29 January 2009

Official Photographer

*Evyn as me for the quotation from my photog, dah alang2 buat je lah entry*

Dan, sebelum bercerita panjang lebar, ingin dimaklumkan di sini, sesunggunya saya tak mampu nak hire photog yg hebat2, yang pakej dia sampai beribu-ribu. Tapi saya sangat mementingkan hal2 berkaitan gambar kawin, rasanya smua tahu kenapa kan.. Gambar ni lah yang akan ditatap sepanjang hayat, nak tunjuk kat anak2 smua.
So, dalam berjimat, kena lah memilih dengan tepat. Jangan sebab nak jimat sgt, hasil keje menghampakan. Dan jangan juga nanti, habis banyak tapi bila tgk gmbar tu, sakit je hati kan.

Here is my Official Photographer..mereka yang diberi kepercayaan untuk merakamkan detik2 bersejarah itu nanti.

Majlis di Johor Bahru : Malam Pernikahan, Berinai dan Persandingan
The Photog: En Amrul Azuar Hj Mokhtar
Kenal dia melalui blog ceera, sebab masa ceera jalan JB dulu, Amrul ada buat photoshoot Ceera+Kiki. So dari situ dapat link fotopages Amrul.
Kalau gi fotopages dia, earlier pages mmg tak banyak gmbar kawin, dia buat keje ni freelance je. Dan dia sgt suka amik gmbar konsert rock.
Tapi dari situ, kita dah tahu kan camne hasil keje photog tu. Cara dia shoot, editing style dia..

Dan bila dah tinjau2, berkenan... so try contact nak tgk hard copy keje dia..kebetulan masa tu dia ada kat KL. Amrul org KL tapi keje kat JB.Kat CIMB Bandar Baru Uda. So malam tu jumpa dia kat Mc'D. Dah belek2 album, Ekwan pun suka. Sebelum tu dah mintak quotation. Dan sgt tertarik, sebab harga dia mmg buat diri ni tersenyum lah.
Here the service provided in the package *abis godek balik inbox email carik*

Tak clear lak.. malas nak edit, copy sudah..

Salam Cik hidayu,

Nikah plus Majlis bersanding RM1k, plus free outdoor.Modern sticky album, consisting of 200 pic 4R, free 2 modern border frame, size 8 X 12 plus 1 poster size 8 X 12. Free Unlimited soft copy burned in CD.

Unlimited shoot tapi pilih untuk print 200pcs je

Ni yang Amrul reply bila mintak quotation dan dia mintak tarikh. Kalau tgk kat email tu, dari bulan 8 tahun lepas dah booked dia. Sape takmo weh.. RM 1K je, ada outdoor lagi. Ye..sticky album je. Tak kesah sebab mmg nanti tak sabar kalau nak tggu custom album. Lagipun rasa nak design layout sendiri je..
Dan bila dah discuss, sebab berinai lepas nikah, Amrul kata sekali je. Dia cover sekali *tambah gak sejam 2 dia keje kan* tapi takde pertambahan harga. Dan lepas raya terus bayar deposit 20% kat Amrul.

Here are some works from Amrul, nak lebih tgk kat fotopages dia lah ye.

Outdoor Photoshoot
Amrul prefer amik kat umah2 lama. dia siap bagi few locations suruh pilih, tp awal2 dayu kata 'takmo lah, takut la i'
And he said 'ok..nak kat ne?? u pilih lah, JB byk tempat best'
Dan the idea shoot dalam lalang ni pun best gak.. tapi menjawab lah, balik gatal2 badan.


saya mmg sgt suka dgn outdoor photoshoot sebab hasil dia sgt best, background tak terhad. Pencahayaan lebih best *hahahaha,kata mcm pakar je*

Indoor Photoshoot



Wahai bakal pengantin sekalian, marilah kita mula berlatih bagi menghasilkan gmbar2 yg penuh emosi begini, biar nampak real skit gmbar kita nanti. Buang lah rasa malu tu, tu sbb kena lebih mengenali photog anda, biar mesra skit.

And ever think for Pre-Wed photoshoot, untuk sape2 yg buat reception kat dewan, sesuai la kalau jadikan photo gallery sebelum entrance tu *kalau suh dayu,mcm malu je..untuk simpanan sendiri bagus gak*


Issskkkk...lebih2 lak promote keje Amrul ni. Kena mintak upah ni *kekekekek* So, untuk bakal2 pengantin di JB, boleh lah menghubungi Amrul kalau berminat nak amik servis dia. Kat JB ramai lagi photog2 yg hebat2. So, ukur baju kat badan sendiri. Kalau rasa mampu, apa kata amik Capturepixs..mmg marvellous. Kalau tak, yang begini juga sudah mencukupi bukan...

Untuk tips wedding photagraphy, boleh lah rujuk sini ye. Sedikit panduan untuk bakal2 pengantin semua *termasuk diri sendiri*. Biar nanti tersenyum riang bila tgk hasil yg dah kita bayar mahal2 tu.

Untuk Majlis Bertandang di Maran, Pahang. Dah pilih photog, tapi as tak confirm and paid the deposit. Tak boleh lah nak war-war kan lagi kan.
Bila dah confirm, bolehlah share kat sini.

Dan akhir kata, terima kasig banyak2 atas pandangan yang diberi pasal langsir tu, sgt membantu dan buat diri ni yakin dgn pilihan yg dibuat. Ni yang untungnya ada blog ni, nak share pape, nak mintak pendapat, smua senang.

28 January 2009

Mari lah membagi Cadangan

Yeahhh.. i need ur favor my dear frens..

Bantu lah Dayu membuat keputusan.. Kekeliruan melanda ni. Saya tak terrror bab2 warna ni. Kamu2 yg pakar tolong la bagi nasihat ye..
Ianya pasal kaler langsir yang harus di beli... Pening sudah ini..

Dan puas lah mencari gmbar umah, dalam V30 gambar tunang ni je lah yg ada, yg nampak skit dinding umah tu smua..
As ramai yg mcm tak paham pasl kaler cat tu, ni saya sertakan panduan bergambar. Tembok batu bawah tu yg akan di cat ngan kaler biru muda, dinding remain cream. So langsir nak kaler pe?? Cream boleh?? Ke Biru?? Biru gelap sikit lah... *dan hantaran saya pink, boleh??*

Arrgghhh!! Bantu saya.. weekend ni nak membeli ni, as bulan 2 nak balik JB and pass kain langsir tu, mak nak jahit...

*gmbr ni je yang paling nmpk skit dinding tu, asra terpejam mata pun terpaksa diupload*

27 January 2009

Pink + White.. Yeah, it is the theme

Rasanya ramai dah tahu, Baby Blue+ White will be the theme of my budget wedding. Tapi untuk Malam Pernikahan, saya nak Pink + White...

Umah akan di cat ngan kaler Putih + Cream. Langsir kaler Maroon. Hantaran kaler Pink + White + Cream. Pakai artificial roses sudah...lagipun tak tau lah mana nak carik fresh flower murah kat JB..

credit to Wali Design
Hand Bouquet Pink and White roses
Silver shoes, sebab nikah kat masjid kena lah ada kasut kan. And kalau pilih kaler ni boleh pakai time sanding, dan juga berinai. Jimat..sepasang kasut untuk 3 events.

