29 April 2009

bila dah asyik ngadap laptop buat report

Arrggghhh!!!

Sakit paler siapkan report. Nak cuti kenalah siapkan report dulu kan. Tak kan nak lari balik kampung, report terkontang-kanting gitu je kan. Dah lah sekarang nak naik pangkat takde test2 PTK lagi, penilaian SKT 80%. Kena lah tunjuk cemerlang skit kat boss, walau hakikatnya takde lah rajin mana pun..

Arrrgghh!! Ingat senang ke nak pikir 'punca kemalangan' hah?? Kenapa dia terbabas?? Kenapa dia tak lepas memotong?? Kenapa dia langgar pokok?? Mana/Siapa mahu tanya weehhh???

Buat pemerhatian senang je, sampai tang 'Analisa Punca Kemalangan' jammed paler otak ni.. Adooiii..pening la wehhh... dah la tak boleh salahkan pemandu 100%. Tak bleh salahkan jalan gak.. habis tu???? *campak tepi je report ni bleh???*

*nak makan buah mangga lah...
*pape esok saya mahu cuti ye boss...kasik lulus saja lah

27 April 2009

Hari Kalori sedunia, dan juga Membeli-belah macam barang tu percuma je

tak gemuk kah dayu?? gemuk lah itu... -nasib baik saya tinggi, selamat lah skit-
lengan dan peha tu mmG nak carik gaduh la. penat berusaha nak kecilkan diameter dia, tetap gitu gak... *geram..geram*

Sabtu lepas menghabiskan masa di rumah Min. Beliau balik bercuti, meninggalkan suami di UK untuk menunggu waktu melahirkan. Kembali smula ke tempat dulu kami sama-sama bergelintangan, terbaring, terbongkang study sampai tengah malam. Ohhh.. ada skit syahdu lah...

Dan aktiviti makan adalah sgt melampau..

Dgn nasik lemak, sphageti, muffin, cupcake.. Bape byk kalori pun tak tahu lah..
*pastu sibuk kata dayu gemuk...yg gi kasik aku makan byk2 buat pe???*

Nasib baik ada aktivit ke Stadium Melawati. Ohhh, ada Metrojaya Warehouse Sale. Iye, kami serbu beramai-ramai. Tapi sampai sana, self service. Masing-masing bawak diri sendiri. Dayu dan Ekwan telah berjaya menghabiskan duit dgn gemilang. Amik barang mcm free je. Berkenan je, amik sumbat dalam plastik beg yg besar bagak tu*yg mcm Ikea nyer tu* Bila Ekwan sound 'berat dah lah yang, londeh bahu org bawak beg ni'

Ohhh..baru perasan. Beg itu sudah penuh rupanya. Tapi yg buat berat adalah, gelas-gelas dan jug2 yang ibu ku asyik ingatkan suruh beli. Nasib baik tak beli set pinggan *takde yg lawa* Tapi Dayu terus berlari-lari gi entrance amik satu lagi beg. Hahahahahah. Ingatkan nak stop. Boleh dia gi amik satu lagi. Pastu Ekwan kata 'dah lah ni.. penat dah'

Dan sebagai bakal isteri yang tak nak derhaka, dengar kata. Dah jgn beli lagi. Dan tanpa disuruh En Ekwan kata 'esok-esok lah sambung pulak' Huhu, tak sempat esok. Balik je dari Shah Alam terus gi SSF, nak memborong mini jar lagi. Merasa lah mengangkut kaca-kaca tu ke kereta.

Sampai umah En Ekwan kata 'ni lah sebab org tak nak dok apartment. awak klau shopping tak reti skit, ni nak angkut naik ni, bape trip ni?'

Huhu..2 trip je... hahaahahahah...
*tp mmg seksa ok, nak bwk brg2 naik umah*

-ohhh, rumah sewa ku itu penuh dgn brg dayu saja. mintak ampun housemate sekalian-

26 April 2009

nekad yang tak berapa nekad la,biasalah dayu

Melihat gabar-gambar kawin kawan-kawan di Facebook, membuatkan dayu tiba-tiba 'kena kurus!!! kena kurus!!!'

Nak gambar kawin yg cantik 'dayu kena kurus!!!!'

Mekap meletop bagai ke, baju grand tahap maksima pun kalau ko tak kurus dayu, mcm tak sempurna je gambar kawin ko tu nanti*so baju dayu yg simple, dan mekap yg tak seberapa tu, mesti akan menambah kan lagi ketidak sempurnaan gambar kawin sebab dayu gemuk.

Sian en photog, kalau capture org lain mesti gambar jadik lawa. Tapi sebab dayu gemuk, gambar jadik tak best. Maka, tak nak makan nasik lagi!!!

*minggu depan boleh start puasa*

Nak kurus!!! Nak kurus!!!
*mau kurus tapi en ekwan bawak gi KFC,join dia makan sama, camne tu??*

24 April 2009

currently what i'm doing

Dayu telah mengatal, saja nak susahkan diri sendiri. Di mana, dia dengan rajinnya telah menambah senarai keje. Pastu sendiri rasa 'matilah aku'

Semalam dah ke SSF, dan telah membeli mini jar yang berharga RM 2.20/pcs itu. Buat masa kini, mini jar itu cadangnya mahu dijadikkan cenderahati kepada rombongan dari Maran nanti, juga kepada ibu dan bapa saudara ku. Tiba-tiba rasa Tetris Glass itu macam tak sesuai untuk mereka. So it will goes to close friend*tak semestinya kita kena lama berkawan baru bleh dikategorikan 'close fren' kan. Biar pun baru kenal, walau tak pernah bertemu, tapi tetap rasa dekat di hati tau*

Maka, kena sediakan something else untuk mereka. That mini jar adalah pilihan terbaik. Dan haruslah kena men'deco jar itu. Dah lah dia plain gitu je. Kalau ada berukir ke. Mmg dayu tutup mata je tak yah nak deco pape.

