02 July 2009

adakalanya bukan kita puncanya

Orang kata kalau dah kawin tak boleh nak mengedik lebih2 lagi dah, kat opis pun dah tak boleh nak mingle around lagi. Boleh memang boleh, tapi kena kurangkan limit dia. Kalau dulu macam no hal lah kalau gi makan semeja ngan opismate laki, ko sorang je pompuan kat situ. Tapi sekarang tak boleh dah.. kena gak ada pompuan lain di situ.

Klau takde geng sangat, tapau je. Makan sorang-sorang dalam bilik. Bunyi macam kesian, tapi seronok gak pe. Tak caya, cubalah..

Keyword: Sila pandai-pandai jaga diri anda sendiri. Sedar diri yang kamu tu dah jadik bini orang. Bukan lagi si bujang yang boleh ligat nak buat ikut suka *eehhh, bujang pun tak boleh lepas laku lah, kena jaga gerak geri gak tau*

Tapi camne kalau orang lain yang mengedik ngan kita?? Dah sah-sah tahu kita dah bertukar status, inai kat jari pun masih bersinar-sinar lagi.. tapi dok gak nak mengatal, masih lagi nak try, konon2 nak cuba nasib lah, mana tahu mengena kan. Ko giler ke apa?? Inai masih berbekas, harus la org tu baru kawin. Wajib lah cinta dia milik suami sepenuhnya. Bengong mu!!! Ada hati nak mengatal... buang masa je ko tau tak??

Memang sampai ke sudah la aku tak layan..ko usaha lah gigih mana pun. Aku buat tak endah je. Ko giler pe nak bagi no tepon kat laki lain sesuka hati, dah la tak kenal. Makin ko mencuba, makin laju aku jalan. Jangan ko berani ikut aku naik sampai ke opis, aku jerit kuat-kuat kang. Harap-harap ko tak keje dekat2 sini, aku tak sanggup memikirkan kemungkinan ko buat perangai giler tggu aku depan tangga ni esok. Sila jangan buat hal.

Aku dah selekeh2 dah ni.. agaknya kalau aku mekap beriya mcm masa 31.5.09 aritu, camne lah jadi kan. Kalau inai kat jari tak jalan, kena tggu perut membuncit dan badan mengembang dengan meriah, baru lah laki lain tak pandang kot.

Kenapa lah orang laki ni ada satu perangai ni kan. Perangai tak pandai nak puas dengan apa yang dah dimiliki. Semoga suami saya itu tidak membuat perangai yang begini, lagi2 dalam hal yang melibatkan hati + perasaan. Lebih-lebih lagi hati orang lain. Kalau hati sendiri takpe lagi, tak lah parah mana. Aku tak caya kalau lelaki subjek di atas masih belum mempunyai teman wanita. Muka boleh tahan lah, tapi mungkin kerana perangai dia yang satu ni, mana ada perempuan yang tahan.

Wahai kaum adam di luar sana *juga kepada suami saya* Sila lah hargai apa yang anda miliki sekarang. Biar tak sempurna bagai apa yang kamu idamkan. Mana ada yang sempurna kat dunia ni. Kamu pun sama, maka sila lah saling menerima ye. Sama-sama warnai hubungan tu, jangan sampai nanti muncul rasa muak. Dan bila mana, dtg cubaan dari pihak ketiga, dengan mudah kita rebah.

Dan paling penting, Sila hormati hak orang. Biar orang tahu nak hormati hak kamu *ini juga peringatan kepada diri sendiri*

saya dah ada suami, yang akan saya puja hingga hujung nyawa, biar apa pun jadik kat dia *amin* semoga dia juga akan punya rasa yang sama *amin*

dia yang disayangi sepenuh hati

23 comments:

  1. org cakap..laki nie makin tua,makin menjadi
    ohh..tidak!!

    amin sama2 ye
    :)

    ReplyDelete
  2. sungguh tak makan saman lelaki tu.. tayang dedepan mater sket inai dayu tu kat laki tu..

    ReplyDelete
  3. huh..gigih eh dayu org tu nk mngatal walaupon nmpk inai kat tgn..ms aku pegnant dulu..ade org gatal2 nk ngorat..bile aku kuar kete..nmpk perut trs sengih malu2..baru padan muke..