Credit to The Bridal Shoes. Love the design. Nak kasut macam ni!!! $35.48. Ringgit Malaysia bape??
Dan 4 1/2".. sangat tinggi.. Nak yang 1 1/2" je boleh tak..
*sape2 jumpe design mcm ni tolong la bgtau eh* tak kan nak custom made lak, tak memenuhi konsep berjimat langsung tu namanya...
Semoga impian dan keinginan ini akan berjaya dimakbulkan.

Dan tadi baru je berbual ngan mak. Nak tanya bape meter kain langsir nak kena beli. Sebab weekend ni nak gi Jakel, nak carik kain nak buat Baju untuk hantaran. So, nak beli langsir sekali. Dan mak memaklumkan, bilik dan ruang tengah umah sudah siap direnovate. Tinggal wiring saje.

Mak juga kata 'mak dah beli cat.. bilik along cream putih kan' Ye, itu adalah warna pilihan. Tapi tiba2 mak kata gini lak 'untuk luar ngan kat depan ni cream ngan biru muda'

Huhu... Ye, biru muda adalah warna tema pilihan, tp match ke langsir kaler maroon tu nanti *ni tgh membayang2 kan ni* Baru nak bagitau mak pasal cat tu, sekali dia dah terlebih advance lak. Dan adakah langsir yang patut ditukar kaler??

Kad Undangan

Harus bijak memilih. Dan di bahagian ni lah rasanya paling boleh berjimat. Tak perlu rasanya menempah kad yang berkategori Eksklusif, Kad Ekonomi juga ada yang menarik. Dan harganya juga akan buat kita tersenyum *lagi2 dayu*
Dayu sangat lah tidak akan berhabis untuk kad kawin ni, sebab amat rasa tidak perlu.

Kad Kahwin/Kad Jemputan ini perlu ditempah dalam jumlah yg sgt banyak, sekurang-kurangnya 500pcs, dan tak mustahil ada yang perlu menempah sehingga 2000pcs kan *ye, ibu bapa adalah sgt excited nak kawin kan anak buat pertama kali, maka dia nak jemput smua org* So cuba bayangkan, kalau sekeping 70sen/80sen, 1000 keping dah bape?? RM 800..

Ohhh, itu adalah jumlah yg sgt byk ye. Dan RM 800 perlu dihabiskan hanya untuk kad undangan. Kad yang selalunya akan berakhir di dalam dashboard kete untuk berminggu-minggu lamanya sebelum dikemas buang, silap2 org buang je lepas abis majlis. Bape ramai yg akan simpan kad kawin yg derang dpt?? *ada ke??* Maka, tak perlu la mengundang dgn kad yang akan buat kamu mengigil tgn time membayar tu *lain la kalau mmg duit melambak-lambak kan* Banyak yang boleh buat dgn RM 800 tu..*buat beli mesin basuh lagi bagus*

Kad Ekonomi Dari Ixora, RM 0.20 je sekeping *patut warna cream, tp bile smpai sini jadik biru lak dia*

Produk terlaris Ixora, RM 0.20 sen.
iye, agak klasik design dia, tp murah ye. itu lagi penting

Dan tidak mustahil tau, untuk mendapatkan kad-kad yang menarik dengan harga tidak lebih dari RM 0.50 sekeping. Kedai-kedai kat Semua House, Medan Mara banyak yang boleh bagi that price. Yang penting, kena rajin mencari dan bertanya...

Ekonomi Kad dari LH Creative, not sure bout the price. Did email them..
Di sini Dayu ingin berpesan kepada mereka-mereka yang berniaga di alam maya, sila lah nyatakan harga di setiap barang yg kamu pamerkan, agak leceh lah nak bertanya melalui email/YM,bukan kah lebih mudah kalau letak terus harga kat situ *tak pun sila la letak kan virtual Sales Asst kat situ :) * Senang sikit nak window shopping...

Dan bagi mereka-mereka yang mempunyai kemudahan mesin pencetak yang agak canggih *mungkin boleh pinjam office punye, kamu beli toner/cartridge saja* adalah lebih baik kamu mem'print sendiri kad kamu tu. Mungkin cetakan luar tu boleh la tempah, tapi ayat2 kat dalam print sendiri.. *faham ke apa yg dimaksudkan ni??*



Value Buy Card dari Red Card. Kad ni kalau beli kosong RM 0.25 saja. Tapi kalau siap print *sedia untuk diguna pakai* RM 0.40 sekeping. Macam yang Si Aishah ni buat, for 1600pcs, it only cost her RM 430 as she print the card herself. Tak ke penjimtan tu namanya *banyak lak tu* Balik JB nanti boleh melawat kedai ni kat Bukit Indah. Tengok-tengok dulu kan...

-kerana entry ini, link untuk 'Jemputan Perkahwinan' telah bertambah. Semoga membantu untuk rujukan bersama-

Oohhhh, di sini juga ada promotion. Marilah membuat tempahan segera *terasa nak booking terus, kena bgtau En Ekwan ni* Kad dari eKadkahwin.com ini amat memenuhi citarasa, modern design with afforadble price.

*saya suka yg ni*
Hanya RM 0.35 sekeping untuk tempahan 1000pcs. RM 0.55 untuk 500 ke bawah. Harga yang amat berbalaoi untuk sekeping kad kahwin. Banyak gak design lain yang lawa-lawa. Harga pun tak melebihi RM 1, kalau masih di dalam peruntukan kamu, sila lah menjenguk website dia. Dan dapat free 2 bunting untuk tempahan 1000 keping kad kawin*ni yg makin suka ni*

Dan apa kata kamu cuba yang ini, mana tahu boleh buat bisnes nanti.

Ye..Bila bercakap pasal kad kawin ni, memang Maya Karin adalah menjadi idola. Patut dicontohi dia ni. Kad kawin dia sangat simple dan sangat menjimatkan. Kalau Maya Karin boleh guna kad gini, nape tidak kita kan?? Ohhh,mungkin ada yang kata 'dia Maya Karin, bagi kad camne pun org datang' Alah...org kalau tak nak dtg, bagi kad harga 4 ringgit sekeping pun tak dtg gak... kalau mmg dia nak dtg, kita bagi kad photostat pun tetap sampai.. Setuju??

kalau buat gini, modal cuma untuk kertas color, pastu photostat kat opis.
tak ke jimat tu?? fikir-fikir kan lah...

Merancang dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam tahun 2009 mmg lah amat mencabar. Ekonomi tengah down ni, harga barang smua naik. Pakej2 kat bridal pun banyak dah naik harga. Semalam harga lain, hari ni dtg smula, dah naik 50%. It happen ok, luckily i booked mine earlier, and had paid the deposit.
Maka, jadilah bakal pengantin yang bijak, berbelanja la secara berhemah *huhu, tp bila tgh membeli tu,nafsu menganas susah nak kawal lah...benci* Berjimat lah selagi boleh. Kalau boleh DIY, buat lah sendiri. Lagi feel pe kalau smua kita buat sendiri.

-nasib baik tak reti mekap, kalau tak, ada mekap sendiri je kawen-

26 January 2009

sengih + senyum dan sengih lagi

*saya telah sengih secara tiba2 tadi, bila ingat our conversation malam tu, dan rasa nak abadikan kat sini, nak bagi anak2 baca nanti.. hahahaha...sila lah kata gedik ke apa ke, tidaknya hamba peduli*

Masa kejadian: Around kul 10pm lepas abiskan duit dgn jayanya di Sogo
Tempat Kejadian: Dalam Vito ondway nak balik Sentul

Tiba-tiba je terkuar topic nama anak masa tengah sangkut jap kat bulatan pahang tu.

