daun sup, bawang goreng
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia. Aku tumis dengan unsalted butter je. Olive oil belum beli. Halia tu bila dah masak boleh keluarkan. Halia tu nak bagi menambah kesedapan bubur. Bagi wangi bubur tu.
  2. Masukkan daging ayam, stok ayam dan bubur nasi.
  3. Pastu masukkan carrot dan kentang
  4. Tunggu kentang dengan carrot empuk boleh tutup api.
  5. Sejukkan sikit dan boleh lah blend kasar. Tabur daun sup skit, bawang goreng skit.. 

Petang aku bagi Elma biskut baby Heinz, 2 batang dia makan. Eisya makan chipsmore dengan air milo. Ibu tak rajin nak sediakan minum petang beria. Tunggulah mood ibu datang, dapatlah cupcake petang-petang. Dinner, Elma makan menu yang sama. Untuk Eisya ibu masakkan kari ikan tenggiri. Alhamdullilah, habis sepinggan Eisya makan. Yang sorang ni pun susah betul nak makan. Badan pun keding semacam.

makan banyak-banyak ye Ma, jangan sampai lengan bambam tu hilang. tak best lah ibu nak gomol-gomol

Okay.. ibu adalah dalam misi mengemukkan Eisya dan me'maintainkan berat badan Elma. Eisya tu dapat 20kg pun jadiklah. Sekarang 15kg je. Elma currently is 8kg. Kecik-kecik kena tembam, nak slim tunggu besar nanti. Jangan terbalik.

No comments:

Post a Comment