26 December 2012

Ngidam Chatime

Aku dah tahap mengidam kot kat Chatime ni. Ekwan dah geleng kepala dengar bini dok ulang banyak kali 'nak chatime!! nak chatime!!' Yang buat dia lagi rimas sebab bila ada depan mata, aku jual mahal, tak nak sebab konon kenyang la, tak rasa nak minum lah. Tapi bila balik rumah merengek nak chatime. Nasib baik bini, kalau tak lama dah kena luku kot. Tapi siyes beb, aku teringin sungguh. Dah la menahan ngidam Cool Blog. Ditambah dengan Chatime, memang tahan je laki aku dengar bini merengek nak Chatime.

Sudahnya semalam dia suruh aku google mana Chatime terdekat ngan kitaorang. Ada kat Subang Parade, leceh dan jauh dia kata. Dan satu lagi kat IOI Boulevard, Bandar Puchong Jaya. Yang itu dia approve, dekat dia kata. Melonjak kegembiraan achik. Terus aku carik alamat, google map segala. Nasib baik pakcik Ekwan terror area Puchong ni. Tak payah nak on GPS.

budak geram dan marah ibu amik gambar dia. alah, layan lah kemaruk ibu awak ni Cha. awak je model sepenuh masa dan percuma yang ibu ada.

model cilik saya yang sibuk nak bawak beg palstik berisi 'air sedap' pastu tak larat.

Aku kan first time mencuba air kat chatime ni. Lama gak aku tatap senarai menu kat tepi cashier tu. Nasib takde orang, budak tu pun layan la aku nyer segala macam jenis soalan. Aku dah tamak, tak tahu nak order apa. Ikut hati semua aku nak. Hahaha.. last-last pilih milk shake Hazelnut Chocolate. Tapi Ekwan selamba bahan aku kata 'macam rasa milo je yang' Saja lah tu. Lagi satu aku pilih ice blended strawberry. Ekwan tengok resit lagi dia geleng kepala. Alah sekali sekala. Tekak dah teringin kan..

masuk je kete, budak kecik ini sibuk 'abu. nak air chacha' dan-dan air dia..


ibu dan anak
arrghh!! geram sama Eisya sekarang. amik gambar memang muka entah pape, puas suruh senyum. ibu gak yang senyum lebih. anak?? *geram lemak perut tersembul*

sedapnya!! nikmat sungguh. syukur. tertunai jugak keinginan tekak aku ni.

Terima kasih yang tak terhingga kepada suami saya yang sanggup melayan kerenah saya yang agak bukan-bukan ini. Teruskan kerajinan anda melayan saya ye. Rasa bertuah ada suami yang begini. Syukur. Terus ligat otak ni pikir apa nak bagi birthday dia Januari nanti..


3 comments:

  1. aku tengok muka cha ni, sebijik btol muka aku masa kekecik dulu..hehe

    ReplyDelete
  2. muka cha makin terserlah anak daranya cha dah besau sekejap je ye

    ReplyDelete
  3. cer ko try GongCha lagi ko akan mengidam tahap ape hahahah...gie gongcha cari Gongcha Signature WinterMelon Tea with AiYue Jelly..perghh terbaikkkk

    ReplyDelete