05 January 2015

Elma Eiliyah - 8 bulan

Ehh..lama giler tak citer pasal MaMa...Kami suka panggil Elma dengan nama timangan 'Mama'... Elma = Mama. Macam Eisya = ChaCha..Hahaha...beriya kan kau bagi anak nama panjang bebenor..sudahnya hujung-hujung gak kau panggil. Alah, kedengaran sweet sikit. Eisya lagi lah, sejak dia tau nama Elma bermaksud epal, dia suka panggil adik dia 'epal...ohh epal' Hhmm..aura-aura membuli adik dah muncul tu.

Elma dah 8 bulan. Dan berada dalam fasa manja melampau. Melampau sampai tahap aku tak boleh tinggalkan dia. Pantang aku bangun, menangis lah dia sambil kejar aku. Sedangkan tadi elok je main dengan kakak dia. Abah dia ada depan mata pun tak jalan. Ibu gak yang dicari. Dia nak ibu dia ni duduk mengadap dia je. Tak pegang pun takpe, tapi kena ada dekat dia.

Geram jugak kadang.. tak boleh buat keje langsung jadiknya. Nak masak pun kadang Ekwan kena dukung dia kat dapur. Bagi dia tengok aku masak. Kalau Ekwan takde, aku letak je kat dapur. Bagi periuk, sudu, mangkuk..main lah kau situ.

Elma masih belum merangkak. Dia dah boleh. Sebab pernah dia merangkak kejar aku. Sambil-sambil menangis dia merangkak. Tindakan dalam tak sedar kot. Lepas tu takde dah. Dia lagi suka menyusur. Laju giler dia menyusur. Tapi sekarang suka betul memapah. Asal dapat tempat berpaut, mesti dia cuba berdiri. Pastu senyum-senyum gelak bangga dapat berdiri. Kabinet TV, kerusi meja makan, sofa memang port kegemaran dia.

Aku rasa dia ni tak merangkak kot, berjalan terus. 

Currently berat adalah 7.8kg. Selera makan macam dah berkurang. Risau sungguh aku. Nak kena cuba resipi baru ni. Tapi bila bagi biskut-biskut baby tu laju je dia makan. 2 batang pun dia boleh habiskan. Takpelah dik, sikit pun jadiklah dari tak makan langsung. Jangan malas-malas makan dik, nanti ibu malas masak..

budak manja kededek.

*belum sunat lagi. hari tu ingat nak sunat sekali masa cucuk vaccine yang sepatutnya amik masa unur 6 bulan. tapi macam kesianlah pulak, dah kena cucuk..nak sunat pulak.. minggu depan eh dik..

3 comments:

  1. lain muka dia kat dlm gambo bawah sekali ni. bila senyum terus aku tak kenal

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak dayu.. comelnya elma.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. ishh bambamnyer geram nengok peha tuu unty rasa cam nak gigit2..

    ReplyDelete