27 February 2008

it's lunch hour

it's lunch hour! No work please..

at last...i dapat mengadap screen komputer untuk post something kat my blog ni. Dari pagi tak berhenti buat kerja, banyak sangat benda nak kena buat. Nak kena buat susulan progress kerja consultants.. Arrgghh!! Susah betul duduk kat unit project management ni. Semua kerja orang kita nak kena check. Dah lah projek melambak- banyak ke? 11 je Cik dayu-banyak la tu. Bape ramai consultants+kontraktor..masing2 banyak kerenah.

Lupakan semua itu.. Cukup la mengadu-domba...

Last Night-Dinner at Pizza Hut TTDI & Sesi Lipat Kad Kahwin

At first, planned nak gi makan kek kat Secret Recipe kat Bandar Damansara, tapi bila pergi, tak jumpe pulak kedai tu, dah takde ke? Bulan lepas pergi, ada je lagi. Tak kan dah tutup? Maka kami pun bertukar fikiran, nak makan pizza and decided nak makan kat TTDI, kat Damansara tu full lah.

Maka, another calories comsuming for me..huhu..-dayu semakin 'membesar'-

Besarnya pulak mata terbeliak... Ekwan la ni suruh i amik gambar macam tu

Banyak betul kami makan, time order tak ingat-selalu jadik macam ni,lupa kami hanya berdua- baru makan 2 slice tak larat dah nak makan, yelah, awal-awal tu dah melantak seafood lasagna, mana tak kenyang-kalau tak kenyang, tak tau nak kata pe-

tak lama lagi, muka i bulat dan kembang macam pizza tu gak lah

-menghirup sup ayam-

terima kasih ye En. Ekwan di atas usaha kamu menambah ketembaman muka ku itu

Lepas makan, singgah pasar Chow Kit, beli ayam dan ikan untuk En. Ekwan. Hmm...tak tahu nape, but i memang suka gi pasar Chow Kit, everything there, semua fresh. Tapi kat sana, Ekwan lah yang beli, i cakap je. Tak reti beli la kat pasar basah camtu, kat Giant/Tesco/Carrefour memang i terlebih pandai-keekekekekek-

Balik rumah, tengok Zek tengah belek kad kawin dia-she design her own wedd card, amat bangga,tak sia-sia skill photoshop tu- So, i pun terus tolong lipat kad-kad yang melambak itu. Dah lah pakai hard cover paper, sungguh susah nak lipat agar tak lari allignment.

~seronok tengok kawan-kawan bahagia~

2 comments:

  1. apsal lak wan ko ni makin kurus..ko makin tembam..ko mkn sume ke?x bagi die mkn eh??

    ReplyDelete
  2. hhmmmm-malu nya saya- makin tembam ke diri ku ini Pid? Mungkin je...tapi sesungguh nya, aku x makan sorang, dia makan lagi byk..

    camne ni pid?

    ReplyDelete