Mula-mula nak buat bunga kristal *biasa lah dayu, selalu terlebih yakin dia bleh buat smua benda* pastu sedar diri, kang tak jadik nangis lak, dah lah bahan mahal kan. Dan, konon-kononnya sgt efisen dan mahu berjimat, buat bunga dip je lah. Kita buat bunga putih je lah. Guna Q-dip sedia ada *ye, ada unsur2 kedekut kat situ*

bakal bersengkang mata lah aku jawabnya. kena cari deco yg simple skit. senang nak buat.
*ada aku amik cuti ngadap benda ni je kan*

Maka, weekend ni, balik je dari gathering kat Shah Alam, keje2 yang menanti adalah:
1. Potong kad kawin lag 200pcs *mati..mati..mati*
2. Pintal dawai buat rangka dip
3. Ikat-ikat riben
4. Tampal manik
5. Sachet deco Tetris Glass

Oohhh ye, kena juga men'shopping barang hantaran En Ekwan. Kasut dia tak beli lagi. Wallet juga. Kemeja juga *huhuhuhu* Banyak gler tak beli lg. Bukan tak nak beli awal-awal. Dia yang asyik kata 'nanti lah, bulan depan' Bagus sungguh dia ni. Klau Dayu, dah meroyan sibuk suruh gi beli barang untuk dia awal-awal. Tunang aku ni, org nak belikan boleh suruh tangguh2 lak.

Tak lupa juga, harus membeli carpet.

Habis tu bila masa nak ngadap keje2 kat atas tu?? Bagi sehari 48jam boleh???
*redha je lah kalau sehari tido 4 jam je*

Dan penutup cerita:
Belum bulan 5 lagi dah selak kalendar ke May 2009. Motif??? *pe korang ingat dayu gedik sgt ke menghitung hari nak dinikahkan??* Bukan itu sebabnya...

cuma mahu menatap wajah kesayangan hamba itu dgn lebih kerap

23 April 2009

ni namanya apa ni?? dugaan nak kawin la kan

Betul lah.. kita ni orang kata darah manis. Pape boleh jadik, tak mengira masa. Tapi kalau nak jadik, bila2 pun jadik gak. Kita mungkin sedaya upaya cuba nak mengelak, tapi sape kita nak halang smua tu kan.

Kini En Ekwan sedang berehat-rehatan di rumah.

EG pulak terlantar kat Kepong tu. Kat rumah sakit mana pun tak pasti lah. Kena tanya tuan dia sendiri.

*huhu.. lg sebulan aku nak kawin ni weh*

22 April 2009

dah derang lebih lama makan garam, kita ni angguk je lah

Memang mati lah aku sebulan ni.

Siap sedia je lah tahan sakit perut kena bahan ngan pakcik2 ni. Tak jadik keje jawabnya. Derang masuk bilik je, ada je bahan nak buat aku ketawa bahak-bahak tak ingat dunia. Datang sorang lagi... makin riuh lah jadiknya. Nasib baik bilik ni luas, dtg sorang lagi makin meriah lah aku kena. Makin sakit lah perut ni tahan gelak...

Ye, sendiri kena bahan, sendiri gelak.. *mcm tak betul je bunyinye kan*

Gile lah kalau tak gelak. Mahu makin menjadi pakcik2 ni kan.. tapi takpe. Layankan je, sambil2 amik mana2 yang boleh dijadikan ilmu+panduan.

*dan sila lah berfikir terbuka sedikit, kalau tak mmg tak tahan lah. tapi dah di keliling pakcik2 ni, siap sedia je lah. dah hampir 4 bulan bercampur, dah boleh terima dah.
*boleh derang kata 'ni baru mukadimah dayu, lepas ko kawin nanti kitaorg bg full version' -mati lah aku-

biarlah lebih berangan-angan kan, kalau ada org sudi nak tunaikan, girangnya rasa hati

Pe punya tajuk lah si Dayu ni letak. Agak-agak pe yang dia nak tulis pagi ni erk?? Mcm dah takde keje je, sedangkan bos dok tanya je 'hidayu, quotation bile bleh kuar??' dan dayu akan jawab 'ptg ni saya edar' Jawab dgn yakin lak tu. Mmg lah yakin, tgh tggu boss sign je surat tu. Supplier smua dah ready. Malas sebenarnya buat keje2 quotation/tender ni, nak layan call2 supplier. Layan ayat-ayat membodek derang.. *tak bape suka..tak bape suka, tp ada skit suka lah..skit je*

Oppsss sorry, terciter pasal keje lak. Layankan je lah ye..

Ok..ok..Fews day before adik sepupu ku yang comel itu, telah meng'mms kan beberapa keping gambar kepada akak sepupunya ini melalui hp En Ekwan. Hp dayu sengal. Ikut suka hati dia je. Time dia rasa nak terima MMS dia terima, time tak nak...dgn sombong nya dia rejected. Maka, kena lah dapatkan khidmat bantuan hp canggih En Ekwan.
(motif: en ekwan, tak nak bagi saya hp ke as one of the hantaran???)

Here presenting my Big Day Official Baker: Ayu & Laily from CharmBakers

Bakal-bakal doktor yang berbakat buat Kek+Biskut Raya+Muffin. Hebat siot korang, akak bangga korang boleh membuat kek, akak makan reti lah. Dah lah comel-comel belaka.

Dan sesungguhnya, kakak sepupu mereka ini mengidamkan sesuatu yang begini di hari perkahwinannya nanti.


Ye!! Dayu nak cupcakes tier *bestnya!!! bestnya!!*. 3 tiers jadik lah. Kang ber'tier-tier, sape nak perabih cupcakes tu. And the top, kita letak 1.5kg buttercream cake sudah. Fondant mmg lawa, tp sgt manis lah *dan juga sedikit mahal*

Dan mereka berdua, telah came out with few idea yang menarik. Dan dayu pulak telah berkata 'Ly buat je lah camne, akak caya je lah kat ly ngan ayu. Mesti korang buat lawa-lawa kan untuk akak' Dan dgn baik hatinya mereka berkata 'untuk cupcake hantaran akak, kitaorg bagi special, free' Ohhhh..terima kasih. Akak sgt berbesar hati. Tq..tq...

