23 October 2014

Cuak Mode is On

Iye, memang aku cuak. Nerveous semua ada ni. Excited memang excited tapi tetiba berdebar. Macam tak sedia lah pulak. Rasa nak tarik diri pun ada. Tapi bila mengenangkan peluang ni bukan nya datang selalu, dan bukan semua orang dapat peluang ni. Lagipun aku jugak yang apply kan. Dah pergi interview 1st stage, pepenat buat paperworks pastu mengada nak tarik diri, memang patut kena lepuk je. Oleh yang demikian, marilah siap sediakan diri for 2nd interview ni.


Interview apa?? Interview nak dapatkan biasiswa daripada JPA untuk sambung belajar. Memang banyak untungnya jadik kakitangan awam ni, banyak kemudahan. Nak sambung belajar free pun ada salurannya. Salah satunya yang sedang aku usahakan ni. Cuti belajar sepenuh masa, gaji jalan...dapat pulak biasiswa. Memang sangat menjadi idaman lah dapat belajar free. Lagipun bagi aku, kalau aku nak buat something, aku kena bagi full effort kat benda tu. Nak belajar, aku kena full time, kalau part time memang entah pape je lah hasilnya nanti. Tu yang bila ada peluang macam ni, aku rasa aku tak patut lepaskan.

Kenalah usaha sikit kan, kalau senang bebenor dapat tajaan belajar free dari JPA mesti semua buat main-main je. Silap-silap salah gunakan kemudahan yang ada. Apply cuti belajar semata nak larikan diri dari tugas hakiki kat jabatan.

Aku apply pun sebab terpengaruh dengan kawan-kawan. Mostly kawan-kawan rapat aku kat JKR ni tengah cuti belajar. Macam seronok je tengok member jadik student semula. Dah 7 tahun tinggalkan zaman bergelar student. Tetiba rasa teringin. Tu yang bila JKR bukak offer, terus aku submit nama dan gigihlah draft kertas kerja. Takdelah gigih sangat sebenarnya, kajian tu memang aku dah buat separuh jalan masa kat opis lama. 

Mulai hari ni, kenalah rajin baca surat khabar. Kenalah amik tahu segala hal yang berlaku kat dunia ni. Takdelah nanti kalau disoal termangu-mangu. Tak mau ahkak nampak macam orang yang tak peduli langsung hal dunia *walau hakikatnya begitu lah ahkak* Doakan lah ahkak lepas interview ini. Kira sekarang ni, sebelah kaki dah lepas, tinggal nak bawak masuk kaki satu lagi je ni.  Kalau berjaya, InsyaAllah, bulan September 2015 akak jadik student semula lah gayanya.

5 comments:

  1. Aku doakan ko berjaya. Bestnye jadik student balik, tajaan lagi. Ko memang layak weh. Good luck! :)

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya dayu! lps lysa, aku tunggu ko plak genggam scroll master :P

    ReplyDelete
  3. husband sy tgh sambung blaja under HLP ni...tips utk interview JPA ni, study gk paperwork yg buat tu... :)

    ReplyDelete
  4. jgn separuh jalan...cuba dulu...smoga Berjaya!

    ReplyDelete