26 August 2011

Salam Lebaran

Lagi 4 hari nak raya!!

Pantas, memang sangat pantas. Kejap je dah nak beraya dah. Macam cepat sangat rasanya. Dan tahun ni aku memang agak beriya sikit beraya. Tukar langsir. Baju raya aku ngan Eisya berhelai-helai. Abah dia je konon tak nak beraya sangat. Puas aku ajak shopping baju raya, takde mood memanjang. Baju melayu pun beriya aku heret bawak gi beli.. kalau tak dia kata 'baju lama elok lagi lah' Huhhuhu..tak mahulah nanti, anak bini bergaya beriya.. dia sedih je ngan baju lama. Tak ke mendatangkan anggapan-anggapan negatif dari masyarakat sekeliling nanti *baju-baju kurung semua aku beli sendiri okay. langsir pun dia contribute 1/4 je.. kuih raya je 50%

Aku nak beraya puas-puas sebab tahun lepas memang tak sempat buat apa, baju raya pun takde. Sebab seminggu sebelum raya Cha masuk spital, dapat keluar, 3 hari sebelum raya. Tu pun doktor dah pesan.. jangan keluar rumah. Maka, beraya la aku ala-kadar. Baju raya Cha pun takde. Harapkan baju-baju baru beli je. So, tahun ni.. aku ala all out sikit la..

Jangan marah eh.. achik lepaskan geram.

Walaupun tahun ni beraya dengan keluarga mertua. Happy tetap happy. Tetap beraya sakan. Lagi-lagi tahun ni semua adik-beradik in laws dapat berkumpul. Harus lah meriah kan. Tapi meriah macam mana pun.. kita tengok je lah malam raya nanti. Mahu teresak-esak call mak kat kampung. Tapi nak buat macam mana kan.. nak beraya ngan keluarga sendiri je sepanjang masa, silalah jangan kawin.

Anyway.. Selamat Hari Raya rakan sekalian!! Mohon ampun dan maaf andai ada tersilap 'tulis' Menguris hati, secara sedar atau pun tidak. Balik kampung hati-hati bawak kete. Yang duduk sebelah kiri jadik co-driver..perhatikan lah pemandu anda. Jangan balun tido je all the way. Jadiklah teman borak kepada beliau. Tolong suap kacang goreng pun boleh jugak.

Semoga Aidilfitri kali ni adalah yang terindah buat semua.

Insya Allah, andai ada rezeki lebih teringin jugak nak menjamu kawan-kawan sekalian, sedara mara semua (:

7 comments:

  1. haha..suka tengok percentage tu.

    yeah, kalo da kawin ni, bab balik raya, kena la macam tu =(

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya buat dayu sekeluarga...

    ReplyDelete
  3. betol..betol..betol..
    co-driver tu jgn asik bantai tido jew..hiihih, (peringatan ikhlas utk aku).

    so klu nk blk jauh tu, drive la after buke yer supaya co-driver boleh membantu menyuapkan kekacang di mulut driver,,hihiihi...

    ape2 pon, slmt ari raya wat ko dayu,,maaf zahir batin k =)

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya dayu...minta maaf banyak2 tao...mun pon raya rumah suami..nak wat cmner kan dah kawen kenele gilir-gilir..huuhhh

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Dayu sekeluarga. Maafkan salah silap ye? Insya-Allah kita jumpa raya ni. Jemput datang rumeh ek? :)

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya dayu,cha & ekwan.

    nnti jemputlah dtg rumah kite.:)

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya korang!drive carefully. kim cium kat cha.

    from:Yaya,Cikmok & Auf mikail. :)

    ReplyDelete