*en photog juga sedang sibuk mencari masa untuk outdoor photoshoot kami. macam2 konsep dia bagi suruh kitaorg pilih. pening den...mu pilih kan je lah amrul,kitaorg turut kata je...

21 April 2009

nasib baik la buat sendiri, kalau tak .. jawab lah

-Hari ni adik sepatutnya kena jahit semula bekas operation dia, tp telefon abg dia yang bertanggungjawab menghantar dia ke klinik tak jawab2 lah pulak-

Ye, beberapa hari lepas mak sms 'long, kad tak cukup'

Hah.. tak cukup mak aku kata. Dah bagi 300 dah. Masih tidak cukup. Pastu terus call tanya, nape tak cukup?? untuk sape je lagi mak nak bagi??
Pastu mak kata 'dalam 250 je lagi cukup lah' Pastu mak kata 'ayah lah, kata nak sikit je, sekali dia yg dah guna byk'

250 je mak aku kata.. Haiiyyooo, bape ramai lah mak ayah nak jemput agaknya ni. Takpe, along paham perasaan mak ngan ayah, 1st time buat majlis kan. Along layankan je lah. Bape lagi nak?? 250.. baik, nanti saya print lagi *memotong kad lagi la aku jawabnya*

En Ekwan kata 'mak bagi kad kawin mcm edar flyer ke yang??'
-bagitau mak..bagitau mak-

*nak gi SSF lah. tiap hari tgk dia dari opis rasa geram lak. nak ushar mini jar yan rm2 tu lah. betul ke 2 ringgit je harga dia?? kalau betul nak gi beli lah..*

20 April 2009

Tukang Kapit atau lebih dikenali sebagai Pengapit/Bridesmaid

Ini adalah salah satu item yang harus diberi sedikit lebih perhatian. Item penting ni. Kalau takde 'Tukang Kapit' ni, boleh haru juga majlis nikah+sanding kita tu nanti. Secara tak langsung, boleh menimbulkan kecacatan kat majlis 'hari besar' yang penat dirancang berbulan-bulan tu, sampai stress2, sakit2 otak, siap bertengkar2 lagi ngan tunang tercinta huhu...*bukan saya..bukan saya*

Nanti sape nak tolong kesat2 air mata, nak betul2 kan veil yang tiba2 terlondeh kan..

'Item ko describe tukang kapit dayu, siap lah ko, aku kapit cukup2 nanti' - kata 'tukang kapit' saya bila dia baca entry ni
-baiklah... pengapit-

Kriteria memilih pengapit beza-beza setiap orang kan. Masing-masing ada sebab tersendiri, nape orang tertentu yang dipilih jadik pengapit.

Ada yang pilih adik sendiri. Senang. Mesti dia akan sentiasa ada di sisi. Tak kan nak menghilang lak time akak/abang dia tengah gugup+nerveous atau tengok bakal suami yang bakal tiba2 gagap bila ngadap tok kadi kan. Maka, kebarangkalian untuk pengapit tarik diri di hujung waktu adalah amat nipis. Tak sakit2 kepala nak carik pengganti.

Kalau pilih rakan-rakan dari golongan pengantin baru, mungkin kita tak payah susah2 nak kena sponsor baju. Pengantin baru mesti lah banyak baju sedondon kan. Kata dah jadik suami isteri, mesti baju nak kena sama kaler. Baru lah kononnya sehati dan sejiwa *harus kah??* Tak pun, suruh je derang recycle balik baju nikah derang dan siap sedia la pengapit lagi meletop dari pengantin *sadis*

Tapi hakikatnya, pakaian tukang kapit juga adalah mustahak. Baju derang kenalah padan ngan pengantin kan..takmo lah nanti sebab baju pengapit yang tak bersesuaian, habis rosak gambar pengantin... betul tak?? Tu sebab pengantin kena taja baju pengapit.. *seronok siot jadik pengapit*

I had choice mine. She is my dearest housemate who had spent almost 2 years with me in the same room. Yang telah melayan pelbagai kerenah dayu yang angin dia berubah ikut suka. Datang mood rajin, tiap2 hari dia kemas bilik, basuh bilik air. Datang mood malas dia, menjerit2 lah teman sebilik ni 'dayu!! lipat baju ko!!' Hahahah, ni yang selalu dia teriak. Tak pun 'dayu!!! bangun la' sambil terus dia tarik langsir luas2...
Amat berciri-ciri seorang ibu yang agak garang *bila angin kus-kus dtg menjelma* Dia juga sangat pandai memasak, sedap lak tu..

-terus mengodeh hardisk carik gambar roomate kesayangan-

Mana lak gambar bakal tukang kapit ni ngan tukang kapit En Ekwan erk?? Tak kan tak transfer lagi...*carik..carik*
Tak jumpe la pulak, lain kali la kasik expose. Cukup lah expose sorang ni je dulu..

Kenapa pilih dia??

Sebab dia kata'ok' masa i tanya. Tanpa banyak dalih dia bersetuju. Itu maknanya dia ikhlas *kan..kan.. sila kata ya wahai tukang kapit* Dan juga sebab dia boleh nak datang JB nanti *jgn ko claim duit minyak ngan tol sudah* Dan juga sebab dia dah banyak pengalaman menjadi pengapit. Mesti dah terror kesat peluh pengantin tanpa mencacatkan mekap kan..

Tapi yang paling penting, sebab dia sangat paham diri ini. Walaupun dulu masa kat UiTM kitaorg macam tak berapa rapat, walau sekelas. Tapi zaman keje ni, kami sangat rapat. Pe je rahsia dia yang aku tak tahu. Kalau nak sabotaj, dah lama dah boleh. Tapi baik punya aku simpan rahsia ko tukang kapit *heheheeheh*
'Rahsia ko pun banyak dalam cengkaman aku dayu' -tukang kapit ku berkata-kata lg
Dan En Ekwan juga rapat+boleh masuk ngan tukang kapit.. advantage di situ..