'yang, nanti anak kita letak nama ni nak.. E**** Bt Mohd Ekwan' -dayu

Dia yang tengah layan lagu pe ntah kat radio boleh layan kan lak, selalu malas je nak layan tunang dia ni merapu *sudah tersedar diri mungkin, yg nanti2 dia nak jadik bapak gak*

'E**** je?? org lain smua berebut2 nak letak nama anak panjang2, nama hebat2, awak nak E**** je ke??' -ekwan

'okay pe, senang. Kat sekolah mesti nama dia 1st, exam smua dok depan' -dayu
'anak laki nak letak nama pe??' -ekwan
'tak tau, tak dapat ilham lagi' -dayu

And suddenly dia kuar ngan nama-nama yang tak langsung menepati citarasa. Rasa lah jugak 2,3 kali kena pulas peha tu. Buat lawak lak dia.

'H***** Bin Mohd Ekwan. Ok? ' -dayu
'takmo lah, mcm nama dalam citer melayu je..carik lain la' -ekwan
'okay lah tu..simple pe..' -ekwan

Dan macam2 nama tercipta malam tu. Tapi paling tak boleh tahan bila dia berebut nak cop nama anak.. *hahahaha, kawen tak lagi, gedik berebut nama anak*

'alah..org yg gi daftar nama dia. awak terbaring..mana awak tau pe org bagi nama dia' ekwan sambil tersengih
'jahat...org yg penat2 beranak kan dia tau' -dayu

Dan sama-sama lah kami gelak. Baru balik beli barang hantaran dh sibuk pikir nama anak. Agaknya kalau balik menikah cmne lah kan *ekekekekekekekek...gediknya aku*

-alah, ramai je yg awal2 dah siap sedia kan nama anak kan, cuma malu nak ngaku je. simpan untuk diri sendiri je-

menghabiskan duit itu amat penat gak kan

Kenyataan tak bleh blah ni.

Tapi betul pe?? Even sejam dua merayau-rayau dalam shopping kompleks iaitu Sogo adalah memenatkan dan menyakitkan kaki,inikan pulak 4 jam. Bukan poket saja sakit, tapak kaki pun sakit tau. Tapi time tengah membelek+memilih tu tak lak rasa letih+sakit tu. Sakit tu hanya datang bila time nak menuju ke kerete. Mau je kata kat En Ekwan gini 'yang, org tunggu sini je lah eh..awak gi amik kete eh..' Tapi sebelum dia jegil2 biji mata, baik tak payah teruskan hasrat tu, jalan je lah...

gmbar selingan. rajin lak pakcik tu nak main2 amik gmbar kali ni

Masuk Sogo kul 4, kuar nak dekat kul 9.. Huhu, 5 jam ko kat dalam tu, dr terang sampai gelap. Dari masuk berlenggang, kuar tak cukup tgn nak menjinjing.
Masa masuk tadi banyak je baki kat akaun maybank tu, bila kuar hilang 30%. Sedih..sedih tapi dalam hati melonjat keriangan *dayu lagi lah senyum meleret je*

Pe yang tak meleret senyum dia, tunang kesayangan memenuhi permintaan hati katanya. Handbag Elle itu telah menjadi milik saya..suka..suka. Saiz dia agak besar, tapi dah suka, tengok yang lain pun ingat yang tu je. Biar lah dah out of budget range kan..nak gak!!! Setelah sengih2 kat En Ekwan sambil jeling2 kat handbag tu 'yelah, amik lah' Ohhh, saya sayang tunang saya!!

Tak kan nak carik brg kita je, turn dia la pulak. Huhu, hakikatnya mencari sehelai kemeja adalah amat payah untuk En Ekwan. Cerewet tunang ku itu rupanya. Maka, dr salah pilih, baik tak yah beli dulu *kang dia tak pakai,membazir je* Beli slack je dia. Sempat gak dia rembat short sehelai..
Nak carik wallet tp perut dah lapar, so tangguh kan je lah. Minggu depan kita dtg abiskan duit lagi ye..kita kayakan sogo ni..

tengok, mood rajin dia dtg melanda. tgh queue nak bayar pun dia nak amik gmbar

Sangat banyak kali bertembung dgn kawan dia. Ramai nya kawan2 dia, kawan aku mana?? Pastu en ekwan mulut jahat kata 'awak mana ada kawan' Siot je kan dia...tp mmg lah, asal dtg Sogo,mesti ada je terserempak ngan kawan2 dia. Kawan ITM lah,kawan Luit la,kawan Fuji lah... Kawan2 ku dimanakah kamu shopping hah??

Dan bila dtg Sogo, favorite department En Ekwan adalah Electrical Appliances. Dok tinjau-tinjau, pe kata letak down payment..nanti dah dpt umah angkut je bawak balik.. boleh??

-huhu, setiap minggu abiskan 5-6 ratus kat Sogo..parah ni namanya-

23 January 2009

Gulllpppsss!!!

Bila dikira2..sudah semakin hampir. There is only fews month left. Lots of things need to be done.

Hmmm..permohonan nak bernikah pun tak mula pe pun lagi. Hasrat dihati nak buat awal2, tak nak kelam-kabut. Manalah tahu nanti keje byk giler time tu. Dan, i just know that even nak nikah kat Johor, permohonan kebenaran bernikah boleh menggunapakai borang wilayah/selangor. Tapi untuk Johor, Selangor is better. Sebab dokumen required smua sama. And Ekwan pun boleh buat application kat KL je, tak payah nak balik Pahang. So, bagus lah kalau betul kan, menjimatkan masa+wang dan tenaga. Kena confirm kang Jabatan Agama Johor sebelum mula membuat pape. Tak nak buat keje 2 kal...

And HIV test.. valid bape lama erk?? Ada kata 3 bulan, ada kata 6 bulan...

22 January 2009

pekerja gomen membuat catatan

Saya tak berkesempatan nak berblogging. Keadaan tak mengizinkan. Minggu pertama adalah agak suram *sape dh biasa keje gomen harus paham pe yg cuba dayu sampaikan*
Menunggu Pengarah cawangan pulang dan menentukan penempatan juga amat membosankan, jgn lah keadaan ni berlarutan lebih dr seminggu *ada aku balik umah tido je kan* Namun sesi ini penting untuk bermesra sesama pegawai baru, mana la tahu nanti kena bekerjasama kan.

Ye..saya telah berjaya sengih keriangan masa dapat surat penempatan. Yes!!! Terus kekal di Kuala Lumpur, kembali menjadi penumpang LRT untuk mencari rezeki. Boleh kuar umah 7.30am, tak yah nak kuar awal2. Bestnya!!!! Dan kembali berasa amat dekat dengan Sogo, Jalan Tar.. hahaha!! Hari Jumaat ku bakal kembali dihabiskan di Sogo. Seronoknya!! Sukanya!!!

Tapi bukan di cawangan lama. Cukuplah setahun setengah buat project management. Sangat teringin nak buat design.. and i Got It!!!

Welcome to Cawangan Kejuruteraan Jalan & Geoteknik. Hahahhaha..greet kat diri sendiri. Sangat teringin nak masuk unit rekabentuk jalan *walaupun amat takde pengalaman pasal jalan* Sangat tak sabar nak mula bekerja. Tapi kalau tak dapat pun it's ok. Kat mana2 pun still boleh belajar kan.

Hehehe..Sabtu En Ekwan ajak shopping barang hantaran. So, Jumaat bleh browse*boleh ke guna term ni??* handbag kat Sogo. Ye, it's Sogo Anniversary sale. Tag 70% diskaun dimana2. Guess pun ada 40%, new arrival item lagi. Sangat sesuai lah nak menghabiskan duit. Masa yang berbaloi untuk berbelanja.

19 January 2009

saya sudah kembali bekerja

Ye.. Hari ni telah melapor diri di Ibu Pejabat JKR. Fuhh!! Punyalah ramai engineer lapor diri. Civil je 300++, Mekanikal+Arkitek+QS 100+.. Punyalah ramai engineering garduated kat malaysia ni, dan mostly smua dalam range umur 25-28 tahun. Setahun agaknya bape ramai engineer dihasilkan erk?? Nasib baik kat Malaysia ni masih ada keje kan.. Syukur..syukur..

Dan khabarnya, bulan 2 nanti, another 300 engineers will report duty. Wow!! Pengambilan secara besar-besaran. Tapi yang ni kontrak post lah.

Seronoknya rasa dah dapat jawatan tetap ni. Boleh merancang kehidupan dengan lebih teratur. Dah ada sedikit jaminan kan. Tapi hari ni masih gundah gulana, as masih belum tahu posting kat mana.. Jangan lah kena gi JKR State/District. Tak mahu!! Saya nak HQ. Nak kawen ni, tak nak la kena posting luar KL, susah la nak mengatur kehidupan..
Tak terbayang lah kalau terpaksa duduk seperately lepas kawen.. Tak nak!! Tak sanggup!! Penempatan akan di beritahu esok, hopefully akan tetap di HQ. Tak kira la masuk cawangan mana, asalkan HQ, klau dpt design/technical dept seronok lah. Kalau project management pun redha je lah. It's better kan dr kena gi state.

-bila dah lama tak bangun pagi, liat je rasa nak gi keje tau-

ku terpesona

Persembahan Final AJL malam tadi mmg mantap!! Giler superb!! Memang semua all out lah. Paling teruja ngan Faizal Tahir.. Estranged ngan Meet Uncle Hussein dah mcm tgk konsert lak. Lighting best, muzik best..

The best AJL lah!!!!

Dan keputusan tak mengejutkan, walaupun bukan Sampai Syurga menang. Lagu Untukmu juga layak!!!

-dia punya rasa teruja smapi semangat buat entry ni-

17 January 2009

Sanggupkah Kamu?? Bersedia??

I know, ramai yang sudah bertanya 'bila ni majlisnya??' Namun, masih agak jauh lagi ye. Mungkin saja ke'excited'an Dayu membuat persediaan membuatkan ramai yang rasa mcm dah dekat je, tp lambat lagi sebenarnya. Bila?? Actually i did put my wedding ticker somewhere in this blog. Gi lah carik, dan kira sendiri bila dayu nak kawen. Mari main Hide & Seek di sini *hahahaha,gembiranya rasa*

Back to the topic please...

Sanggup kah?? Sanggup pe?? Dan nak bersedia untuk pe??

Bersedia kah untuk bertukar status?? Kalau sebelum ni, isi pape borang, kat ruang status, mesti tick 'Bujang' *ye,td medical check-up saya masih berstatus bujang* Kalau dah kawen dah jadik 'Puan' Tapi hal status ni, bukan la rumit mana kan..sekadar atas kertas je..
Yang lebih penting, Sudah sedia kah nak pegang tanggungjawab sebagai Isteri??? Bersedia kah nak hidup bersama, bertolak ansur dari segala segi.. Bersiap sedia menerima segala sifat tersembunyi dia?? *huhu, semoga en ekwan tak kuar perangai pelik2 lepas kawen*

Sanggupkah nanti menurut segala perintah sang suami?? Tengah bercinta ni, dia tegur boleh lagi kita jawab2 kan, dah kawen nanti.. jangan la carik pasal, nak jadik isteri derhaka ke??

Dan pernah terbaca/terdengar pasal ni. Mungkin korang juga pernah.

'Syurga seorang isteri terletak dibawah tapak kaki suami, namun Syurga Suami adalah di bawah tapak kaki Ibu'

Pernah baca?? Pernah ada org cakap gini kat korang?? Orang laki walaupun dah kawen, dia masih perlu taat kat mak ayah dia, syurga dia masih kat tapak kaki mak dia,iaitu mak mertua kita. Kita orang pompuan, lain. Bila dah kawen, kita kena taat kat suami,selagi tak melanggar hukum la kan.
Maka, jangan lah sampai kita buat suami kita derhaka kat mak pak dia. Kalau dia dah derhaka.. kita harus lah terjoin sekali kan. Belajar la bertoleransi ye..Ckp mcm dah ada pengalaman je ko Dayu. Sendiri punya mmg takde, tp pe yang kita dpt dari Pemerhatian/Observation adalah lebih bermanfaat tau *hmmm,paham ke pe yang cuba disampaikan ni??*

Kena belajar bertolak ansur, jangan nak pikir diri sendiri je. Kini kamu sama ada 2 keluarga yang perlu diberi perhatian. Biar adil.. kalau ye pun nak lebih kan yang satu tu, jgn sampai pihak lagi satu terasa hati.. Teruk padahnya wehhh.. Mak ayah ni, kalau dia punya terasa hati, susah wehh nak pujuk..
*sekali lagi, semua ni belajar dr pemerhatian alam sekeliling*

Ye..tak mudah kan. Dan dah bersiap sedia?? Ada masa lagi nak belajar. Kena mula dari sekarang ni. Kalau rasa tak sanggup, cuba fikir kan option lagi satu 'Sanggup ke nak hidup sorang??' Hidup ni penuh risiko. Tak best lah hidup kalau takde dugaan..

Dan ada yang kata 'Perkahwinan ni Perjudian'
Huhu..banyak la, perkahwinan ni menghalalkan hubungan, dia nak jadik kan haram lak. Bukan perjudian lah, tapi... hmm pe term nak guna erk?? Tapi faham lah maksud dia, belum tentu pe yang kita inginkan dari perkahwinan tu akan kita miliki kan. Tapi kalau kita sama2 berusaha tak mustahil kan...

Good luck people *and also for me*

16 January 2009

rasa mcm dah pernah buat je mcm ni taun lepas

Ye, setahun yang lepas juga Birthday En Ekwan di sambut di sini. Kami berdua makan bersama, di sinari cahaya lampu neon di tembok batu ni. Di tepi Tasik Titiwangsa ni *air dia mcm ada satu bau la td* Cuma menu je berbeza.

Kronologi Kejadian
By 9.30pm baru dia sampai, bergegas ke KFC kat Sentul Raya je. Pastu gi Secret Recipe Bandar Baru Damansara, pastu pusing balik ke Tasik Titiwangsa. En Ekwan mmg suka pusing2, mentang2 minyak dia company sponsor kan, sesuka ati dia je. Dah la EG tu minyak kuat. Sedangkan lepas tu nak kena gi Hartamas smula amik Vito lak. Minyak vito takde sape nak sponsor ye, kerajaan tak murah hati macam Fuji Xerox tu *jeles ngan dia, sbb company dia best, ada mcm2 event best2...dah jadik bini nanti boleh join*

slice cake je untuk kami, tak boleh makan byk2. ngan kfc lagi,kang tak abis membazir je

tak tahu la nape en ekwan asyik nak pejam je mata dia. kalah lak dia ngan flash camera tu. suruh dayu snap, jgn harap dia nak lepas sudu tu. cheese hazel tak sedap, pass kat ekwan, amik chocholate indulgance dia...

ekwan kata 'tgk tmpat lain yang' Haha..lakonan ku tak menjadi. Mcm ne nak amik gmbar kawen nanti. Kena practice lagi ni *huhu,nape tak rotate dulu gmbar ni??*

Lepas makan kek, makan KFC lak. Tapi tak sampai separuh dah tak larat. Pastu layan borak, ada lak budak2 tgh layan jiwang kat hujung tasik tu. Nanyi punyalah kuat. Klau ye pun praktis nak masuk AF jgn la over sgt dik oiiii...
Dan sempat juga menyaksikan aksi pasangan yang ingat dia tengah shoot citer hindustan kat Tasik tu. Nak main campak2 awek dia dalam tasik tu pulak. Kalau berani baling la betul2, mesti kami rakam ngan bangga, esok bleh tgk sama2 kat YouTube.

-rambut ekwan dh panjang,dia ingat nak botak kan tp takut tak sempat pjg sebelum kawen. so cancel..tp suka dia botak-

15 January 2009

rindu la pulak

Ye..kini saya di Kuala Lumpur semula. Berbaring2, memeluk bantal, guling2 ngan patung2 ni. Rindu lak rasa..baru seminggu tinggal kan pun dah rindu.

Semalam telah memandu bagai orang giler. Tak tahu kenapa. JB-KL, 2 jam setengah je. Giler lah.. Ingat lagi, 2.18pm kuar dari parking umah, kul 5.03pm dah kuar tol Sg. Besi. Tak berani nak call mak ayah kata dah sampai, mahu kena bebel berbakul2 kang. Bila call En Ekwan kata dah sampai dia kata 'jangan lupa cek saman awak, tgk je lah bape speed trap kena td'
Chaiittt!!! Tapi mmg risau gak. Maka terus check saman online. Clear.. tp boleh caya ke?? Adakah derang update ngan begitu pantas?? Huhu..maka, kena check semula. Jangan lah kena speed trap, penat la nak bayar saman, tp time memecut tak lak pikir. Dah teringat sebenarnya tp tak larat la nak bawak slow2 atas highway tu..

And around 6.30pm baru call mak bgtau dah sampai KL, sedangkan time tu tengah bergembira minum petang bersama En Ekwan dan En Izan sekeluarga di Hartamas. Mintak ampun la ye mak, terpaksa menipu skit..tak nak mak bagi ceramah free petang2 tu.

Ohhh..hari ni adalah hari jadi En Ekwan. Dia sudah tua. Tapi adakalanya manja mcm budak umur 7 tahun, sedangkan dah 27...

sudah 27 tahun kamu di dunia En Ekwan

Vito is at Hartamas, so tak boleh nak kuar carik kek. Ptg kang je lah ye, maka no surprise lah. Silap2 orang celeb bday yang kena beli kek dia sendiri. Kata tunang kamu ni menganggur. Mintak maaf lah ye..kalau setakat 1 slice boleh la *cukup la kan,mana bleh makan byk2*

As Monday (19 Jan 2009) kena melapor diri di JKR *yay!!! status penganggur akan lucut tak lama lagi* tapi medical check-up tak buat lagi. Huhu..rasanya baru je buat aritu time nak report duty kat PPSPPA, ni kena buat lagi. Akuan sumpah pun tak buat lagi. Hahhhhaa...ko ni nak keje ke tak nak keje Dayu wehh??? Nak la, tak keje camne nak kawen!! *ni lah motif sy bekerja taun ni*
Maka, kena buat smua esok. Medical check-up di Tawakal sudah, tak pun KBMC.. RM80 pun takpe dari buang masa kat HKL *ayat tak sedar diri ni* Alah, tak larat la nak menunggu lama2 kat HKL tu.

-hehehehe..bakul kertas saya sudah ada 400pcs..sukanya!!! sukanya!!!-

12 January 2009

what is the significance?

Perasaan ingin tahu datang lagi.. Nak tahu kenapa kena buat gitu, kenapa kena gini. Tak boleh ke buat mcm ni..

Dan ianya adalah berkaitan dengan Barang/Dulang Hantaran. Selalunya pihak perempuan perlu membalas 2 dulang lebih dari apa yang diberi oleh pihak lelaki. Kalau laki bagi 7, kena lah pompuan balas 9.. yang ni nmpak lah gak sebab musababnya. Kata satu dulang dari pihak laki tu akan berisi Cincin/Gelang/Rantai atau all above items *seronoknya kalau dpat* Maka, kena lah si pompuan balas lebih, tu pun tak sama value nye ngan satu dulang tu tau...

Tapi yang menjadi persoalan nya di sini, kenapa perlu hantaran tu bilangan nya perlu ganjil. 7 balas 9, 9 balas 11.. tak boleh in even numbers ke??

*gmbar sekadar hiasan, biar entry ni tetap bergambar*
konsep alas dulang menarik, lace only, without satin, see thru..

Tak boleh ke laki bagi 7, pompuan balas 10. Tak pun laki nak bagi 8 dulang ke... Yelah, selalunya yang buat terlebih ni Kek lah, kang aunty2 kita dtg jauh2 bawak kek, dia dah berhajat nak buat hantaran, kita lak dah ada kek sendiri, kang tak terima terasa hati lak... Kalau amik, terlebih lah hantaran kita. Dan kadang2 kita sendiri, mmg berhajat nak bagi mcm2 kan, nak letak mcm2 satu dulang mcm tak menarik, serabut pun serabut...

Dayu - Ekwan
1. Sirih Junjung
2. Kek
3. Coklat
4. Buah
5. Kemeja + Slack
6. Perfume
7. Wallet + Belt
8. Kasut + Stokin
9. Jam *dia yang mintak,sedang kan dh ada jam*
10. Baju Melayu + Samping + Songkok

See, dah terlebih satu dulang.. Mungkin kalau nak buat 9 gak kena kuar kan barang makan, kena pilih whether nak bagi kek atau coklat..*tapi rasa nak bagi both*

Ekwan - Dayu
1. Sirih Junjung
2. Mas kahwin + Gelang/Rantai *takmo cincin sebab time tunang dh dpt 2*
3. Al-Quran + Telekung
4. Perfume
5. Handbag + Kasut
6. Mekap set. Dia nak bagi jam tp takmo sbb dh byk sgt jam
7. Sepasang Baju kurung

Ni je dah 7, kalau masuk kan Buah ngan Kek dah jadik 9. Huhu..tak kan nak kena buat 9 balas 11 lak. Mungkin lah kan, kalau tetap nak ikut rule ganjil tu. Tapi tak boleh ke kalau 9 balas 10 tu..
Perlu kah ganjil jugak???

