08 April 2014

Terputus Bekalan

Rumah takde air weh!!! Bekalan terputus malam tadi.

Argghhh..pertama kali merasa catuan air. Selama ni even lsited dalam kawasan yang terlibat dalam catuan air di Selangor, air tetap ada. Bukak paip air tetap keluar. Tapi semalam tanpa dijangka, tetiba bila bukak paip kat sinki nak basuh pinggan, yang keluar angin je. Warrgghhh!! Rasa nak nangis, dah lah pinggan kotor banyak. Kuali guna untuk masak dinner pun tak basuh. Sinki penuh ni. 

Air yang ada cuma setakat 60galloon. Tu pun yang tadah dulu. Nasib baik ada juga air yang disimpan. Aduhaiii, dah lah catuan 2 hari. Dan katanya, kalau ada air pun, hari pertama tu air bukan boleh guna pun. Kotor berkeladak. Hari Khamis baru ada air ni. Cukup ke air yang ada tu. Memang tak memasak lah aku. Punyalah cantik dah susun menu, malam ni kari tenggiri, esok sup ukan merah, ayam kurma.. memang tidaklah. Macamana nak membasuh semua. Makan kedai??? Huhu..lagilah tidak. Tak terbayang aku macamana derang basuh segala barang basah, kuali, pinggan sudu semua. Apa je pilihan yang ada..kenalah carik makan kat kawasan yang tak terputus bekalan air. Ke Shah Alam lah kita..

Lagipun malam ni ada agenda kat Shah Alam. Sesuai sangat lah tu.

Harap-harap janganlah sampai 3 hari takde air. Memang tak gi keje lah aku jawabnya. Tapi camne nak mandi, istinjak segala?? Lagi-lagi Eisya.. budak kecik tu mana reti nak menahan-nahan. Air minum pun kena beli mineral botol besarlah jawabnya.

No comments:

Post a Comment