Maka sekali lagi, dipersembahkan 'Tukang Kapit Rasmi Dayu'

-sila lah siap kan baju anda segera ye. ada budget lebih aku tolong bayar, kalau tak, korang bayar lah sendiri ye..*mintak ampun, kawan ko ni kawin sgt lah budget*-

18 April 2009

Kisah men'DIY kad kawin, agar lebih jimat dan tak rasa sakit paler kuar duit banyak untuk kad kawin

Pengumuman: Ini adalah Entry yang akan menempel di sini buat beberapa ketika.

I have lots to say out, tp kita start with this one. As i had fews request on DIY kad kawin tu kan. Dan mmg berhasrat nak buat entry pasal ni.

Kita mula dgn mempamerkan kad kawin budget kami. Kad ini adalah direkabentuk menggunakan perisian Adobe Photoshop dan juga Adobe Illustrator (untuk peta) oleh rakan saya secara percuma *luckily i have this kind of fren*

Dan memandang ramai yang berminat, dia sudi untuk men'design kan kad untuk sesiapa yang berminat. Tapi yang simple2 as mine lah. Sebab dia takde masa sangat. Tapi dia boleh je buat yang complicated tu, just give him more time lah.

Dan kalau berminat boleh hubungi beliau *hahahaha, beliau tu aku bagi ko gelaran Am*

Email: hamli@jkr.gov.my

Dia caj murah je. RM 50 for 2 design. Mana nak dapat... tapi kena lah korang print sendiri. Kena lah gigih skit ye. Dia design kejap je.
Ok, done for promoting. Sape2 yang pernah tanya pasal DIY kad kawin tu. Boleh la hubungi En Hamli terus ye.



Dan, kad budget kami dah siap. Dan kini saya dalam proses mengumpulkan alamat. Ikut rasa hati, kalau boleh nak menjemput semua. Lagi ramai kan lagi meriah.
Maka, saya amat berbesar hati untuk meminta alamat kamu sekalian. Sangat ikhlas ni. Dan buat yang sudi, tinggalkan la alamat kamu ke peti surat virtual saya ye (link ada di sidebar saya)
Awal Mei, Insya Allah edaran akan dilakukan..

Note 2: Ada yang bertanya berapa kos keseluruhan kad budget kami ni. Kos semua adalah:
- Kertas 230 gm + 250 gm = RM 86
- Sampul kad , kaler cream (1000 keping) = RM 70
- Ribbon (1o rolls) = RM 11

Tu je kos dia untuk 1000 keping. Kitaorg buat 500 keping theme biru(side Dayu), 500 theme merah (side Ekwan). So, kalau di kira-kira, jatuh RM 0.20 lah sekeping. Kitaorg print sendiri. Kalau hantar kedai tak tahu lah bape kena caj.

Kertas dan sampul smua beli kat Brickfield. Sana banyak kedai. Kena pandai carik kedai. Ada yang mahal *dayu terbeli kat kedai yg mahal*

Dan yang penting, kena gigih memotong kad2 tu. 250gm tebal babe, letih tangan..

17 April 2009

jangan cepat melatah

Tadi baca blog hidd, tu yang terasa mahu buat catatan. Ke tepi kan keje2 smua tu, waktu rehat lagipun ni. Buat pe tunjuk rajin kan *hahaahah*

Dugaan waktu bertunang??
*sudah mahu hampir tarikh luput ni... alhamdullilah. kami masih lagi memiliki ikatan itu*

Janganlah hipokrit sangat terus mengaku 'takde, kitaorg ok je' Tak payah lah nak menipu. Tak berkat weeeiii.. Mungkin takde dugaan maha hebat, tapi paling tidak pun, ada gak tertinggi suara, termuncung bibir, ter'off Hp sehari dua kan.. *ngaku je lah*

Namun, hakikatnya.. waktu dalam ikatan pertunangan ni, kami.. ye, kami sama-sama berusaha untuk tidak terjadinya pertengkaran *i can feel how he is also trying* Kalau sorang dah mula diam *tanda dia terasa hati/tak puas hati/rasa nak marah tapi simpan je dalam hati. Smua pasal hati. Ingat senang ke nak jaga hati ni* Yang sorang lagi tu silalah mainkan peranan. Diam juga atau sila lah kembalikan keadaan kepada sediakala.

Nak kawin bukan keje mudah. Banyak benda nak kena pikir, banyak hati nak kena jaga. Banyak pendapat nak kena dengar dan amik kira..
*ni pun boleh buat stress hingga bertengkar tiba-tiba*
Dan rasanya, sekarang kitaorg lagi banyak sama mengalah. Tak mahu besarkan hal remeh, buat sakit kepala sendiri je *itu tandanya kami dah matang bukan tua.. :) * Zaman bercinta dulu lg senang bergaduh, pantang sedikit terguris.. tengah syiook berdating pun terus ajak balik... *betapa tak matang nye time muda-muda dulu*

Dugaan tu boleh datang bila-bila, tak kira masa. Nape time tunang yang dilebihkan?? Dah sah akad nanti takde dugaan ke?? Bukan time tu lagi perit ke kalau dugaan dtg menduga...

16 April 2009

-tak tahu nak letak tajuk apa lah-

Rasa macam tak nak gi keje je pagi ni, tapi gigih juga membangunkan diri.

Semalam sekali lagi memandu dalam keadaan mengantok. Dan kali ni lagi tahap maksima punya mengantok. Mmg rasa dah mcm terlelap je kejap. Stop jap kat Pagoh. Makan2 buah, telan redbull *huhu, bleh ke kita org pompuan minum air ni erk??* Pastu beli lagi setin, buat bekal. Tapi still tak berkesan...

Bawak kete pun dah mcm pe je...dah lah kete smua laju2. Isskk korang ni, mentang2 minyak dah murah, keje nak speeding je.. Sekali amik ko, pakcik polis menanti kat depan..dlm hati 'seb baik aku mulia kali ni, bawak slow2 je'
Dah lah sebelum tu syiookk je ber'sms ngan Sue.. giler lah, bawak 90 km/j, tgn type sms.. isskkk...bahaya sungguh..

