01 August 2013

Tak Sabar

Semalam aku terlajak bangun sahur. Arggh!! Stress. dah lewat sikit je. Aku terjaga 5.50am. Kecewa sungguh. Dah lah malam tu penat-penat kopek lokan, masak sambal. Nasi pun Ekwan dah masak. Dah lah lewat sikit je. Geram sungguh. Bila kejut Ekwan bagitau terlepas sahur, dia pun frust. Sebab dia pun dah nampak sambal lokan dalam kuali kat dapur. 

Terpaksalah aku dengan kecewa isi sambal lokan dalam mangkuk masukkan dalam fridge. Dan sekarang aku tak sabar nak berbuka dengan sambal lokan tu.

Masa gi Limbang aritu melambak-lambak orang jual lokan ni tepi jalan. Kat Pasar Tamu dia pun banyak tapi mahal sikit. Sebab bila dah sampai pasar, kira dah 2nd seller. Kalau beli kat tepi jalan beli direct ngan pencari lokan. Yang jual kat tepi jalan pun lagi murah. So, on the way balik tu aku pun tapau lah sebakul lokan. Pilih saiz yang sederhana, sebakul RM15. Kalau nak suruh dia kopek siap-siap tambah RM1, tapi sebab risau isi lokan tu rosak, gamble je lah beli yang tak kopek lagi. Tapi aku tanya siap-siap lah camne nak kopek, suruh dia demo sekali.

Tengok macam senang, tpai sudahnya aku rebus dulu. Bagi dia terenggang baru aku kopek. 

Masa kat Limbang aku makan dah lokan ni. Orang kedai tu masak tom yam dengan kari. Sedap. Tu yang beli lagi tu. 

*gambar lokan tak leh nak transfer dari phone. kalau tak kenal, sila google

1 comment: