23 July 2013

Anak sulung yang sorang ni

Eisya sudah pandai merajuk. Merajuk macam orang besar. Palingkan muka, peluk bantal. Pastu kalau orang datang dekat, peluk badan dia..nanti dia tepis tangan. Kalau biarkan, tau-tau dah teresak-esak. Hahaha..gaya anak dara merajuk sungguh. Selalu dia merajuk kalau dia ajak aku tengok tv tapi aku tak nak. Aku nak tidur dia ajak tengok kartun yang dah tengok 18 kali tu, memang tak rajin lah aku nak layan. Puas lah budak tu tarik tangan 'abu..jomlah dodok depan' Tapi ibu buat tak tahu, pastu sesuka hati gi tutup TV dan suruh dia naik atas katil.

Sebab dah bosan kena marah dia naik lah jugak katil tapi terus membatukan diri. Ikut hati mau je aku biarkan dia gitu tapi tak sampai hati kau nak biarkan dia tertidur dalam rasa tak puas hati. Tu yang pujuk..tapi bila kena tepis tangan, sentap jap ibu ok.

Tapi nasib tahap rajukan Eisya masih dalam kawalan, cakap-cakap sikit, ngaku salah, cakap 'ibu buat chacha?? sorry eh.. ibu minta maaf eh..' Tak lama kemudian terus paling ngadap dan peluk ibu, kaki siap kepit perut ibu. Eisya.. Eisya.. Manja kededek..Memang patut bagi adik budak ni. Dan Sabtu lepas buat pertama kali dia jawab ya bila ditanya nak adik ke tidak. Siap ulang banyak-banyak kali 'nak adik..nak adik' Adeihhh, kesian Eisya. Selalu main sorang-sorang. Sampai kalau ada budak lain pun dia macam tak reti nak main sama-sama. 

Bestnya kalau nanti adik Eisya perempuan. Ibu siap dah ada nama ni kalau dapat anak perempuan sorang lagi *aku memang over*

Bila dia sorang-sorang ni kita gak yang penat sebenarnya. Kena melayan dia sepanjang masa. Tengok tv kena berteman. Sebab dia jenis suka cerita apa yang dia tengok. Kadang aku tengah goreng ikan kat dapur pun dia panggil 'abu tengok ni, katun chacha amik masak abu ia...' Kalau aku sekadar angguk dan kata 'iye..ia amik barang ibu dia kan' Dia tak kan puas hati, selagi aku tak pergi depan, selagi tu dia tak berganjak. Dan kenalah tinggalkan kuali sekejap tengok apa ada kat tv. Yang geram, abah dia ada kot kat depan tu. Nak ibu jugak.. adeiihhh...

benda favorite dia masa kini. katalog ikea. boleh kawan ngan ibu

rimas pulak aku tengok rambut dia. tapi nak gunting sayang, lagi-lagi sejak dia bagi ikat-ikat rambut dia ni. lagipun aku macam fobia kalau nak potong rambut depan dia. sebab selalu jadik entah apa-apa. tapi sebelum raya ni kena potong gak rasanya.


3 comments:

  1. jgn potong plissssss... klu rimas tang depan tu ko pakaikan dia cekak riben2 tu je spy xjatuh ke depan, syg ok klu potong.

    ReplyDelete
  2. cepatla sikit ibu bagi cha adek tu..sian cha kan..

    hahahahah *gelak jahat*

    ReplyDelete
  3. tak payah potong rambut tu sayang biar panajng. eh tapi kan aku pun baru je potong rambut raina pasal dah panjang cecah punggung. potong sikit je lah hari tu

    ReplyDelete