Tapi Alhamdullilah, berjaya sampai KL dengan jayanya dalam keadaan selamat. Balik umah, terus En Ekwan kutip bawak gi makan. Hartamas sudah ada Pelita Nasi Kandar, makin cepatlah proses ke'buncitan En Ekwan nanti *sup pelita sedap lah, mau aku dtg tiap malam ni kan*

Ohhh, kak Fatin sudah ke Maran. Menunggu kelahiran AF3 *yay, bakal dapat nieces baru*

Dan semalam ke Wangsa Maju mengutip barang pembelian *sgt comel lah itu brg* Sangat peramah lah En Nadzri tu. Dah tak pasal2 berborak panjang meleret, sedangkan Dayu ngan Ekwan ni dah tak sabar nak balik. Nak mandi, nak tido..
*mcm smpai trus tido, ralit ngadap bunga pahar*

*3 hari kat JB, keje Dayu adalah bawak adik gi dressing luka operation dia setiap pagi. nyilu siot tgk doktor tu cuci.. mesti Hisham menahan pedih je. sian adik aku...
*duit dah abis bayar photog dan bridal ni..bila mau gaji hah?? ohh lagi seminggu eh..

14 April 2009

Kukuhkan ilmu Fardhu Ain anda * gi carik balik buku KAFA* tak pun pinjam je adik korang nyer

Baik punya title aku bagi *hehehehe*

Semalam hampir 10 minit berdepan dengan ustaz di kaunter temuduga jabatan agama johor bahru tu *lupa lak nak tinjau name tag dia, gelabah ayam punya pasal*

Soalan pertama dia tanya 'apa tanggungjawab isteri??'
Masa ni tak sure nak jawab pe, pastu teringat entry Aishah, tiru je lah jawapan dia.
'taat perintah suami selagi tak langgar hukum agama' -dayu cuba jawab ngan yakin

Kemudia dia bagi borang. Suruh isi lengkap kan. Borang interview. Kat situ ada dah list soalan2 dia nk tanya. Sambil tu ustaz tu suruh baca niat mandi wajib. Baca je lah. Pastu dia tanya 'time bila nak baca tu??' Hmmm 'time 1st air kena kat badan la kan ustaz' Ustaz tu sengih je pastu dia angguk. 'baca semua yg ada kat list tu'

Memang dah betul2 mcm ujian fardhu ain lah.
1. Mengucap, bagi maksud sekali
2. Baca Al-Fatihah
3. Doa Qunut

Pastu dia mula tanya smua berkaitan Munakahat, Jenayat dan Ibadat. Sape sekolah agama kat Johor harus maklum semua ni. Tapi hakikatnya dah bertahun kita tinggalkan kitab2 tu kan. So silalah benarkan dayu gelabah jap. Level terakhir adalah ketika tingkatan 3, masa tu kelas khas dah. Kira dah tahap hebat lah tu. Kalau nak mintak jadik ustazah mmg dah lepas sgt2 dah. Maka, sangat lah malu kalau kantoi bab2 ni beb... *tapi dayu redha je*

'air ada berapa jenis?? air yang kita guna untuk wudhuk air pe??' -sama lah soalan ko ngan aku Pa'a
Dengan jujurnya dayu jawab 'untuk wudhuk air mutlak ustaz. tapi saya tak pasti ada berapa jenis lagi. yang saya ingat air mustamal, tu pun tak pasti makna2 dia ' -sangat jujur kan. Dah memang tak tahu, mengaku je lah. Pastu dia terangkan makna setiap satu. Gigih berusaha untuk kusyuk mendengar.
Nah, untuk maklumat lebih lanjut. Biar nanti boleh jawab dengan bangga.

Pastu ustaz tu sekali lagi menguji ilmu yang cetek milik dayu ni.

'ada berapa jenis najis??' Selamba je dia soal sambil stapler2 borang2 tu. Dia tak tahu ke org depan dia ni memerah otak habis-habis, pikir nak jawab pe.
Argghhh sudah, pe nama najis2 ni dlam arab hah?? lupa sungguh, mmg tak ingat langsung.

'hmmm, najis berat.. najis ringan' Rasa bodoh tahap maksima je time ni. Klau ustaz aku dulu dengar, mahu kena katok je kepala ni. Dan akibatnya ustaz tu sengih je. Dan sekali lagi dia terangkan smua tu. Cara-cara nak bersihkan pun dia terangkan sekali. Kena lah berlakon lagi. Tu lah, dulu belajar semata-mata nak lulus, tak nak kena repeat kelas.
Hah, buat yg tak tahu. Sekolah agama kat Johor, kalau ko failed tak bleh naik kelas. Duduk la setahun lagi. Strict tak strict la..tapi hasilnya kini....*geleng kepala*

Masuk lak bab munakahat. Dulu time sekolah, kelas ni yang paling seronok. Kelas Faraid smua mengantok, masuk kelas munakahat segar je bijik mata sorang2 *teringat ustazah rosnah*

'apa rukun nikah??'
Yang ni dengan bangga Dayu menjawab. Sape tak tahu kan *hahahaha, bangga.. tak sia-sia ilmu yg cetek di dada ni*

'syarat-syarat sah ijab dan kabul??'

Adohaiii ustaz ni, ingat dayu ni arif sangat ke?? Lagipun saya ni perempuan lah ustaz, mcm tak relevan je soalan tu. Bukan saya yg nak ber'jab dan Qabul nanti.
Cuba jaya je lah jawab, berdasarkan pemahaman sendiri 'mesti jelas, dan dalam satu lafaz, tak boleh pause' Sila lah geli hati dengar jawapan dayu.

Ustaz tu kata, tu salah satu je. Ada beberapa lagi syarat2 dia. Tu yang kadang2 ada orang kena sampai 2,3 kali baru sah. Ohhh, gitu ye ustaz. En ekwan, sila dalami ilmu anda ye.
Dan bila mcm dah puas hati menguji ilmu yang ciput milik dayu, ustaz tu kata ' duduk dulu, nanti kami panggil' Yay!!! dah selesai. Jaya tak jaya, i had done!!! Tamat sudah.

