06 December 2012

Rambut Eisya dah potong

Misi memotong rambut Eisya dah berjaya dilaksanakan. Berjaya dengan cemerlang. Kalau isi borang kepuasan pelanggan, memang dapat 5 bintang lah. Punyalah cuak aku kalau dia mengamuk, tak nak duduk diam time gunting tu. Tapi sangkaan ku tidak benar belaka. Dia diam je. Takde pulak gerak-gerak kan kepala time amoi tu gunting rambut dia. Kalau ngan aku, hazab ok. Tak memberi kerjasama langsung. dengan orang pandai pulak menjaga tingkah laku.

Punyalah beriya aku google haircut style for toddler. Nak potong gaya gitu, gaya gini.. sudahnya potong pendekkan saja. Pastu kemaskan fringe dia yang tak sekata panjang tu. Kejap je dah selesai. Lepas ni memang aku bawak gi kedai je lah gunting rambut dia. Senang keje, confirm kemas dan lawa. takdelah babak sedih tgk rambut anak setiap kali lepas kitaorg gunting rambut dia.

Tapi lepas ni gi kedai biasa je, tak kuasa mak nak bawak gi saloon lagi. Membazir.

mula-mula tu dia macam seram gak, punyalah kuat dia genggam baju aku. bila aku pegang tangan dia pun, kuat sungguh dia genggam. cuak lah tu.

alah baiknya anak ibu. tapi puas gak lah aku kena borak ngan dia, suruh dia tengok depan, tengok muka dia dalam cermin. tangan tak lepas lagi ye, tetap dalam genggaman.

aku tak pasti kenapa dia buat mulut cebek macam tu. sedih rambut kena potong?? alah sikit je ibu buang, rimas ibu tgk rambut awak panjang-panjang.

dia dah mula hilang fokus. kepala dah start gerak-gerak, tengok sana, tengok sini. 

kenalah umpan dengan kartun. 

Next time kita layerkan rambut awak eh Cha, abru style.. Ibu ni bila lah nak gi buat rambut ni, asyik lah tertangguh. Teringin pulak nak kerintingkan rambut ni. Tapi nak mengurus rambut kerinting ni seksa ok.. luruskan sudah. Baru best main lalukan rambut kat muka anak ngan bapak budak tu.. (:

6 comments:

  1. kan....klu g kedai mmg otomatik dorg jadi baik n sopan gitu...same macam qaseh...heheh....

    ReplyDelete
  2. geramnyeee ngan rambut cha.. haih meh bagi kat isya sikit meh

    ReplyDelete
  3. tetiba rasa teruja nk try jugak potong rambut kerinting mya tu hihihi

    ReplyDelete
  4. Let's have SnB Salon day~ Aku pun nak buat rambut tak buat2 lagi ni.. Huhuhu..

    ReplyDelete