19 December 2014

Tadika Hunting

Hujung-hujung tahun ni, keje aku asyik amik cuti gi survey tadika untuk Eisya next year. Seteleh berbincang laki bini, kami akhirnya memutuskan, mulai tahun hadapan kami akan berubah menjadi minah dan mat rempit. Kami akan naik motor ke tempat keje. Kete simpan kat rumah. Akhirnya kami mengalah, kami bosa dah hadap jammed di Kuala Lumpur. 4 tahun dah, keluar gelap, balik pun gelap. Kesiankan anak-anak sebenarnya. Letih 2 ketul tu duduk lama-lama dalam kereta.

Lagipun, aku memang nak tukarkan sekolah Eisya. Sekolah sekarang ni bukan tak bagus, Eisya pun dah selesa. Tapi sebab dia campur semua budak umur 4-6 tahun dalam satu kelas, susah budak nak fokus. Cha pun macam banyak main je. Maka, aku putuskan untuk tukarkan sekolah dan sekolah di USJ. Luckily kat USJ ni melambak-lambak tadika. Dan kebanyakannya semua berdekatan ngan rumah. Pilih je lah nak yang mana. Sampai susah aku nak decide nak yang mana satu.

Mula-mula macam nak Dzul Iman. Ada 2,3 branch Dzul Iman kat USJ ni. Dan paling dekat dengan rumah pun ada, 3 minit je kot dari rumah. Cikgu dia pun duduk kat same apartment ngan kitaorg. Yuran pun okay, masih dalam bajet. RM430 sebulan termasuk daycare. Yuran tahunan pun tak mencekik sangat, dalam 800++. boleh installment. Tapi masalahnya Dzul Iman ni, dia tak terima awal. Paling awal boleh hantar pukul 7.30am. Huhuhu, mana sempat. Maka, KIV lah dulu.

Tengah pikir-pikir, sekali naik lagi 1 banner baru. Nur Kids. Terus terpikat bila dia tulis kat banner tu 'free1 month learning programme' Akak kan pantang nampak perkataan free, memang berkilau-kilau mata akak. Terus save nombor. Dan bila call, rupanya Nur Kids tu rebranding from Little Caliph kat USJ 2 yang memang listing dalam tadika pilihan aku. Owner dia rebranding sebab nak guna module sendiri, tak nak pakai module Little Caliph lagi. Alang-lang call terus tanya soalan paling utama 'start kelas pukul berpa teacher? boleh datang paling awal pukul berapa? Bila Cikgu Murni tu jawab 'kita start pukul 7 pagi sampai 7 malam, lepas pukul 7 baru kira OT' Bagus, kriteria utama dah lepas.

Terus set appointment untuk detail on registration. Sambil-sambil bawak Cha tengok school baru dia. Dia biasalah, malu terlebih. Pastu gesel-gesel ibu 'Chacha tak nak sekolah ni ibu' Huhuhu, sorry Cha. For your own good. Tukar angin ye Kakak.

yuran Nur Kids. Sama je ngan fees Little Caliph.

Tadika budak-budak sekarang. Mengalahkan yuran UiTM ibu. Nasib baiklah boleh bayar ansuran. Kalau tak, puasa lah ibu abah sebulan. Ni baru Eisya je ni. Belum Elma punya lagi. Hhhmm, 2 ketul ni je lah gayanya anak aku. Awatlah mahal bebenor yuran tadika bebudak sekarang ni kan. KEMAS, PraSekolah, PASTI semua ada, tapi semua tak memenuhi demand. Kebanyakannya takde daycare sekali. Habis tu nak campak mana anak aku lepas kul 12?? Tak kan nak harapkan aku gi amik dia, antar transit ke mana-mana pulak. Hmm, tak praktikal. Tu belum kira hal kelayakan lagi. Macam aku yang kononnya 'berpendapatan tinggi' ni, memang tak layak lah kan.. Takpelah, demi anak-anak. Usahalah bagi yang terbaik ikut kemampuan. Demi kepuasan aku jugak.

So, InsyaAllah, next year Eisya akan ke Nur Kids ni. Mungkin 30 -31/12 akan mungkin akan mula hantar dia ke sana, orientasi. Supaya nanti 5/1/2015 takdelah aksi bergolek-golek depan pagar sekolah tak nak masuk. Huhu, seram aku memikirkan hari pertama dia nanti.

*adik, mana ibu nak letak awak ni dik? kakak dah setel.

10 comments:

  1. aku ni keperluan sekoalh dia lansung tak beli apa pon lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah..aku nak setelkan registration dulu, past baru pikir hal kelengkapan
      ni baru tadika, kang darjah 1 aku rasa nervous kot

      Delete
  2. Full day dalam RM380 sebulan bolehhhh sangat kak dayu.
    Tapi tu lerr kan pendaftaran je dah mengalahkan yuran 1 semester uitm x__x
    Tapi ni pun rasa ok, ada tadika lain nak pendaftaran sahajo sampai RM2k..pitammm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..rm380/sebulan mmg sgt reasonable kat kuala lumpur ni
      kira murah dah tu. tp tu lah, tang pendaftaran tahunan lah yang tak menahan
      pejam mata je lah

      Delete
  3. PASTI kt sana xde daycare?kt sini ada pakej...start dari kul 7pg smpai dlm pukul 6ptg...pilih la nk ambil pukul berapa xde la sharp pukul 12tgh hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde faizah..kemas pun takde daycare
      tp cikgu KEMAS siap2 cakap, 'kak, kami nak payslip suami isteri ye sekali'
      hhhmm...terus surrender, sah-sah tak lepas kelayakan..

      Delete
  4. aku malas nak fikir hal sekolah ni sangat makanya grab jelah tadika n transit yg ada di persekitaran.. KEMAS kat belakangn Inspen.. transit dlm inspen... tahun depan baru fikir tadika yang ok sikit full day..

    ReplyDelete
  5. ok ni yuran gini...sekali day care pulak...ok sgt.. :))

    PUTERI YUSOF

    ReplyDelete
  6. camne ye nur kids ni ok x? pernah jugak survey

    ReplyDelete