Dulu selalu gak tanya 'nape lah johor poyo2 nak ada interview bagai ni, negeri lain takde pun' Tapi bila dah lalui sendiri ni, rasa bagus pe yang derang buat ni kan. Kira macam sesi review lah kan. Bagi kita ni revise balik. Dah tentu2 tu smua hukum hakam kehdupan harian kita. Nak harap kita blaja sendiri, jangan harap...

Dan sebelum gi duduk menunggu ustaz tu kata 'bagi saya RM 25'
Terpinga-pinga gak, nak buat pe. Tapi bagi je lah. Tak rasa nak tanya pun...

amik ni, sila baca ye. dan sesungguhnya buku ni lah yang buat sesi akad nikah di Johor penuh dengan drama dan linangan air mata..
rasa tak nak buat je modul ni. tapi imam dan tok kadi kat johor mesti dah di kursus suruh apply modul ni. adoiii... rosak mekap aku nanti...

13 April 2009

hari ni rasa nak senyum je, biarlah aritu rasa sedih yang amat

-dayu saje je nak tulis tajuk panjang2, sbb nak nmpak kan gambar kek coklat yang mengiurkan tu-

1st: Saya bersiaran secara langsung di kediaman mak ayah saya di Johor Bahru
Amik cuti sampai hari Rabu *mentang2 cuti ko byk dayu*

Sebelum balik semalam, sempat memasak untuk tunang kesayangan. Ikan patin masak tempoyak. Sebelum tu dia call 'uncit, org nak beli ikan patin, awak reti masak tak??'
Chaiitt, soalan entah pape je. Memandang rendah kemampuan org je dia tu. Terus yakin menjawab 'alah, dah tgk kak fatin masak airtu, senang je tu'
'okay, orang beli 2 ekor, sok awak masak eh...' Dayu kata 'okay' -dan terus men'google... :)

yayyy!!! my very 1st patin tempoyak. En Ekwan kata 'okay, passed'
*ikut hati nak buat pekat2, letak tempoyak byk2, tp Ekwan kata 'takmo pekat2 tau'
Dan akibatnya, memandu ke JB dalam keadaan kekenyangan.

Semalam 5 jam memandu secara berhemah. Sorang2. Ngantok giler. Stop Ayer Keroh beli Redbull, terus minum setin. Fresh skit *kata kurang gula,manis je lagi*
Dayu sangat baik kali ni. Dia bawak kete lane kiri je. Dengan baik hati jarum meter tu sentiasa di 90km/j, lebih2 pun 110 km/j je. Sangat bersopan santun kan. Dah lah hujan je, wiper tak berhenti *mesti dia penat*

Singgah sebentar di Parit Raja, Batu Pahat. Memborong kerepek.

Dan tak semena-mena kereta ku penuh dgn kerepek. Pakcik Shuhaimi bagi harga special. Sebundle tu 5kg, RM 30. Berminat?? Hubungi saya...

Dan macam dah wajib lak, mesti singgah Ayer Hitam, rasa macam dah kena jampi lah ngan towkey kedai tu. Ada je barang nak beli kalau dah masuk kedai dia tu tau. Selagi tak selesai, selagi tu lah aku kayakan cina tu.

Sampai je rumah terus gi rumah jiran sebelah. Jumpa Pakcik Din, nak mintak dia jadik saksi borang. Nak suruh tandatangan borang, pastu suruh Hisham, jadik saksi kedua. Dan terus dgn gigih mengisi borang.

Ye, borang Johor adalah dalam tulisan jawi ye. Huhu, dah lama tak tulis jawi. Rasa macam buruk je. Ingat nak tulis rumi, tapi rasa macam tak best je. Penat dulu sekolah agama bertahun-tahun. Maka, redha je lah kalau org kutuk tulisan jawi aku.
Dan rasa mcm sengal semacam. Tak reti nak eja nama arwah abah Ekwan. Kena call tanya, nasib baik dia kat umah akak dia.

Dan pagi ni, kul 7 mak dah kejut suruh bangun. Mak tak tahu kot, HIV test tu jap je. Beriya dia suruh gi awal2. Yelah, along gi pagi2.
Pastu mintak IC photostat ayah. Puas ayah bagitau mana pejabat agama, kita ni dengar tak dengar je. Syiookk je lagi dok bawah comforter. Last2 kena tanya Aishah.

dia sealad borang HIV tu *ko ingat aku tak berdebar ke, ko tak bagitau result dia hah??*

Kejap je buat HIV test tu. Tak sampai 10 min pun kat klinik tu. Takde poyo2 nak appoinment bagai. Saya sayang klinik kg melayu majidee!!! *sakit siot dia cucuk tu*

Selesai je terus ke pejabat agama. Berdebar ko. Rasa nak interview nikah ni lagi seram dari interview mintak keje. Dah lah tgk ustaz2 tu mcm bersungguh2 je menyoal. Sambil menunggu tu, macam2 rasa datang tau.
Bila no giliran tiba, lagi lah berdebar. Tengok budak2 sebelum tu kena interview, 10 min gak ustaz tu menyoal. Maka, dengan berusaha mengawal rasa gementar, dayu duduk lah ngadap ustaz tu. Bagi salam *abis innocent lah tu konon*

Sambil ustaz tu check borang tu. Macam2 dia tanya. Isskkk, next entry la share info tu ye. Skrg tgh teruja tengok surat kat bawah ni.


Hoorraayyy!!! Boleh nikah dah!!!

Dan dah call ustaz Zaidi, dia takde kat JB skrg. So Rabu nanti ayah submit borang ni kat dia. Dan dah booked nak nikah pagi 31/5/2009. Ustaz Zaidi kata ' ok, saya free lagi' *dayu dgn tak malu suruh dia tulis dlm organiser dia*

Dan skrg saya nak senyum puas-puas!!!

11 April 2009

nape semua orang macam nak sakitkan hati aku ni???

Rasa nak nanges je semalam. Lagi-lagi masa call Yun. Sebab rasa marah sangat-sangat kat budak kaunter klinik tu. Nasib baik tak mengamuk kat situ. Nasib baik masih boleh kawal lagi diri ni. Kalau tak buat malu diri sendiri je.

Tapi memang marah sangat!!!