-huhu, en ekwan tak habis2 tanya 'bila mau pulang ke kuala lumpur??' hahahah, sudah rindu kah kamu??-

09 January 2009

Sakit Pinggang dan Tengkuk ku...

Semua gara-gara Gigih menganyam bakul, mengulung kertas sepanjang hari. Giler gigih. Punya la konon nak berjimat. Maka terbukti lah bahawa Dayu adalah pengantin yang paling cuba berjimat. Kalau boleh semua nak buat sendiri *kempen berjimat cermat dilancarkan secara maksima*

Melihat kan gambar di atas pasti kamu sudah dapat mengagak kan pe yang cuba Dayu usahakan. Penggunaan semula surat khabar lama yang terperuk dibawah katil, bawah kabinet kat dapur.. Amat menyahut seruan kerajaan kan 'Kitar Semula Amalan Mulia' Sudah hampir kehabisan sumber ini *bukti betapa gigih dayu meng'DIY*

Fasa Pertama meng'DIY (bermula 26/12/08 selepas bergelar penganggur dan mula tak tahu nak buat pe kat umah selain layan DVD dan main tenet je)

Mula lah meng'sms Cik Nano mintak dia memberi tunjuk ajar. Dan dia kata dia tengah berusaha mengambil video cara2 nak meng'DIY tersebut dan akan email kan kemudian. Dan Dayu pun menanti dengan sabar. Sambung la semula aktiviti duduk depan tv layan DVD dan menanti dengan penuh rasa teruja tak sabar nak meng'DIY.

Dan setelah beberapa ketika menanti, Cik Nano akhirnya mengumumkan kelas Menganyam Bakul nya telah dilancarkann di sini. Dan dengan gigihnya Dayu telah meneliti setiap step yang ditunjuk kan. Mungkin ciri-ciri Fast Learner yang mmg semulajadi dalam diri ni *sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri*, Dayu telah berjaya menghasilkan sendiri Bakul Kertas itu. Ye, dengan beberapa bimbingan dari Nano melalui SMS.
Balik JB sambung berusaha lagi, abis mak ayah, adik2 semua dikerah mengulung kertas. Nasib baik semua excited nak tolong.


Untuk belajar cara nak buat Bakul Kertas ni, boleh rujuk blog Nano. Step bergambar yang dia sediakan amat details. Lagipun mudah je sebenarnya nak buat bakul ni.
Cadangnya nak guna bakul ni untuk isi telur kepada tetamu, tapi rasanya tak larat la nak buat banyak2. Nak buat 150pcs ni pun dah sakit2 tengkuk+pinggang smua, tu pun ngadap sepanjang masa, kalau dah keje nanti, takde la masa banyak macam sekarang ni kan.

Fasa ke-2 menganyam Bakul Kertas (bermula 3/1/09 setelah bergelar penganggur di JB,bersama tenaga pekerja tambahan yang telah dipaksa secara rela)

5 hari di rumah, hanya menumpukan perhatian kepada kertas, lidi, gam, dan gunting. Bangun tido ngadap kertas, tiap2 hari tido hampir subuh sbb ngadap kertas ditemankn astro, tp bukan tgk pun.
Dan, hasilnya.. 150pcs bakul kertas telur telah berjaya dihasilkan. Tahniah Dayu!!! Dan adik ku, Hakim telah diarahkan meng'sponsor shellac untuk cat bakul2 kertas tu, dan dia dgn baik hati membeli shellac yang berharga RM20 setin *jenama sea master lagi* sedangkan aritu tgk kat Eneos RM4 je sebotol.

Dan Hisam ngan rajin nya, meng'offer diri nak cat. Dia tak tahu susah sebenarnya nak cat celah2 bakul tu. Mak pun tiba2 rajin, tapi tak siap sebiji pun dia cat, terus pass kat adik smula. *mak aku..mak aku*

mungkin perlu dicat selapis lagi..tp mak +adik kata tak perlu *dlm gmbr ni lagi jelas nampak kertas lagi kan* tp kalau tgk real mcm ok je

Namun Dayu terasa kerumitan membuat bakul jenis ni, dan ilmu yang cuba diturunkan kpd mak,dan adik2 tidak berjaya sbb kelihatan amat rumit bg mereka. Maka cuba satu lagi jenis. Ohhh, ternyata amat mudah. Dan sangat cepat sekali siapnya.

Dalam masa 2 hari dah bleh hasilkan 50++pcs, sangat efisen. Hisham pun boleh buat. So nanti boleh la derang teruskan usaha meng'DIY bakul kertas ni kan. Nak buat 1000pcs pun mungkin tak mustahil.
Esok boleh lah mula mengecat. Tak sabar lak nak tgk hasil dia kalau dah cat. Semua bakul-bakul ni akan di ikat riben dan gantung TQ tag*dh terbayang2 mcm ne rupanya nanti* Harapnya comel lah kan. Arrggh,comel tak comel, dah buat, dah siap, guna pakai saje...

07 January 2009

Mari Kita Fikirkan Sejenak

-kami smua mmg penuh dgn pendapat yang bernas, dan sgt bermanfaat. sesungguhnya, smua pendapat kamu di previous entry amat membantu-
Maka, ingin sekali lagi pendangan kamu dikongsi bersama.

Kisahnya bermula begini, 2/3 hari lepas semasa membridal, telah membawa kepada pertemuan kepada rakan sekolah, semasa sekolah teknik dulu. Amat rapat, deskmate. Stationary dia lah yg selalu jadik mangsa. Dah masuk UiTM pun still rapat walau jarang bertemu. Family dia pun dah macam family sendiri.
Maka, selesai aktiviti membridal, singgah minum petang kat umah dia. Borak2 ngan mak dia smua, dan terkeluar lah cerita pasal one of our fren, maaf nama dia tak dapat didedahkan. Tapi pe kata kita namakan dia sebagai Mimi je *huhu, nape pilih nama ni?? sbb tgh tgk kucingku Mimi ni menjahanamkan sofa di kala menaip ni*

' Dayu, Mimi dah tunang. Baru je, minggu lepas' -my deary fren
' Ngan sape?? Bf lama dia tu la eh..sape nama dia??' -dayu
' a'ah lah. Miki *hahahah,nama kucing gak diguna pakai* tu. Mimi jenis loyal lah Dayu, kau pun kenal dia camne kan' -deary fren

And suddenly akak dia menyampuk.

' tak agak2 dia Dayu, hantaran sampai 15k'

Terkejut sebentar mendengarnya. Yelah. setahunya Miki tu bukannya anak org kaya pun. Anak orang Felda je pun. Dah la baru grade, baru keje. Mana dia nak carik duit banyak gitu.

' apa lah agaknya mak bapak Mimi tu pikir, kalau tak nak, jangan la sampai beban kan budak tu gitu rupa' - mak my fren lak nyampuk.

Huhu...mesti lepas majlis tunang tu, abis satu kampung bercerita kan. Ni lah perangai org kita kan. Dulu pun lepas abis majlis, dah start org tanya kat mak 'bape hantaran anak ko??' Sibuk2 tengok cincin tunang smua.. Alahai, nothing to be proud lah aunty..

