02 June 2011

medium penyusuan

Last Friday kan aku kantoi, niat nak jalan-jalan buang masa waktu rehat yang panjang itu. Konon nak ikut orang je. Tapi akhirnya aku gak yang jinjing plastik kiri kanan macam tak cukup tangan. Dan salah satu tempat yang menjadikan aku mangsa korban wang ringgit adalah SOGO. Itu tempat memang sangat kuat tarikan dia. Kalau rasa dalam proses nak berjimat, baik jangan cuba-cuba melangkah masuk. Potensi untuk misi gagal adalah sangat tinggi.

Dan dari hanya nak beli refill pencuci botol Pureen tu, yang harga RM 11.80 tu, aku telah menghabiskan RM60++ Sangat rasa 'Damn!!'

Kid department Sogo dah berwajah baru. Dan Tommee Tippeae pun dah ada jual. Aku mmg dah niat nak beralih arah ke Tommee Tippee ni. Tapi asyiklah main klik-klik order kat online shop tapi proceed nyer tidak. Sebab aku masih mengira-gira jangka hayat botol sedia ada Cha. Masih boleh pakai, nak beli baru macam sayang. Currently pun guna 4 biji botol. Dasar pemalas nak basuh botol. Lepas pakai, letak tepi katil. Anak nak susu, amik lagi botol lain. Pastu letak lak atas meja. Letak tepi tv. Bila botol sedia ada dah habis, baru nak basuh.

Dalam masa yang sama rasa macam sayang pulak kat duit nak beli botol susu mahal-mahal. Sedangkan option lain yang lebih menjimatkan melambak depan mata.

Tu yang bila aku tengok botol Pureen BPA Free bergolek-golek dalam offer rack, aku jadik macam hilang kawalan. Satu baru RM 7.90. Sebijik Tommee Tippee boleh dapat 3 bijik botol Pureen ni. Kat tangan dah pegang Close to Nature Tommee Tippee, tangan sebelah lagi dok belek-belek botol Pureen tu. Dan bila ada yang kata 'mana kita boleh jimat, jimat lah. guna duit tu kat tempat lain' Terus aku patah balik ke kaunter Tommee Tippaee letak semula botol tu kat rak dia. Dan kembali ke offer rack Pureen dan amik 2 bijik wide neck Pureen BPA Free tu.

Balik terus cuci dan steril. Nak kasik cuba Eisya pakai. Dia kan tak penah pakai botol wide neck. Asyiklah dengan NUK je selama ni.

Dan aku sedikit kecewa bila Eisya macam tak nak terima puting Pureen tu. Dia kunyah-kunyah je puting tu. Nak kata puting tu keras, puas dah aku rendam dalam air panas. Warrgghh!! Anak aku demand, nak puting made in German je. Tapi aku tak putus asa, cuba gak lagi. Akhirnya pandai jugak dia minm guna puting tu. Tapi susu asyiklah meleleh. Dia macam tak reti lak nak control. Yelah, selama ni puting semua berbentuk-bentuk, berliku-liku, bila sesekali guna puting biasa, tu yang dia kelam kelibut tu (:

Cha bukan tak nak la bu, tapi Cha tak reti nak hisap pakai puting tu.

Maka, nak tak nak ke Sogo semula lah aku. Kena la carik puting wide neck NUK. Botol murah, puting mahal skit. Takpelah.. Anak baru nak merasa hidup la katakan.

5 comments:

  1. mun pon ada niat jugak nak beralih arah pakai tomee tippee tap ituelah kan tang mana leh jimat..eloklah kite jimatkan...beli botol susu mahal2 pon..nanti nak kene tukar jugak..kalau beli yang murah lehle beli banyak dan tak rasa ralat kalau nak tukar sebulan sekali...

    ReplyDelete
  2. emm..tu lah lama dh fikir²...beli botol tak lama beberapa bln kene buang..ganti lain..

    muktamad..guna botol kaca skrg..dah takde fikir nak buang botol dah..huhu..cuma ganti puting..

    eh tapi prob cha puting kan? adeh susah la plak eh...muadz dh biasa dah dr awal puting tade lekuk2..lega skit..

    *entri baru Gambar Ekslusif : Buang Bayi macam Buang SAMPAH!...

    ReplyDelete
  3. raisya plak tatau la ape botol yg die boleh minum secara tegar. semua botol susu die susu main2. arituh pinjam eisya nye NUK nmpk cam ok je, pastu sha gi la beli NUK tu, skali tu mula2 je die hisap dgn sungguh2, pastu die main2. adola raisya ni.

    ReplyDelete
  4. pernah pinjam tommee tippee sepupu dia.. bukan main syiok dia hisap. tu yg mcm nak beralih arah kan.. tp rasa membazir lak

    tp skrg macam makin oklah dia minum guna puting pureen tu
    kena biasa kan je kot
    lama2 ok lah tu kan

    ReplyDelete
  5. abes simpan je la btl 3ketul tu??
    ekekkeke..

    ReplyDelete