Beriya dah buat appoinment, siap pagi tu dah confirm kan. Tapi bila datang, boleh dia kata nama takde dalam appointment list. Tak ke bodoh tu namanya.
Rasa nak je tulis surat kat Kementerian Kesihatan. Tunggu lah, datang mood rajin aku nanti, melompat lah korang semua.

Dan untuk makluman anda sekalian, klinik kesihatan kat Wilayah Persekutuan, perlu ada appointment ye nak buat HIV test. Tak boleh walk-in gitu je. Dan kena klinik yang ngada2, kena a week appointment *sengal*

Kalau gini lah gayanya, tak lama lagi nampak gayanya boleh la buat HIV test kat private. Menyusahkan orang.

Jawabnya buat kat JB je lah. Klinik kat Kg Melayu tu Isnin bleh buat HIV. Yang ni pun satu hal, nape lah nak kena ada hari khas. Test tu kejap je pun. Apa masalahnya kalau buat everyday, org dtg nak buat.. bagi je lah *memang tengah hangin ni*

10 April 2009

boleh tak tolong ramah sikit, saya ni adakalanya mudah terasa

Iye, itu lah perasaannya kini. Adakalanya hati ni sensitif, biar pun orang yang membuat kita terasa tu tak tahu *mana dia nak tahu, bukan ada depan mata, di alam maya cuma*

Kini memang ramai yang dah berniaga online, dan sesungguhnya itu mmg stu marketing strategy yg sangat memberangsangkan. Pelanggan tak terduga boleh muncul bila-bila masa. Tak payah nak payah2 carik customer, derang yang dengan tanpa disuruh akan meng'email meminta quotation bagai.

Lagi-lagi kalau en google tayang link kamu kat row paling atas search result tu.

Tapi boleh tak layan potential customer kamu ni dengan sedikit ramah+mesra. Kalau ye pun dia sibuk dok tanya pakej/servis yang paling murah. Kalau dah memang tu je yang dia mampu, jangan lah layan nak tak nak. Kalau memang tak nak amik yang murah2, kuarkan pakej tu dlm senarai pakej korang. Pastu note kat situ 'Hanya untuk mereka-mereka yang akan Buat Aku Kaya Saja' *kaya tu tulis besar2*

Dah..malas nak layan orang macam ni. Pe ingat ko sorang je yang ada. Ramai lagi yang lain. *walau hakikatnya rasa ralat gak, sebab harga ko sgt ok, keje pun mantap. tapi sebab perangai mcm ni..takpe..takde rezeki kita nk bekerjasama*

-semalam bertemu amy, sgt comel dia tu lah. kecik je orgnye-

08 April 2009

smua org mmg ada bakat tersembunyi *skrg baru betul-betul caya*

Semalam kira-kira, rupanya dah siap 28 bijik *sesuka hati je kan bagi penjodoh bilangan dia bijik*

bunga pahar yang akan di bawa bertandang ke Maran 21.6.09 nanti *lepas ni tak bleh expose dah lagi, nanti ilang seri* hahahaha bunga pahar pun nak ada seri ke...

Usaha gigih yang akhirnya membanggakan diri sendiri. Dan ini buktinya, kalau kita usaha lebih skit, mmg hasilnya akan menerujakan. Tak caya.. cuba.
Mak aku tengok ni mesti tak caya satu-satunya anak dara dia ni bleh buat bunga pahar, pe ingat teruk sgt ke saya hah??

Dan aritu tunjuk kat Ekwan, dia kata 'lepas ni uncit bleh jual bunga la'

Chaiiitt, dia ingat ada masa ke hah nak buat niaga benda ni. Kalau full time house wife ye lah. Mmg gigih perkasakan ilmu, baru lah yakin nak niaga.

Dan sebenarnya, benda ni yang buat saya makin teruja. Permohonan kebenaran berkahwin encik Ekwan kini di tangan saya. Boleh proceed mine...
Sijil kursus kawin kita bleh pakai sekali je kan, dia dah cop kat sijil asal kita tu 'digunakan untuk kebenaran berkahwin dengan ....' *dayu baru tahu*

Rasa esok mahu buat HIV test la. Dah buat appoinment pun *kerek siot orang2 kat klinik kerajaan ni, seb baik lah nak ngadap korang esok, kalau tak....tahu la nasib korang*

Dan minggu depan nak balik JB. Nak setel segala benda, nak gi bridal, nak jumpa photog. Semua benda lah. Amik cuti 3 hari dengan harapan smua akan selesai.

aktiviti sosial *penting tu*

Semalam ke Banting *lagi dan lagi, ko suruh gi sekali lagi, bosan aku jadiknya*

Ada team building, CKJG dan JKR Kuala Langat. Dapat lah peluang beramah mesra ngan rakan secawangan. Kalau tak, dok memerap kat unit sendiri je.
Ada juga sesi lawatan teknikal, dan semua itu membuatkan Dayu rasa nak menangis bila balik. Apa taknya, asyik keje makan je. Korang yang berhajat nak masuk JKR, siap sedia jugak lah untuk menambah berat badan. Memang asyik keje makan je lah.

jom kita main bowling. tak pasal-pasal kul 12.30 malam baru balik.

feeling engineer habis lah masing-masing

penat en kontraktor tu terang macam-macam, korang dok sibuk amik gambar je
warga banting, sila lah nikmati kemudahan ni nanti ye *sy tak tahu bila siap*

~ la la la la ~

Habis technical visit ada sesi makan-makan. Biasalah kan, tak kan kontarktor nak biarkan org JKR balik kelaparan kan. Makan lagi.. sedangkan kul 10 am tadi dah balun nasi lemak kat JKR Kuala Langat.

Bayangkan bape banyak dayu makan semalam...*nanges la*

Petang futsal lak. Banting ni kira hebat la kan. Bowling ada, Futsal ada. Bagus. Kalau kena berhijrah ke sana takde lah menjerit meraung kan

sesi ptg tu mmg sgt membuat perut sakit asyik ketawa. budak2 laki ni mcm2 perangai lah

*nak kena gi collect gambar lah
*teman tunang saya potong rambut, tgk dia cuci rambut, tak pasal2 kita pun cuci rambut sama *gediknya rasa diri ni*

05 April 2009

saya penat *nak setel cepat*

Penat lah.. penat dah nak siapkan hal kawin ni.. cepat lah selesai. Boleh berfikir secara normal semula..

