07 January 2013

IKEA.. la la la.. IKEA

Ikutkan aku malas nak keluar weekend lepas, hasrat hati nak duduk rumah diam-diam, rehatkan diri puas-puas. Tapi Sabtu tu, pagi-pagi lagi laki aku daj sibuk suruh bangun 'yang, bangun yang. jom gi IKEA' Hah?? Aku salah dengar ke apa ni?? Laki aku kejut bangun suruh siap gi Ikea? Macam tak normal lak kejadian pagi tu, selalu dia yang tengah melingkar atas katil kena gegar dengan aku suruh bangun sebab bini dia ni banyak agenda, ni dah kenapa dia yang kejut aku ni? 

Dan dengan selamba aku abaikan arahan dia dan peluk bantal ketat-ketat semula. Merasalah aku kena lepuk dengan bantal 'bangunlah cepat, kita breakfast kat IKEA je terus. bangun!!' Dengar nak breakfast kat Ikea, slow-slow aku campak bantal. Tapi tetap slow lah. Ngantuk weh..Sabtu adalah hari untuk tidur puas-puas.

Dengan itu ini, akhirnya pukul 11 jugak baru keluar rumah. Pukul 11.50am dah tercepat kat IKEA. Tapi tak payah nak bangga sangat konon awal, orang lain lagi awal ok. Parking pun dah penuh, meja kat foodcourt pun dah penuh. Tapi belum tahap kritikal lah. Kepanjangan barisan nak beratur pun boleh tahan. Memang hebat rakyat Malaysia. 

menu wajib setiap kali mengisi perut di foodcourt IKEA. 15 biji meatballs makan bersama anak, tapi dia makan 2 ketul je. lebih ibu dia makan. 

Misi ke IKEA kali ini adalah untuk membeli storage rack untuk bilik stor. Bilik stor kami adalah sangat unorganized. Sedih kalau tengok. Bilik dah lah kecik, barang penuh.Sakit mata aku. Penuh dengan barang yang aku rasa boleh je buang tapi sayang. Kotak berisi baju-baju Eisya je dah 3,4 biji besar-besar. Tu yang bila Ekwan usulkan nak membeli rak kayu tu aku setuju tanpa sebarang soal. Dan dikala ada duit lebih ni, marilah kita segera membeli. Keperluan tu, perlu diutamakan.

tengok Eisya tu. sesuka hati dia je

catat bang, catat.. kira sekali berapa kos nya

budak ni tak duduk diam, aktif bukan main. ke sana ke mari. penat ibu dia memerhati. aku nak beli bakul macam kat rak tu, tapi Ekwan kata tak payah, bakul beli kat Mydin je dia kata. iyelah..baik.

Lawatan ke IKEA kali ini adalah ekspress, tak berpeluang aku nak membelek benda-benda yang tak termasuk dalam senarai. Baru ingat nak belek bedsheet, tapi Ekwan tak bagi chance langsung. Kami ada agenda lain petang tu, tu yang tak nak buang masa sangat kat IKEA ni. Takpe.. takpe, IKEA bukan jauh mana pun. Lain kali boleh datang lagi. Sediakan aje duitnya. 

Dalam kepala ada macam-macam lagi yang teringin nak beli ni.

beli benda ni letak kat bilik Eisya bagus ni, buat tmpt simpan buku dia. meja merah kat sebelah tu pun kalau dijadikan tv cabinet dalam bilil Eisya cun jugak. Hmm.. *amik kalkulator*

IKEA ni kalau nak selamat kena datang bawak duit cukup-cukup je. Kad ATM semula tinggalkan, baru tak terbeli barang-barang merapu yang tak terfikir pun nak beli sebenarnya. Tapi tak tahulah kenapa, kalau masuk IKEA memang macam kena rasuk. Nampak itu, nak beli. Nampak yang ini, berkenan. 

macam ini contohnya. asalnya ada 2 ekor dia peluk dari atas, seekor telah berjaya ditinggalkan di tepi rak kayu. yang kecik ni berjaya ikut hingga ke kaunter.

Sebab itu, jangan duduk lama-lama sangat dalam IKEA ni. Dah tau kat mana storage barang yang nak dibeli, tujulah segera. Dan sepanjang perjalanan ke rak penyimpanan tu, kuat dan kentalkan hati, jangan mudah tergoda. 

ohhh..gagahnya suami saya.

seperti biasa, sentiasa menghulurkan bantuan yang tak diminta

dalam kepala 'bape habis duit aku ni?'

Balik rumah terus kami laki bini bergotong-royong memasang rak-rak tu dan kemas bilik stor. Nasib Eisya tidur, senang keje. Siap je terus terjelepek. Penat. Tapi gembira bukan main tengok bilik stor tu dah tersusun. Kemas je, terus rasa lapang sikit. Achik suka.. Achik suka..



13 comments:

  1. ho ho ho....gambar 1st tu..cha wat aksi ape tu cha?klu d ngk2...cha ni tggi budaknye kan..panjang je aku ngk ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggi itu ye rasanya, ikut aku.
      tapi kurus macam abah dia muda-muda (:

      Delete
  2. ikea!!! nak beli lampu hantu!! bila nak belai2 abg bebel ni ajak p Ikea..wallah

    ReplyDelete
  3. Mana gambar rak di USJ 1..? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg kat USJ 1 tunggu lah kat entry akan dtg
      hahahaa.. *gedik*

      Delete
  4. cadang nk pegi jugak tp ntah bila la tercapai nya. mcm2 benda nk beli utk umah niha ishh

    ReplyDelete
  5. post sikit gambar bilik stor yg dah bersusun... hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh semua tak menyabar nak tgk bilik stor kami yg dah di make over nampak
      sabar..sabar.. esok kan masih ada

      Delete
  6. Tu lah. Cakap je tak guna. Gambar plisssss! heeee

    ReplyDelete
  7. dayu, utk reply komen tu sy try buat mcm yg awk ajar tapi kenapa x jadi ye? konfius2... ada step yg sy tertinggal ke eh? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde.. mmg 3 tu je step dia.
      try lagi.. dan jgn lupa save

      Delete
  8. teringin nak beli rak macam tue..masa tengah offer dulu abis cepat plak..sekarang harga mencanak mahal...kena tunggu murah dulu la baru leh rembat

    ReplyDelete
  9. letak la kak gambar stor dah organize.. nak tunjuk kat suami sue.. kiteorg pon nak susun gak bilik utilities kat dapur tu.. semue bende sumbat lam tu..

    ReplyDelete