06 January 2015

Konsert Akhir Tahun Tadika Temanku Sesi 2014

Dan ini merupakan sesi terakhir Eisya. Sedih sebenarnya sebab dia baru nak bergembira, enjoy-enjoy dengan kawan-kawan. Sebulan ni seronok je hantar dia gi tadika pagi-pagi. Takde drama air mata. Lepas salam, peluk cium...rileks je bawak bekal duduk makan dengan kawan-kawan. Hhmm...terpaksa Cha. Demi keselesaan kita bersama, ibu kesian tengok awak ngan adik penat duduk dalam kereta petang-petang.

So konsert kali ni aku kasik dia enjoy betul-betul.. sampai awal, bagi dia main kejar-kejar dulu ngan kawan-kawan. Amik gambar banyak-banyak dengan kawan, dengan cikgu. Nanti ibu photobook'kan ye. Wajib. Konsert kali kat Dewan Lembaga Getah. Nun di Kuala Lumpur tu. Merasalah bangun kul 6 gak di hari Sabtu. Demi tak nak sampai lewat. Tak nak anak terlepas persembahan. Tapi biasalah, aku je yang over sampai kena jeling ngan Ekwan. 


memang patut abah ko jeling Ma, kita orang first yang sampai. dewan kosong lagi

tahniah abah sebab berjaya bangun awal di hari Sabtu.

Biar awal okay, jangan lambat. Sian Cha, setiap hari practice joget lagu ulek mayang. Kang lambat, dah terlepas persembahan. Tapi aku frust sungguh. Beria aku order tudung untuk Eisya, tapi boleh lah Ekwan tak gi amik kat Poslaju. Hhmm, sudahnya budak tu pakai inner aku je jadik kan tudung. Sian anak aku...


sesi main mekap dengan cikgu

dengan kawan-kawan.

tunggu giliran buat persembahan.

Budak tadika ada 3 persembahan. Lagu Makna Alhamdullilah, Ulek Mayang dengan lagu 'Your Mother' Tiap hari mengadap youtube si Eisya tu. Pastu nanyi ikut suka dia je. Kalau aku tak tengok Youtube tu, aku pun tak boleh tangkap apa yang dia sebut.


persembahan pertama. gelak aku tengok Eisya. terkumat-kamit mulut. menyanyilah tu konon. tapi nasib baik dia tak blur kat atas tu. ingat pulak dia segala step.

beratur amik hadiah. 

dapat pensel 2 batang, pembaris sebijik ngan pemadam seketul pun dah happy. senang je nak gembirakan budak kan..

dengan Cikgu Sue dan Cikgu Nurul. ko dah kenapa Cha? muka kelat semacam...

Cikgu-cikgu Elma. Cikgu Zila dan Cikgu Sarah. 

Lepas ni tak jumpa dah cikgu-cikgu ngan kawan-kawan kat Tadika Temanku. Dari umur 8 bulan Cha duduk kat situ. Tempat dia membesarlah Tadika Temanku ni. Takpelah..demi yang terbaik, marilah kita berubah tempat ye. Lepas ni tak payahlah awak berpenat-penat dalam kereta dari KL ke USJ. 5min je dari rumah ke tadika baru.

*eisya tak sudah-sudah lah bercakap pasal kawan-kawan kat Temanku. kadang tu kalau dia bercerita kena tanya 'ni sekolah mana chacha? Temanku ke Nur Kids?' Nanti dia jawab 'Tadika Temanku lah' Rindulah tu...

No comments:

Post a Comment