Back to the topic, Benarkah tujuan Mimi's parent mengenakan hantaran yang sebegitu rupa sebab derang tak berkenan ngan pilihan si anak. Nak reject terang-terangan, nanti si anak merajuk. Teruk implikasinya. So, kita buat cara lembut. Letak hantaran tinggi2, pastu Ikat Mati setahun. Tak boleh nak extend2, kalau extend kira putus. Sesak nafas lah si laki nak sediakan duit hantaran. Tu belum pebelanjaan yang lain. Sedangkan nak buat majlis sederhana tapi meriah pun dah makan 20-30k, ni hantaran baru bape...

Dan si Miki ni pasti akan berusaha kan memenuhkan permintaan pihak pompuan. Kata dah bercinta bertahun2, tak kan nak surrender gitu je. Kena simpan 1k sebulan ohhhh, tolak kete, tolak duit sewa umah, makan minum sebulan, minyak kete, monthly expenses, bape je tinggal. Peruntukan untuk entertainment lagi kan...*mati lah wehhh* Orang yang tak dikenakan hantaran sebegitu tinggi pun semput2 nak menyimpan.

Penyelesaian nye??

Cari penaja. Penaja?? Ye, Penaja. Sape yang baik hat sgt nak taja perkahwinan kamu weh?? Kamu bukan nye Mawi, bukan juga Maya Karin.. Sape yang sudi nak menaja?? Sape kata takde.. Bank Rakyat kan ada. Iklan personal loan di mana2. Sila lah kunjungi cawangan berhampiran anda. Kalau memang layak, in a week selesai segala urusan.
Seboleh-bolehnya, cuba la elak kan. Kalau nak meminjam pun, sikit sudah. Buat back-up. Ramai yang kata 'kalau boleh jangan berhutang nak kawen ni' Tapi rasanya ramai yang dah terlibat kan.

Dan jika tidak meminjam dgn bank pun, paling tidak terpaksa meminjam dari mak ayah, abang kakak semua. Loan ni takde interest smua, bayar lambat pun tak pe. Tapi hutang tetap hutang ye, tak kira la, adik beradik ke, apa ke.. Dah namanya duit, anak ngan mak ayah pun boleh gaduh kan.

Dan camne perkahwinan tu kelak?? Mungkin nanti kalau berlaku sebarang perselisihan/pertengkaran, mesti sgt mudah perkara2 ni berbangkit dan diungkit. Ohhh, sangat menguji tau..

Maka, bijak kah tindakan mak ayah yang meletakkan hantaran tinggi2, kalau mmg belah laki mampu takpe kan. Dan tindakan meminjam/berhutang juga bukan penyelesaian terbaik, tapi kalau dah terpaksa, kena lah tanggung bersama kan..

-semua ni sekadar terfikir-

05 January 2009

Yang mana Lebih Afdal??

Semua orang mahukan yang terbaik, dan setiap pilihan akan ada sebab tersendiri kan. Dan kita ada begitu banyak pilihan.
*hmmm, nape ko buat ayat pendahuluan yg begini wahai dayu??*

Actually, nak cakap pasal Majlis Akad Nikah. Majlis paling penting bagi setiap pasangan yang ingin berkahwin. Tanpa majlis ni, tetaplah kekal haram kamu berdua tu ye. Dan untuk mengizinkan majlis ini terjadi, banyak perkara yang perlu dilakukan. Lagi2 kat Johor ni.
Dan tanpa Majlis Akad Nikah yang Sah, tak bermakna lah semua pelamin, baju cantik2 yang dah ditempah sampai beribu-ribu itu. Setuju???
-nape bunyi nye mcm serius je ni dayu wehh-

Dan sebenarnya, apa yang ingin dikatakan, yang memerlukan pandangan kamu semua adalah berkaitan Di Manakah Majlis Akad Nikah sesuai dilangsungkan?? Di mana kah Ijab & Kabul itu lebih afdal dilafazkan?? Dan hanya ada 2 pilihan, selalunya, iaitu di rumah atau di Masjid/surau. Dan dalam kes2 tertentu mungkin di pejabat agama saja *yang ni jarang2 lah berlaku kan*

Marilah kita cuba senarai kan Advantage & Disadvatage antara kat Umah ngan Masjid/Surau. Ni pandangan+pendapat Dayu je. Kalau ada pendapat lain, marilah sama2 kita kongsi ye

Nikah @ Rumah

Kelebihan/Kebaikan
1. Perjalanan majlis akan lebih lancar kononnya, sebab selesai je akad, majlis makan boleh terus dilaksanakan
2. Bagi pengantin2 yang tak nak bertudung, senang la urusan. Tapi tgk gak Tok Kadi nye, ada yang even nikah kat umah, kena pakai tudung gak

Kekurangan
1. Mak kata 'banyak gangguan nanti Long, kadang2 smpai tak boleh nak lafaz' Hmmm, mungkin ada benar nye kan.
2. Tapi mungkin akan menyusahkan Tok Kadi, nak kena dtg2 umah kita, bukan nye nak nikah kan kita sorang je kan..

Nikah @ Masjid/Surau

gmbar hanya hiasan

Kebaikan/Kelebihan
1. Mengambil berkat Masjid sebagai tempat org islam berkumpul untuk beridabat kan. Lagi berkat lah majlis dan penyatuan kita tu. Selalunya jemaah kat masjid tu akan sama2 menyaksikan majlis akad nikah tu, pastu sama2 akan mengaminkan doa yang tok kadi tu baca.
2. Tapi mungkin akan menambahkan gemuruh Pengantin laki sbb ramai sgt yang pandang+tengok dan saksi kan dia, lagi2 kalau lepas Isya'
3. Tak perlu Tok kadi nak susah dtg ke rumah kita

Kekurangannya
1. Ramai yang akan lupa nak jaga adab sopan waktu kat masjid. Tak pasal2 kang kena ceramah ngan tok kadi tu
2. And, cmne erk kalau time tu pengantin pompuan 'period'??
3. Kena decide awal, whether nak tukar hantaran kat mana, terus kat masjid ke kat umah *ye, di Johor, kita tukar hantaran masa nikah*

My parent easpecially mak nak Nikah di Masjid. Dia tak setuju 100% buat kat umah. Rancangnya lepas Isya' sebab lepas tu terus Berinai, jimat mekap kan. Tapi kena lah tgk sechedule Tok Kadi gak nanti kan. Nasib baik masjid dekat je kat umah. Ekwan pun nak nikah kat masjid. Tapi Dayu nak kat umah *huhu*

-huhu, duduk di rumah adalah sgt susah nak berdiet. mmg takde peluang lgsg, jgn mimpi lah. ngan mom cooking, ngan adik2 ajak makan luar...jgn lah balik KL nanti makin tembam sudah-

04 January 2009

Memburu Mak Andam

All can be said adalah: Bukan keje mudah.

Lelagi dalam kes khas mcm Dayu. Khas sebab before ni mom had said yes to her friend, and paid some deposit *luckily tak banyak, masih boleh pejam mata dan anggap saja sedekah kalau tak jadik* Achik Jun adalah kawan mak di kampung, dan servis yang ditawarkan hanyalah:
-pelamin
-hiasan meja makan beradab + backdrop
-hiasan bilik pengantin

Tiada servis andaman dan juga sebarang pemakaian disertakan. Maka perlu mencari mak andam, dan juga menyewa baju di tempat lain. And these 3 cost me RM1.5k
Bila ditanya-tanya, di survey-survey, kebanyakan bridal akan mengenakan caj yang agak mahal kalau kita tak amik mengikut pakej, contohnya:
Mekap Nikah : RM250
Mekap Sanding: RM 300
Baju sehelai (berinai) : RM 300, kalau L&P dah RM 600
Baju Sanding (L&P) : RM 800, sehelai RM 400 ko...

