28 June 2011

Biar kena caranya

Semalam tertinggal kunci dalam rumah. OMG!! Cemas sungguh aku dibuatnya. Dah la baru balik shopping gorcery. Barang penuh dalam kereta. Eisya pulak dah merengek-rengek kemengantukan. Ekwan dah buat muka garang sebab bini dia lalai sangat, kunci pun bleh tetinggal. Aku yang dah kecut perut ni, buat la muka paling innocent tagih simpati suami jangan sampai kena marah.

Sedang laki aku isap rokok memikirkan camne nak pecah masuk rumah sendiri, aku layan Eisya yang sedang mengosok-gosok mata layan mengantuk.

Habis rokok sebatang, dia terus punggah barang bawak naik rumah. Diam je. Marah lah tu. Laki aku kalau dia diam je tu, marah la tu maknanya. Aku pun mengekor je lah. Diam gak, tak berani nak tanya apa-apa. Diam adalah perkara terbaik dalam situasi begini. Jangan banyak tanya. Sampai je depan pintu rumah, dia jolok-jolok pintu tu guna kad. Dengan grill berkunci, terkial-kial laki aku menjolok pintu. Dan nasib baik percubaan memecah masuk rumah adalah berjaya. Dan nasib baik aku tertinggal kunci atas rak kasut yang betul-betul sebelah pintu.

Masuk je rumah dia terus landing atas sofa. Aku masih belum berani nak tegur. Bagi dia cool down dulu. Bila dia dah mula layan-layan Cha main, aku beranikan diri tanya 'ayang nak air?' Bila dia memberi respon yang memberangsangkan, aku rasa sedikit lega. Bila dia datang menyapa aku yang sedang sibuk mengemas barang shopping kat dapur sambil kelam kelibut nak sediakan makan malam, aku jadik makin lega. Dia okay dah la maksudnya tu.

Terus masak dengan penuh kasih sayang, walaupun hanya sediakan daging goreng (balance daging marinate untul BBQ Sabtu lepas)

Begitulah. Kalau aku tahu aku memang salah, dan buat Ekwan marah. Yang mana selalunya dia akan diamkan diri. Aku memang tak berani nak bersuara. Tak berani nak menyemarakkan lagi rasa marah/geram dia. Biarlah dia tenangkan diri sendiri. Tak berani aku nak memburukkan keadaan lagi. Nanti elok-elok 2 jam dah boleh berdamai, tak pasal-pasal jadik 2,3 hari. Tak reti lah aku, duduk serumah, tapi tak bertegur sapa.

Zaman bujang dulu boleh lah, nak bergaduh tak bercakap seminggu pun no hal. Cuba sekarang, sehari pun dah boleh bengong jadiknya.

Dan aku bersyukur sebab dikurniakan seorang suami yang tidak terlalu sensitif, yang mudah dipujuk. Yang mudah memaafkan. Eisya sering aku jadik kan medium nak memohon maaf. Selalu gunakan Eisya sebagai medium pembuka kata.

Tapi kenapa macam susah sangat aku nak meluahkan dan memohon maaf secara tersurat, yang mana aku betul-betul kata 'yang, orang mintak maaf eh' Ada niat, tapi macam tak terluah. Tiba-tiba rasa macam banyak sangat pulak salah aku yang belum betul-betul aku dengar Ekwan maafkan. Walau aku tahu dia dah okay, macam dah maafkan. Tapi betul ke dia dah maafkan? Tak kan nak main lump sum je tiap tahun mintak maaf time raya?? Teruk pulak rasa..

Dan bila minggu lepas, kawan-kawan membincangkan hal mintak maaf kat suami setiap hari sebelum tido. Aku rasa sangat kerdil. Betapa cuainya aku. Betapa aku amik ringan hal-hal begini. Terus pasang niat nak dan nekad nak jadik lebih prihatin. Nak jadik isteri yang lebih memahami. Nak jadik isteri mithali macam melebih sangat. Dapat jadik isteri yang menenangkan jiwa suami pun jadik lah.

*berniat pun dah dapat pahala kan (:

9 comments:

  1. Ekwan samalah dengan hubby Fie. Diam je kalau marah, kita yang takut. Bila dia tegur dulu tu maknanya OK lah tu. Hehe

    ReplyDelete
  2. Dulu..saya pun selalu ada rasa ego nak mintak maaf pada suami walaupun jelas kita yg salah...tapi bila sekali beranikan diri mintak maaf, yess..hati akan lebih tenang.

    Redha suami tu memang sangat penting untuk kita sang isteri ni..kan?

    ReplyDelete
  3. samalah dayu...nani pun macam susah sangat nak luahkan perkataan maaf dari mulut..tp kalau melalui sms cepat jek...

    ReplyDelete
  4. kita selalu minta maaf kat sms atau bg note kat suami. pagi2 tggl kan note atas meja ke :)

    ReplyDelete
  5. erm betul kan dayu, waktu bercinta mogok seminggu pun xrase bersalah..lg suka ada sbb kompem si dia dtg memujuk..tp bila dh jadik bini ni, sehari tak bertegur pun dh gundah gelana, dok pikir berdosanya rasa..

    pulak tu bila jd isteri buat muka kt suami pun dh berdosa, aish banyak benda la kene jg

    ReplyDelete
  6. marilah kita sama2 mulakan ... hehehe niat yg sangat suci tu..

    ReplyDelete
  7. alahhh kalo jep marah yun wat salah kan, dia membebel mengalahkan mak mak tau. tp dia seorang yg pemaaf dan mudah say sorry

    ReplyDelete
  8. wahh...aku suke entry ko ni dayu =)
    ..heheee, sgt cuak bile kesalahan tu dtg dr pihak isteri kan..?huuhuh...

    ReplyDelete
  9. hihi..hafiz pun jenis jarang sangat nak tengok dia marah. selalu afni yang lebih2.

    afni skang pun tgh praktikkan jadi isteri yg lebih baik. mintak kekal la perangai begini.amin.

    ReplyDelete