09 November 2009

kena perkukuhkan ilmu

Entah apesal ntah, boleh lak teringat kat Mee Kari Mak Chu kat kampung tu. Memang sedap. Kalau makan, malu tak malu mesti bertambah. Pak Chu lak memang tak makan lah mee kari orang lain. Nak yang bini dia masak je. Dia kata 'kalau makan yang lain, macam ada tak kena je, tak kena kat tekak' -lebih kurang gini lah statementnya.

Uiihh, tak ke best tu. Boleh masak something special untuk suami. Dan berganda dia punya best, dia nak makan yang kita masak je. Kalau suami merajuk ke apa, senang citer. Masak je favorite food dia. Kasik perut dia penuh. Mesti lepas tu dia tersengih. Hati kita pun berbunga2.

Trus otak ni ligat 'pe yang laki aku tergila2 erk makan aku masak??' Penat dah pikir, tapi rasa macam takde je. Warrrgghh!! Rasa nak lepuk diri sendiri. Ke ada sebenarnya?? Pikir lagi.. pe yang dia rajin request suruh aku masak??? Hmmm.. oohhh, ada.. buat jemput-jemput ikan bilis setiap Sabtu ngan Ahad. Dia suka breakfast simple2 je. Tu aku suka. Saya agak malas nak buat breakfast rumit2. Tapi sabtu lepas dengan gigihnya i mengoreng mee tau*chaaiitt!!! buat mee goreng pun dah masuk kategori gigih* Hahahah, siyes beb, hari minggu adalah hari untuk sedikit bermalas-malasan. So kena mulakan sengan sesuatu yang ringkas *alasan..alasan*

Ohhh, dah ingat.. dah ingat. Dia selalu suruh buat mee kari. dari zaman bujang dulu. Suka sangat makan mee kari dia ni. Kalau makan kat mana2 pun, mesti dia order mee kari. Pastu selalu tak memenuhi standard piawai dia. Ada je komennya *dia pun jatuh hati ngan mee kari Mak Chu* Dulu favorite mee kari dia adalah di Old Town White Coffee, tapi lately ni dia tak suka gi sana. Dan selalu petang2, balik keje dia akan tiba2 berbunyi 'yang, buat mee kari' Huhuhu.. yang aku tak reti buat jugak yang dia request. Cuba minta mee sup ke, tom yam ke.. senang skit dipenuhi permintaan kamu tu. Mee kari ni.. i failed skit lah. Hehehe, tak pernah cuba buat dan kata failed. Apa lah ko dayu..

Tak tahu nape malas nak cuba buat.. dia mcm complicated skit kot *alasan* Ke sebab sendiri macam tak bape suka, selera orang lain pun aku malas nak layan. Heheheh.. betapa mementingkan diri sendirinya kamu Dayu.

Tapi .. tapi.. dia dah mintak banyak kali, sampai hati ke biarkan je permintaan dia tak dilayan. Yelah..yelah, nanti kumpul balik semua resepi mee kari. Hujung minggu ni boleh cuba buat. Akan berusaha menghasilkan mee kari yang penuh dengan kasih sayang. Biar bila sampai kat tekak, terus termimpi-mimpi.

8 comments:

  1. mee kari...alamak mcm teringin pulak ni

    ReplyDelete
  2. dayu, aritu hubby kite pon mintak buatkan mee kari....senang aje nak buat nye.....die mintak, kite semangat berkobar2 nak buatkan....

    ReplyDelete
  3. sila la rajinkan diri melayan nafsu mkn suami ye.mana la tau mungkin dia ngidam mee kari.cian dia

    ReplyDelete
  4. kita sampai skang x tau lagi hubby suka apa ngan masakan kita...sumer pon dia kata pedas...wakakakaka~

    ReplyDelete
  5. hehehe..mintak maaf kalau tetiba buat kamu teringin

    fashya: mmg org lain kata senang, tp kalau dah malas tu, mcm2 alasan diberinye hah

    yun: a'ah kan.. mana tahu entah2 betul dia ngidam mcm yg dia kata.takpe2, nanti2 lah..harap2 dtg lah aura kerajinan nanti

    mala: heheeh.. mala mmg suka masakan pedas eh

    ReplyDelete
  6. mee kari..erm..dh buat pos kat aku sikit eh..hahhaa

    ReplyDelete
  7. bertuah kamu dayu sgt pandai memasak berbanding dgn nurul nie. sejak nurul pregnant suami tak bagi memasak. hari2 mkn luar atau suami yg masakkan. beruntung jugak org pregnant nie.

    ReplyDelete
  8. heheheheh... cmner mee kari dayu..?? dh sukses ke blom..?? hehehe.. mehla kongsi recipe skali..;P

    ReplyDelete