*permohonan nikah ekwan dah selesai. esok minta kawan dia amik kat pejabat agama maran and pos it to us. so bila nak start kamu nyer dayu??*

Dan hari ini juga telah membuat lawatan tapak ke kawasan perumahan pilihan untuk menginap selepas sah menjadi suami isteri nanti. Ohhh, yang ini semua keje En Ekwan, saya hanya menurut perintah. Lagipun mana lah mahir area KL ni, dia dok sebut nama2 tempat tu, asyik jawab 'kat mana tu yang??'

Bermula dengan Desa Petaling.. Ohhh, rumah di sana agak murah. Tapi sana sgt packed lah. Kawasan cina lak, hmmm...tak bape berkenan...

So beralih arah ke Bukit Jalil.. iye, yang ni mmg jatuh hati. Taman Puncak Jalil. Rumah teres dua tingkat around RM 450-500. Sangat lah memuaskan. So, kena called the agent untuk confirm kan semula.


Ye kami memang mahukan rumah teres. Tak nak biarkan Vito dan EG parking sepah-sepah entah kat mana *tuan EG lah yg terlebih concern* Tu yang macam sanggup duduk jauh skit. Asalkan murah. Dalam KL ni mana nak dapat teres harga gitu kan.
Tapi takde lah jauh mana. 25KM je. 15min je ke KL *hari keje pandai-pandai lah tambah sendiri masa tu*
edited: sudah call agen-agen yang kitaorg amik no dia semalam. huhu, melalui agen, rumah ni harganya adalah RM600-650. Kena carik direct owner lah... sebab member dah dapat RM 500 je

Gara-gara potong benda ni saya sakit pinggang. Nak harap tunang saya tu potong, entah bila dia nak potong. Suruh print ni pun kena remind berkali-kali.
*dayu tengah mcm jeles sebab design kad ekwan lagi menarik+best*

04 April 2009

ni namanya pengakuan berani mati

Kalau dah mengaku kebengongan dan lawak bodoh diri sendiri mesti lah kategori berani mati kan.. *bak kata org membuka baju di khalayak ramai gitu*

Ekwan kata 'awak jgn nanti sampai ilang anak kat pasar malam sudah'

Huhu.. iye, this lately saya adalah sangat cuai. Sangat suka buat lawak bengong+bodoh yang sampai menyusahkan orang. Sampai rasa nak lempang diri sendiri laju-laju.

Contoh kejadian:

1. Dengan perasaan bersalah telah meninggalkan hp *seb baik hp murah* di Mc'D. Dah balik umah pun tak sedar hp dah takde *tak ke bengong tu namanya*

2. Dengan bangganya meninggalkan laundry bag kat hotel. Dah sampai KL,bila balik umah nak basuh baju baru nak jerit-jerit 'aku tertinggal baju kat hotel!!!!"

Dan yang terbaru....

Dalam kelam-kabut nak gi keje, sebab macam dah terlambat. Dengan sesuka hati telah mengurungkan diri sendiri. Keluar rumah tak bawak kunci. Pastu dengan yakinnya tekan tombol pintu. Kunci grill takde.. Hahh!!!! Jawab lah terkurung kat situ hampir 20 minit, nasib baik Aziah rajin nak balik menyelamatkan roomate dia yang macam sengal terlebih tu.

Sindrom apakah ini???

*banyak sangat pikir hal kawin kot*

03 April 2009

suka nyer saya

Artwork tetris glass dari kugeeku.com dah siap!!!

Yay!!! Saya suka!!

Rasa mahu gelak lihat diri sendiri dalam bentuk kartun gitu. hahahha!!! *tapi mcm comel je*
Ikut hati nak je tempek kat sini bagi korang pun sengih2 je tapi tak surprise la nanti kan..
Maka sila tunggu lepas 31.5.2009 nanti ok.. *hahahah,mcm ada je yg ternanti2*

-Hihhiihi..kelakar la muka ekwan versi kartun-
-siap dah jadik kan background desktop V30..punya lah jakunexcited-

02 April 2009

takde lah best sgt pun

Korang pernah tak ...

Masuk opis, bukak computer, check online akaun gaji, tengok banyak je angka kat current balance tu..

Pernah..pernah??

Tapi takde lah best mana pun, sebab bila dah tolak segala hutang -piutang, tinggal bape je. Tak cukup ada lah...

*penat siot ke hulu-hilir setelkan urusan gaji ni. smeoga selesai lah semuanya. jgn lah bulan 5 nanti ada masalah lagi. giler meroyan dibuatnya*

01 April 2009

suka hati saya

*saya sudah kembali ke kuala lumpur, dan terus berperang ngadap report, tu yang tak suka out-station tu, balik opis keje mcm org biol*

Nak citer pasal pertemuan bersama mereka-mereka di kuantan sudah agak basi. Mereka dah buat entry2 berkaitan. Rujuk sana je lah eh..
Versi Yana, dan Nano. 'Hani bila nak buat versi hani lak??'
Tak sangka Yana sangat comel loteh orang nye, Na siap kata 'seb baik tinggi kita sama dayu'

Tempelkan gambar je lah kan.

derang comel-comel2 belaka. dayu gak yang serabut semacam je malam tu. yelah, kita dok menunggu kat bilik kan..takde la nak bersiap lawa-lawa..

Kira ni kali ke-3, ketemuan dengan rakan blogger. Jumaat aritu pun sempat melepak ngan Yun kat area opis dia, tu pun sebab ada urusan kat KPKT. 'yun, nape kita tak amik gambar aritu??'

Best kan ada blog ni. Boleh tambah kawan. Pastu bila jumpe, rasa mcm dah lama kenal je. Borak macam dah bertahun berborak. Yang paling seronok, kita share the same interest kan.
Dan rakan-rakan di KL, jom kita ketemuan!! boleh pass lad kawin..
Sape nak jadik organiser ni???