    ReplyDelete
  4. ihhhhhh ...cantiknya.
    Pasangan serasi ...
    Indah dipandang

    ReplyDelete
  5. tu lah kan, laki ni kita kena pandai handle, jgn sampai dia buat perangai yang tak patut
    derang kan adakalanya manja
    nak diberi perhatian sepenuhnya

    tapi tu lah, risau nanti lama2 akan timbul perangai gedik dia
    paling risau, akan timbul rasa muak dalam hati
    *mintak dijauhkan*

    ReplyDelete
  6. eeeii sape yg ganggu pn.dayu tu. mesti laki tu jenis miang keladi kan..
    dayu..jgn layannn

    ReplyDelete
  7. dh kwen kne jg tgkh laku... huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. aiyoh..
    tu lelaki buta mata hati arr dayu...
    tetiba emo
    ihiksss
    alaaaa tomey tui dayu & hubby...suka pic kat belakang umah tu...so sweet...
    cpt2 muncit ekkk
    hehhehe

    ReplyDelete
  9. so sweet la pic's tu...sket sket je dia show tau...

    ReplyDelete
  10. hmm..aku rase dayu...dia nk ngorat duit ko kot!da tau ko da kawin tp nk menggatal jgk!

    ReplyDelete
  11. pompuan dah kawin adalah perlu:
    - jaga penampilan, lagi2 depan suami
    -jaga tingkah laku
    -kena jaga makan minum suami

    byk tanggungjawab seehhhh
    tapi tak kan membuatkan kawin tu tak best..

    suka ye gmbar2 kami, yg diupload secara seketul2
    hahahahah...dayu kan feeling artis
    tu dia kasik skit2 je
    buat preview sementara tggu official+edited version

    ReplyDelete
  12. dayu... nak gambar lagik... :D

    ReplyDelete
  13. huu.dh kawen saham naik lak dayu.tu namanye laki tak sedar diri aa tu.perasan ensem perangai cam hantu.huhuhuh.

    ReplyDelete
  14. em kata suami sy..lelaki ni kadang2 pelik..yg dah jadi bini org tu yg die sibuk nak kacau..same2la kita jg diri k..

    ReplyDelete
  15. betul2...
    penampilan perlu di jaga..lagi2,bila dah ada anak berderet..makin perlu melawa..kat rumah mesti lagi lawa dari di luar rumah...

    tiba-tiba,terigt ada 1 mamat nie..dia yang dah nak kawin tue..duk mengurat kita plak..kalau la bakal isteri nya tahu..mahu hancur lebur hati nya..tapi,sekali kena marah dgn kita..terus senyap..sampai kawin pun tak jemput..hehehe...

    ReplyDelete
  16. sudah kawin saham naik???
    huhu..makan hati lah suami nak lepas kan bini dia gi keje tiap pagi
    kalau dulu 'ayang, apa comot2 ni??'
    skrg mesti ayat dia 'apsal awak mekap lebih2 ni??' sedangkan biasa je

    macam2 hal..

    tapi tu lah kan, kalau kita jaga diri beria mana pun
    kalau org lain tak reti bahasa
    susah jugak

    ReplyDelete
  17. tu namanya DUGAAN sudah bermula bila bertukar title...

    cm sy dlu, dh tuka title ada je yg nk try, smpai dh buncit pn ada..lelaki lelaki..hemmmm!!

    moga kita..isteri² di kuatkan iman..begitu juga SUAMI kita...ameeennn...

    ReplyDelete
  18. betul tu dayu!!

    nieza pun ada pengalaman mcm dayu..zaman bertunang nak2 dekat nk kawin..waduh2..gila betol orang2 lelaki tak sedar diri ni.

    syukurlah semua dilalui dengan tabah dan jayanya...

    memang, lepas kawin nieza pun laaagi nak jaga penampilan. tapi lelaki selalu buat rilek je..padahal dalam hati sure nk wife yg sentiasa rapi dan canteq!

    chaiyok dayu!

    ReplyDelete
  19. org lelaki mmg x pernah puas ngan apa yg dia dh ada9mgkin in jenis yg mata keranjang)...tp dgn harapan suami kita bukan terdiri dari lelaki sebegitu*amin...

    ReplyDelete
  20. wah dayu ok la lagi..masak kari la.. blekpaper la.. cemut ni asyik masakkan sup ayam... ayam masak kicap.. sup ayam.. ayam masak kicap.. hahaha..

    ReplyDelete