12 May 2014

Elma dan Jaundis

Sebaik je discaj dari wad pada hari ke-2, balik je rumah aku macam dah detect simptom-simptom jaundis kat Elma. Kulit dia x merah macam hari pertama. Kalau tekan kulit dia pun nampak macam kuning. Pastu asyiklah tido. Sah, memang dia ada jaundis. Tapi aku tenangkan hati, tak nak menyerah diri ke klinik. Nak tunggu nurse datang baru nak gi klinik.

Nurse datang buat lawatan pada 4 April 2014 dan sahkan Elma ada jaundis. Ikutkan nurse, ptg tu jugak dia suruh gi klinik amik darah. Tapi dah Ekwan keje. Esoknya lah baru pegi. Kami ke Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong. First reading 12.5, pastu 10.6 dan pada hari ke-14, bacaan still 10.3. Terus kena gi hospital untuk appointment prolong jaundice. Aku ke PPUM, senang segala rekod dah ada kat sana.

Risau dan pelik pulak aku. Breastfeed dah sekerap yang mampu dah. Sampai kadang kena paksa, dia tak nak pun aku suruh gak hisap. Hhmmm....memang aku takde cuba sebarang petua. Bukan tak percaya, tapi nak carik segala daun-daun tu kat sini bukan senang, maka aku yakinkan diri susu ibu lah ubat terbaik untuk jaundis Elma. Ada juga yang cadangkan bagi minum air sengkuang cina. Hmm..sudahnya tak jugak bagi. Aku masih percaya susu ibu adalah yang terbaik mengatasi masalah jaundis ni.. 

9/5/2014 ke PPUM lah kami. As from physical inspection, doktor kata Elma kelihatan okay, mata dia tak kuning, kulit dia pun tak kuning. Najis dia ok. Kencing pun ok. Takde sebarang tanda ada komplikasi lain. Tapi tetap kena buat ujian saringan untuk pasti b. Walaupun tiub kecik, banyak ok 4 tiub tu. 

menenangkan anak yang lepas teriak kesakitan kena cucuk kat tangan

posisi paling favorite Elma

Lagi 2 minggu baru dapat keputusan. Harapnya segalanya okay dan boleh tutup buku. Maknanya Elma breatmilk jaundis. Tak perlu risau kata doktor. Dia akan hilang sendiri tapi amik masa. Tu yang ada sampai sebulan kuning. Tapi tengokkan Elma sekarang, macam dah tak kuning, tekan-tekan kulit dia tak lah nmpak kuning macam awal-awal aritu. Muka dia pun merah je dah. Tapi tak kan lah berani nak percayakan instict dan mata je kan. Gi je lah hospital, 23/5/2014 nanti.

Tapi aku nak balik JB ni, terpaksalah duduk seminggu je kat kg. Pastu balik KL semula. Hmm..baru ingat nak duduk lama sikit sampai hujung bulan.

2 comments:

  1. mandikan dia dgn daun kucai insyllah..n selalu susu kan dia..

    ReplyDelete
  2. Kes liya sama mcm anak first alin..jaundis disebabkan susu ibu..8 hr admit hosp..dah discharge.kena admit semula..sedey..hosp kerajaan fhm2 je lar hancur kaki tgn dicucuknyer..cekup sebulan doktor detect still ada jaundis..

    ReplyDelete