16 July 2013

Tiramisu

Walaupun rancangan nak buat tiramisu pada hari Sabtu tergendala disebabkan tukang masak kekurangan tenaga, rancangan diteruskan pada hari Ahad. Lagipun semua bahan dah ada kan, buat je lah. Simple je pun. Cheese cream ngan whippinh cream pun dah lama beli. Konon nak buat cheese tart, tapi sampai ke sudah tak buat. Not in mood. Mood membaking aku dah lama membawa diri. Entah bila nak balik entah, sesat tak jumpa jalan kot.

Malas nak on oven, tu yang buat kek simple-simple. Yang tak payah membakar. Yang hanya perlu sejukkan dalam peti ais. Kalau ada resipi yang tak payah keluarkan mixer lagi aku suka. Giler pemalas kan. Gini gaya baik beli je kan..hahaha, tapi sebab tengok resipi macam sangat simple. Marilah kita cuba.

Resipi ni aku google je. Aku amik dari Sini *kena bagi link tanda terima kasih kepada tuan punya resipi*. Senang je weh.. Mula nak pakai ladyfinger, tapi carik kat Mydin tak jumpa. Ok, tipu.. tak carik pun, sebab nak guna sponge cake je. Lagi senang nak dapat. Bahan-bahan diperlukan hanyalah:

Tiramisu Simple tapi Sedap:

1. 2 biji spong kek *aku guna kek coklat*
2. 250gm cream cheese
3. 250 ml whipping cream
4. Serbuk koko
5. Nescafe untuk rendam sponge kek
6. 1 sudu kecil esen vanilla.
7. 1/2 cawan gula kastor *kalau takde gula biasa pun boleh*

Cara-caranya:
1. Pukul cream cheese, whipping cream, gula kastor dan esen vanilla sampai kembang.
2. Susun sponge kek dalam bekas
3. Lembabkan dengan bancuhan nescafe
4. Sapukan dengan campuran cheese yang telah diputar tadi dan ayak kan serbuk koko atas cream cheese.
5. Ulang balik dari langkah 2..
6. Sejukkan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk sedap wehh..

Langkah pertama

Langkah 2-5

Siap. Boleh masukkan dalam peti kasik sejuk. Makan sejuk-sejuk memang lazat. Sedap weh, tapi nak makan banyak-banyak risau pulak mengenangkan cheese yang melambak tu.

*memang sangat sesuai kalau dijadikan desert masa potluck. ok, next potluck aku bawak tiramisu.

1 comment:

  1. tgk mcm senang je dayu...hahaha..
    tp aku nk buat bercinta gak tu...

    ReplyDelete