14 October 2014

Elsa dan Anna

Ni anak yang nak ke mak yang nak sebenarnya ni?? Haruslah belikan untuk anak. Kalau beli untuk mak, takdelah beli benda ni. Baik beli shawl baru ke, kasut baru ke. Biaslah mak, walaupun mata dah serabut tengok rumah penuh dengan mainan anak, nampak benda menarik yang confirm anak suka, mesti teringin nak belikan untuk anak.

Bila tengok patung Elsa ngan Anna ni terus teringat Eisya dan Elma, terus order. Terus tak menyabar nak bagi anak-anak main.


tagging card yang dia hebohkan..anna tu dia buat tak layan je. terus kena rampas dengan kakak, padan muka.

Eisya memang suka bukan main lagi bila aku tunjuk patung ni kat dia, terus suruh aku koyakkan plastik, nak main. Riuh dalam kereta dia menyanyi-nyanyi lagu frozen sambil main 2 ketul ni. walaupun bingit telinga, berbunga-bunga rasa hati tengok dia happy gitu

seronok 2 beradik ni membelek Elsa ngan Anna

yang gi berebut ni kenapa?? ibu dah beli sorang 1 dah.. hai dik, awak pun kenan Elsa ke? ibu beli Anna untuk awak lah

Aku tak expect patung ni besar macam ni. Ni dah sama panjang dengan Elma. Kenalah dengan harganya. Sepasang ni RM80. Sesuai lah dengan saiz. Makin bertambah lah koleksi soft toys kat rumah ni. Melimpah lah bakul.

No comments:

Post a Comment