Kebanyakan butik akan bagi harga in that range. Maknanya untuk baju dan mekap je kena spent almost another 1.9k, campur ngan 1.5k untuk pelamin smua, ianya akan jadik 3k++ Ohhh, pengantin adalah berada di dalam kerugian *rasa nak nanges* kalau amik seperately servis.

Dengan kos sebanyak lebih kurang 3.2k, kebanyak bridal akan offer servis yang amat menarik.
- mekap 4x
-baju nikah, baju sanding, baju berinai, baju potong kek & accesories
-pelamin, bilik pengantin(with cadar), meja makan ngan backdrop
- studio photoshoot

Senang kata lengkap, tak yah nak pening2 kepala lagi. Dan itu smua membuat dayu berfikir berkali-kali. Dan setelah berbincang bersama ibu tercinta 'apa nak ckp ngan achik jun kalau nak cancel, kang pe dia kata' Ini lah masalah nye kalau berurusan ngan kenalan kan. Tapi nak tak nak, kena gak cancel. Sorilah, saya takmo berada di pihak yang kerugian, sebab saya sangatlah mementingkan penjimatan.

Dan tadi telah membuat keputusan. Deposit juga telah dibayar. Lepas ni jangan gatal2 nak survey bridal lain. Takut akan terasa menyesal *mana tau ada bridal bleh bagi harga lagi murah kan*

sesi mengedik dgn baju adalah sgt mengembirakan sbb telah membuatkan dayu terasa tidak la gemuk sgt sbb baju2 di sana masih perlu di pin *hahahahaha*
pastu mak kata 'mmg la baju2 ni smua besar2, dah jgn perasan kurus, gemuk dh tu'
Ohhh, ibu ku itu langsung tak bagi anak dia perasan jap

So, nanti kena confirmkan baju mana nak pakai, berinai nak pakai baju pe. Design pelamin smua. Tapi biasa2 je *tak gempak langsung ye* Saya tak banyak duit, amik pakej murah je. Asal yang basic ada sudah

can u just shut up??

Tak semua orang akan bersetuju dengan apa yang kita buat kan, sebab apa, derang sendiri je yang tahu..*cemburu mungkin*
Tapi boleh tak kalau ko tak suka pe yang aku buat, tolong lah jgn persoalkan keputusan aku tu. Yes, u don't say it directly, tp cara ko menyindir2 itu adalah lagi menyakitkan hati ye. I'm only doing what i think is the best for myself, kalau ko rasa tak suka, tak setuju ngan apa yang aku buat, can u please just shut up. Aku tak perlukan pendapat yang berbaur rasa tak puas hati tu.

Tolong jangan kata duit aku banyak 'mesti majlis ko gempak kan nanti'

Ohhh, tolong lah. Rasanya aku lah pengantin yang paling berjimat. Semua nak carik yang murah *tp yang best+lawa* Dan sesungguhnya duit aku tak banyak, malah rasanya tak cukup ok.
Hmmm..bila memikirkan apa yang orang kata, memang penat. Bukan kepala je, hati lagi lah. Maka, hirau kan lah. Kita tahu pe yang kita buat kan...

-oohhh, dah dpt 70pcs, sukanya. sakit tengkuk pun tahan je lah-

03 January 2009

Tak sabarnya Saya

Saya kini adalah di Johor Bahru, menghabiskan masa di depan TV dengan jayanya *remote astro akan sentiasa di tangan dayu* Ohh, indahnya idup begini kan.

Tapi bukan itu yang ingin dicoretkan di sini, Dayu ingin berkongsi rasa teruja yang telah diperolehi semasa melawat Ayer Hitam, Johor semalam. Ohhh, mmg lepas ni tak perlu lagi men'survey barang-barang keperluan perkahwinan di tempat lain, rasanya takde tempat lain yang boleh lawan harga kat Ayer Hitam. Memang sgt murah lah wehhh...

Bunga Pahar yang lawa2 : Bunga dip/Bunga stokin =RM 0.85 satu
Bakul mengkuang : RM 0.80 sebiji
Bakul songket : RM 1.20
Bekas telur besi (ada mcm2 bentuk) : Rm 1.90
Beg Kertas (yang lawa) : RM 0.40
Bunga Dip + Bunga Stokin : RM 2.90, kat Chow Kit pun dah RM 4 tau
Uncang kain : RM 16.90/ 100pcs *kat KK Home Deco, skit je dah RM19.90*

Bakul-bakul rotan juga sangat menarik dan murah. Saiz standard untuk letak buah pun baru RM 8-12. Owwhhh, rasa sangat ingin memborong semalam, tapi tak boleh buat keputusan. Kena datang semula nanti *tak yah fikir JB - Ayer Hitam itu adalah jauh, anggap je mcm gi Kulai sudah*

Dan pilihan adalah sangat banyak. Rambang mata wehh.. Kamera habis bateri lak time tu, kalau tak mmg meriah la entry kali ni ngan gmbar.
So, mulai arini, kena buat list pe yang nak kena beli *ayah, mak, mintak duit skit* Kena pikir decoration untuk hantaran, kalau borong sekali banyak2 mesti dpt lagi murah kan.

02 January 2009

Welcome 2009

Ye, sudah 3 hari berhibernasi. Namun, sempena tahun baru, harus ada entry pembuka kan *tp mcm tak tau nak tulis pe*

Sudah tahu kan kini Dayu adalah penganggur. Maka kejenya adalah tido lambat setiap malam, 2,3 pagi baru tutup TV. Dan bangun lak tengahari, tu pun sebab hp menjerit2 mintak dijawab *tp hakikatnya dayu sedang gigih berusaha membuat penjimatan perbelanjaan kawin dia eh*

Semalam ber'count down di D'Curve bersama tunang tersayang yang akan ditinggalkan keseorangan di KL selama 2 minggu *sila lah kamu jgn mengedik ye en ekwan* Terasa sudah tua, tidak sesuai nak menyaksikan bunga api di kala jam 12 tengah malam, sebab keliling kami smua budak2, yang macam belum abis sekolah pun ada. Nak je tanya 'dik, mak ayah tau tak ni kuar malam2 ni??' tapi tengok kan je lah, sama2 lah kejakunankegembiraan melihat bunga api sampai sakit2 tengkok.

Azam?? Azam 2009??

Azam adalah menyambung azam 2008 yang masih belum, atau lebih tepat gagal untuk dilaksanakan, iaitu:
- membuang lemak degil di badan dengan jayanya
- keje rajin-rajin, jgn asyik EL je
- simpan duit banyak2 biar boleh buat kenduri kawin grand2 *in ur dream lah*

Dan banyak lagi, tapi tak nak tulis kat sini, sbb nanti kalau tak tercapai malu. So, sendiri simpan sudah. 2 minggu akan datang akan dihabiskan di JB, menguruskan hal perkahwinan bersama ibu bapa, dan berusaha membuat penjimatan duit dgn DIY segala benda yang boleh berkaitan dengan hal2 perkahwinan. Apa yang Dayu buat?? Nanti dah siap, kita bagitau ye..
*thanks Nano*